1O Fakta Menarik Pendekar Mustar Yg Ramai Tak Tahu, Antara Pelakon Paling Awal Tunai Fardu Haji Waktu Itu

” Eni…angkat kain jemuran, hujan dah turunn..”

Pastinya ramai rakyat Malaysia kenal dengan Pendekar Mustar yang sangat popular dengan dialog di atas dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

Pendekar Mustar atau nama sebenar beliau Haji Mustar bin Ahmad antara pelakon tambahan yang sering menghiasi filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Lebih dikenali sebagai Wak Mustarjo, beliau dilahirkan pada tahun 1890 di wilayah Purokarto, Jawa Tengah.

Wak Mustarjo memulakan kerjaya lakonan beliau bersama Shaws Malay Film Productions Ltd pada tanggal 1 mei 1951, antara filem lakonan beliau ialah Pembalasan, Sejoli, Derita, Musang Berjanggut, Kaki Kuda, Ali Baba Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok.

Walaupun dari segi karakter diri, Mustarjo dilihat sebagai seorang serius, tapi dia mampu untuk membawa watak komedi dengan baik ditambah lagi dengan pelat Jawa yang menjadi jati dirinya yang dilahirkan di Jawa Tengah.

Sebelum menjadi ‘orang filem’, Wak Mustarjo lebih dikenali di pentas bangsawan.

Berikut adalah 10 fakta menarik mengenai beliau:

1) Wak Mustarjo pernah membuka warung yang letaknya di Ballestier Road, berhampiran dengan Studio Jalan Ampas.

Menurut pelawak S. Shamsuddin, gulai ayam yang mereka makan dalam salah satu adegan filem ‘Bujang Lapok’ itu sebenarnya dimasak oleh Wak Mustarjo. ( Berita Harian, 9 Mei 1998).

2) Menurut Seniwati Mariani, menu istimewa di warung Pak Mustarjo ialah, Nasi Padang, Ikan Bakar dan Sambal Goreng. (Berita Harian, 27 Oktober 2012).

3) Wak Mustarjo juga terkenal dengan kepakaran beliau menyediakan masakan Nasi Ambeng, perkara ini diakui oleh Seniman Datuk Aziz Sattar.

Menurut beliau, ketika di Jalan Ampas, sudah menjadi tradisi dikalangan warga seni untuk berkumpul dan bertukar-tukar juadah pada malam raya.

Ketika itu juadah yang menjadi rebutan ialah Nasi Ambeng yang disediakan oleh Wak Mustarjo, selain rasanya yang lazat, lauknya juga beranika, ada serunding dan macam-macam lagi (Metro Ahad, 4 September 2011).

4) Beliau dikatakan antara seniman terawal yang menunaikan fardhu haji sewaktu masih aktif bergiat dalam dunia seni.

Selain beliau, antara pelakon lain yang telah menunaikan fardhu haji pada ketika itu ialah Haji Mahadi dan Haji Arshad ( Berita Harian, 9 Mei 1998).

5) Sewaktu tinggal di kuaters Malay Film Production yang terletak di Jalan Boon Teck, Wak Mustarjo akan mengadakan kenduri kesyukuran setiap kali menjelang syawal, peristiwa ini dikongsikan oleh Allahyarham Datuk Ahmad Daud. ( Berita Harian, 1 Februari 1998)

6) Panggilan mesra beliau dikalangan pengurus Studio Jalan Ampas ialah ‘Joe’. (Berita Harian, 9 Mei 1998)

7) Sewaktu bersama dengan kumpulan Bangsawan Sri Noran Opera, Mustarjo pernah mengadakan persembahan di hadapan ‘Raja Putih’ Sarawak, Raja Brooke ketika lawatan ke borneo. (Berita harian, 9 Mei 1998)

8) Watak ‘wanita kedi’ yang dilelong dalam filem ‘Ali Baba Bujang Lapok’ itu sebenarnya dilakonkan oleh Wak Mustarjo. ( Arena Filem, Bil. 59, 1960 )

9) Wak Mustarjo memakai dua bentuk cincin akik, satu di jari kiri yang dinamakan Firuz dan satu di jari kanan yang dinamakan Gambir.

Cincin yang dinamakan Firuz itu berwarna hijau dan merupakan pemberian gurunya sewaktu di Tanah Jawa.

Mengikut kepercayaan guru beliau, jika mahu merantau dan murah rezeki, cincin itu hendaklah sentiasa dipakai. Sementara cincin yang bernama Gambir itu pula didapati dari dalam batu dari dasar sungai. (Arena Filem, Bil. 17, 1960)

10) Menurut aktivis seni dan penulis lirik Yusnor Ef, Wak Mustarjo merupakan antara pengendali surau bersama pengarah seni Mustafa Yasin.

Surau yang dibina itu adalah dalam berek kosong kediaman bintang filem di jalan Ampas atas usulan P.Ramlee ketika itu.

P.Ramlee telah mendapatkan keizinan majikannya Shaw Brothers untuk menggunakan sebahagian ruangan berek yang kosong (gambar atas) itu untuk dijadikan surau.

Wak Mustarjo meninggI dnia pada 3 Januari 1970 pada usia 80 tahun.AL-Fatihah

Sumber:laman Facebook Mengenali Pelakon Lama dan Wikipedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*