A. Aida SekoIahkan Balik Amerul Affendi, ‘Ini Hakikat, Penonton Sendiri Mahu Tengok Mereka Yg Lawa!’

” Kenapa pula nak suruh IPT (Institut Pengajian Tinggi) dalam negara tutup kursus lakonan?”

Demikian persoalan yang dibangkitkan semula penerbit terkenal, Datuk A Aida yang ditujukan kepada pelakon, Amerul Affendi.

Kenyataan itu susulan Amerul membuat ciapan di Twitter yang menyindir Aida yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) selepas kenyataannya yang mahukan watak utama atau hero dalam drama terbitan syarikatnya memiliki kriteria kacak, sado dan muda.

Menurut Aida, apa yang diperkatakan itu adalah relevan dan diguna pakai oleh hampir semua penerbit dalam negara termasuk di luar negara.

” Sejak dulu lagi, watak utama iaitu hero dan heroin memang kena ada rupa paras menarik dan muda.

” Begitu juga sekarang. Cuma bezanya, apabila mereka sudah berusia dan bukan lagi remaja, kita kena cari pelapis baharu pula. Begitulah seterusnya.

” Nampaknya ramai yang masih kurang faham. Mereka hanya ambil pendekatan terus mengkritik kenyataan saya. Apa yang dimaksudkan adalah untuk watak utama.

” Itu kriteria yang saya tetapkan, tapi banyak lagi watak lain yang saya tak kisah pun rupa paras, janji berbakat dan pandai berlakon saya akan ambil.

” Sekali lagi ditegaskan, pemilihan watak itu disesuaikan dengan jalan cerita.

” Kalau naskhah itu watak utama memerlukan pelakon yang tiada rupa, takkan saya nak ‘hodohkan’ pelakon yang sedia kacak. Nanti penonton bising juga.

” Jadi, kita buat ikut kehendak skrip itu,” katanya kepada HarianMetro.

Menurut Aida, dia tidak pernah mengabaikan soal kualiti terutama dari segi lakonan setiap pelakon.

” Saya menggabungkan artis baharu yang kacak, ‘sado’ dan cantik dengan pelakon hebat lain agar mereka dapat menimba ilmu dan meminta tunjuk ajar. Itu cari saya untuk mencari pelapis yang baharu.

” Saya pun tidaklah hilang akal sampai nak merosakkan karya terbitan sendiri. Dari pengarah, penulis skrip dan semua yang terbabit saya menggunakan khidmat mereka yang terbaik.

” Itu cara saya menghargai naskhah itu. Terbukti, hasilnya juga bagus hingga menjadi trending, tular dan jumlah penonton tinggi.

” Ini hakikat dan realiti yang perlu diterima semua orang. Penonton sendiri mahu melihat mereka yang lawa.

” Tapi, sekali lagi ditegaskan, semua itu bergantung kepada jalan cerita. Lain orang, lain pendekatannya dalam menerbitkan sesebuah karya,” katanya.

Ciapan Amirul itu diulang kicau lebih 600 dan memperoleh lebih 700 tanda suka.

” Jadi eloklah semua IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia menamatkan semua kursus lakonan yang ada. Tak baik ‘scam’ bakal pelajar yang bersungguh-sungguh berhabis duit mencari ilmu.

” Kerana bila Ahli Lembaga Pengarah Finas sudah keluar kenyataan begini sudah tentu ramai yang ikut kan?” tulisnya.

Ciapan Amirul turut mendapat perhatian warganet yang rata-rata melabel A.Aida sebagai per0sak industri lakonan kerana mementingkan wajah berbanding bakat.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*