‘Dia Ibarat Saudara Kandung’ – Yusof Haslam Tnggung Kos Rwatan A Galak, Bukti Persahabatan 3 Dekad

Kisah mengenai penerbit yang juga pemilik syarikat produksi Skop Productions, Datuk Yusof Haslam yang membiayai kos rawatan pelakon, A Galak bukanlah cerita baru.

Namun kerana iktibar yang yang dapat diambil, kisah ini kembali tular beberapa hari ini.

Pada 2019, pengarah yang digelar “Six Million Dollar Man” itu memaklumkan pihaknya membiayai kos rawatan A Galak yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana ser4ngan angin ahmar.

Menurut Yusof, selain menjadi sahabat karibnya sejak lebih tiga dekad lalu, pelakon itu juga sudah dianggapnya sebagai sebahagian daripada keluarga besar Skop Productions.

” Paling penting sekarang adalah proses pemulihannya. Soal lain adalah di bawah tanggungjawab syarikat, terutama kos rawatan, termasuk rawatan susulan,” katanya.

Mengulas perkembangan kesihatan pelakon itu, Yusof berkata, A Galak sudah mula menunjukkan perkembangan positif, namun masih dalam pemantauan rapi doktor.

” Alhamdulillah, dia sudah mula menunjukkan perubahan, berbanding beberapa hari lalu. Begitupun, ser4ngan angin ahmar itu menyebabkan pertuturannya kurang jelas.

” Doktor memaklumkan, mungkin tempoh penyembuhannya memerlukan masa yang panjang, namun saya yakin semangatnya kuat untuk cepat sembuh.

” Doktor juga melakukan pemantauan berterusan untuk melihat perkembangan kesihatannya. Sama-sama kita doakan supaya dia kembali sembuh,” katanya.

A Galak atau nama sebenarnya, Zakaria Ahmad, 78, dikejarkan ke sebuah klinik oleh rakan sekerja di Skop Production Sdn Bhd sebelum dihantar ke HKL.

Pelakon yang popular dengan watak Sarjan Misai atau Sarjan Hashim dalam drama bersiri kepolisan, Gerak Khas itu dikatakan berdepan ser4ngan angin ahmar kerana tidak mengambil ubat mengikut jadual.

A Galak yang dilahirkan di Johor dan dibesarkan di Singapura mula terbabit dalam dunia lakonan sejak era 1960-an selepas kerap mengikut ibunya, Rokiah Jaafar bekerja di Studio Jalan Ampas.

Bapa kepada lima anak itu seterusnya melangkah ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib sebagai anak seni sekitar 1980-an dan diterima Datuk Aziz Satar sebagai penjaga konti, sebelum ditawarkan peluang berlakon.

Antara filem yang menaikkan namanya adalah Azura, membawakan peranan ayah bergandingan dengan Datuk Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud.

Dalam pada itu, menerusi satu wawancara dengan pihak media pada Mac 2021, A. Galak turut berkongsi luahan beliau dan bagaimana rapatnya hubungan beliau dengan Yusof Haslam.

Sekental dan seampuh semangat ‘Sarjan Misai’, iaitu watak lakonan bintang veteran ini dalam drama kepolisan popular, Gerak Khas, begitulah karakter sebenar A Galak.

Biarpun pnyakit angin ahmar yang menyerang sejak dua tahun lalu masih belum pulih, ia bukanlah alasan menjadikan A Galak lemah, putus asa dan meratap nasib diri.

Lebih empat dekad menceburkan diri dalam bidang seni, mana mungkin insan hebat ini meninggalkan dunia lakonan yang menjadi drah dagingnya.

Buktinya, selepas dua tahun berehat akibat pnyakit dihidapi, A Galak kembali ke gelanggang. Beliau membuat penampilan istimewa dalam drama bersiri, Gerak Khas The Finale yang bakal berakhir, malam ini.

” Saya tidak pernah patah semangat walaupun pnyakit angin ahmar membuatkan pergerakan saya terbatas.

” Keinginan untuk terus berlakon tidak pernah surut. Malah, sepanjang dua tahun berehat, perasaan rindu untuk kembali ke lokasi tetap ada.

” Lebih-lebih lagi apabila melihat drama atau filem lakonan saya ditayangkan di televisyen (TV). Walaupun tahap keupayaan diri agak terbatas dan badan semakin kurus kerana kurang selera makan, namun saya gagahkan diri berlakon,” katanya.

A Galak berkata, drama bersiri Gerak Khas The Finale adalah naskhah pertama yang dibintangi selepas keadaan kesihatan mengizinkan.

” Mujur watak saya dalam drama itu digambarkan sedang s4kit. Jadi, tidak ada masalah sangat. Lagipun tawaran datang daripada penerbit drama itu sendiri, Datuk Yusof Haslam.

” Sebelum ini, dia pernah berjanji untuk mengajak saya berlakon selepas saya pulih.

” Disebabkan siri ini adalah yang terakhir, Yusof berasakan perlu untuk saya muncul dalam drama ini selain dirinya dan Datuk Rahim razali,” katanya kepada HIP dalam temuramah yang diatur di kediaman Yusof di Taman Melawati, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ternyata, apa yang dilafazkan A Galak atau nama sebenar, Zakaria Ahmad bukanlah menyedapkan hati sendiri.

Dalam keadaan diri yang masih lemah, pelakon berusia 80 tahun ini masih mampu memandu dari rumahnya di Ukay Perdana, Hulu Klang untuk sesi temuramah eksklusif ini.

” Hendak buat macam mana, kenalah pandu sendiri. Jadi. saya hanya tawakal sahaja,” katanya ketika ditanya bagaimana mampu meredah kesibukan jalan raya dalam keadaan dirinya itu.

Rahsia imej misai lentik bermula

Selama ini, sebut sahaja nama A Galak, visual misai melentik pasti terbayang. Imej itu bagaikan sudah sebati dalam dirinya.

Malah, A Galak menjadi inspirasi kepada personaliti media sosial yang sudah bergelar pelakon, Wak Doyok yang tampil dengan imej sama.

Berkongsi rahsia di sebalik imej yang menjadi ‘tanda dagang’, A Galak mendedahkan fesyen kumis yang unik itu diambil daripada karakter sebenar seorang anggota polis yang sering ditemuinya di jalan utama di Kuala Lumpur.

” Penampilan watak sarjan polis bermisai lentik ini diambil daripada imej sebenar seorang anggota polis yang menjaga laluan trafik di Bulatan Pahang.

” Ketika itu, Bulatan Pahang cukup sibuk dengan kenderaan. Kehadiran anggota polis ini menjadikan trafik lancar.

” Selain bermisai lentik, dia juga berbadan gempal. Selepas berbincang dengan pihak Bukit Aman, saya diberi kebenaran tampil dengan imej sebegitu.

” Cuma saiz badan sahaja berbeza. Untuk mendapatkan misai melentik, saya kena membentuknya setiap hari.

” Tidak sangka imej itu kekal hingga hari ini dan nama ‘Sarjan Misai’ terus melekat. Ramai yang memanggil saya dengan nama itu,” katanya tertawa.

Kisah bagaimana nama A Galak, tercetus.

” Ketika saya masih kecil, kalau saya mahukan sesuatu barang, saya mesti mendapatkannya walau apapun terjadi… Sampai menangislah.

” Perangai itu orang gelarkan ‘galak’. Jadi, saya ini ‘galak’ sangat hendak barang itu. Sejak itu, mereka panggil saya ‘Galak’. Cuma saya tambahkan huruf A di hadapan sempena nama bapa iaitu Ahmad,” katanya.

Diajak berbicara mengenai persahabatannya dengan Yusof, bapa kepada lima anak ini mengaku pengarah tersohor itu ibarat saudara kandung.

” Saya mula mengenali Yusof sejak tahun 1980-an. Ketika itu, kami sama-sama berlakon di bawah produksi Sabah Filem.

” Yusof kemudian menawarkan saya berlakon dalam drama swasta, Remang-Remang Kota Raya. Itu projek drama pertama saya dengannya sebelum menyusul pelbagai drama lain dan filem,” katanya.

Bermula sebagai pelakon, A Galak kemudian ditawarkan bekerja dengan syarikat ditubuhkan Yusof iaitu Skop Production sebagai penolong pengarah.

” Sebagai majikan dan kawan, Yusof sangat baik. Ke mana sahaja dia pergi, termasuk ke luar negara untuk urusan filem, dia akan bawa saya.

” Ketika saya s4kit, Yusof banyak membantu. Susah untuk mencari kawan sepertinya yang sangat mengambil berat dan prihatin dengan kebajikan pekerja.

” Saya sangat menghormati dirinya. Kalau dulu saya hanya memanggilnya sebagai Yusof, tapi selepas dikurniakan anugerah, saya panggil dengan gelaran Datuk sebagai tanda hormat,” katanya.

A Galak berkata, dengan kesihatan sekarang, dia tidak lagi mengarah.

” Yusof juga tidak menggalakkan saya bekerja. Selepas Gerak Khas The Finale, saya ada menerima beberapa tawaran berlakon.

” Tetapi saya masih belum beri kata putus. Yusof suruh saya fikir dan kaji dahulu apakah watak ditawarkan sesuai dengan keadaan diri ini.

” Kalau hendak suruh saya bawa watak aksi, tidak mungkinlah,” katanya.

Sumber:bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*