‘Solat Pun Tak Khusyuk, Ada Suara Sgt Kuat Dlm Kepala Saya’ – Janna Nick Akui Tidak Lagi Mampu..

Pelakon Janna Nick baru-baru ini mengejvtkan ramai apabila mendedahkan dirinya menghdap pnyakit bipoIar.

Janna berkata dia masih lagi menjalani rawatan dengan pakar sak1t jiwa.

Tambah Janna, dia menyedari menghdap bipoIar apabila sering tidak khusyuk ketika solat menunaikan solat kerana terganggu dengan ‘suara’ dalam kepala yang sangat kuat.

” Solat pun susah khusyuk dan fokus sebab ada suara yang sangat kuat dalam kepala saya. Saya jadi tidak fokus sehingga saya tidak lagi mampu untuk tanganinya.

” Bila saya sudah tidak boleh kawal keadaan, itu yang menyebabkan saya berjumpa dengan doktor dan saya disahkan menghdap bipoIar,” katanya.

Dalam pada itu, Janna berkata masalah bipoIar yang dialaminya bertambah tervk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila terpaksa menangguhkan kerja sehingga menjadi banyak.

” Sampai satu tahap sehingga saya tidak ada masa rehat untuk diri sendiri dan menjadi terlalu penat,” katanya.

Kata Janna lagi, dia masih dalam proses untuk mencari ubat yang sesuai untuk mengatasi masalah bipoIar yang dialaminya dan sudah empat kali menukar ubat.

” Sudah empat kali saya tukar ubat. Kerja saya sebagai pelakon memerlukan saya bermain dengan emosi yang sangat maksimum.

” Kalau sedih kena betul-betul sedih. Kalau marah saya kena jadi seorang pemarah. Tapi kalau saya ambil ubat, saya akan jadi tenang,” katanya.

April lalu, peminat hangat memperkatakan mengenai Janna yang mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipoIar (bipoIar disorder) selain mengaku pernah membuat cubaan bunvh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.

Janna menerusi satu hantaran di Instagram berkata, dia kini bergantung pada ubat anti kemurungan sejak beberapa minggu lalu.

” Secara klinikal, saya disahkan menghdap bipoIar disorder. Kini, saya perlu masa menghindari media sosial untuk fokus kepada diri sendiri.

” Sejak beberapa minggu sebelum (dan mungkin berterusan), saya perlu mengambil ubat anti kemurungan.

” Pada awalnya, saya fikir minda saya bekerja seperti biasa sama seperti orang lain. Saya memang ingat semua orang ada lebih daripada tiga atau empat suara dalam kepala mereka.

” Saya memang ingat ia bunyi suara-suara biasa yang bercakap di antara satu sama lain seperti perbincangan dalam kumpulan sehinggalah saya mula mengambil ubat-ubatan dan mengenal pasti sendiri,” katanya.

Janna berkata, dia tidak pasti jika penyakit itu ada hubung kait dengan genetik keluarga atau berkaitan dengan kisah-kisah lampaunya.

” Ketika berusia lapan tahun, saya pernah rasa mahu m4ti. Kehidupan kanak-kanak saya tidak seperti rakan yang lain.

” Sep4k terajang memang makanan dan itu yang selalu saya ingat,” katanya.

Menurut Janna, ketika berusia 14 tahun, dia cuba membunvh diri dengan menelan piI dan pelbagai jenis ubat.

Ketika berusia 15 tahun dan dalam persiapan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia pernah mengel4r pergelngan tangannya di depan adik perempuannya.

” Saya datang dari keluarga tidak sempurna. Dulu, duduk sekolah asrama pun jauh,” katanya.

Menurut pelakon drama Melastik Ke Hatimu dan pengacara Melodi ini, setiap minggu dia hanya memendam perasaan melihat ibu bapa dan keluarga rakan-rakannya datang melawat anak masing-masing di asrama itu dengan membawa bekalan makanan.

Namun, dia hanya mengintai di sebalik tingkap.

Perkongsian Janna itu menerima lebih 60,000 tanda suka dan lebih 1,100 komen dalam tempoh dua jam.

Rata-rata komen berupa doa dan kata-kata semangat itu dititip oleh warganet dan juga rakan-rakan penggiat seni.

Sumber:k0smo dan hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*