Pernah Meniaga Sate di Kaki Lima Demi Sara Hidup, Didie Alias Sebak Anak Balas Beri Keputusan Cemerlang

Kasih ibu membawa ke syurga. Mngndung 9 bulan dan kemudian btarung nywa melahirkan anak, pengorbanan seorang insan bergelar ibu tiada tolok bandingnya.

Apatah lagi jika bergelar ibu tunggal dan membesarkan anak sendirian, pastinya ia bukanlah tugas mudah dan memerlukan pengorbanan besar.

Demikian juga dirasai oleh pelakon Didie Alias, sepanjang 10 tahun menjadi ibu tunggal, dia pernah berdepan kesempitan hidup sehingga memaksanya melakukan dua pekerjaan demi menyara keluarga.

” Allah menduga aku selama 10 tahun semasa menjadi ibu tunggal. Akulah emak, akulah bapa untuk mencari rezeki demi membesarkan lima anak, sekolahkan dan didik mereka.

” Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sampai anak-anak pun tak tahu aku ni ada duit ke tak? Aku kuat kerana mereka. Sampaikan ada dua orang anak aku sebelum ni tak mampu hantar dia orang ke tadika fasal aku tak ada duit.

” Membesarkan lima orang anak semasa itu buat aku rasa… Ya Allah mampu ke aku? Siang aku kerja pejabat, petang aku berniaga sate di kaki lima area rumah aku. Tak ada kawan atau famili, aku tak nak mereka tahu aku susah ters3ksa jadi biarlah aku yang tanggung,” katanya.

Pelakon dan pengacara ini berkongsi pengalaman hidupnya itu menerusi Instagram pada Jumaat.

Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik slip keputusan cemerlang anak sulungnya, Nurdhaniyah yang baharu sahaja menamatkan pengajian peringkat sarjana di sebuah universiti.

Dalam pada itu, Didie turut meluahkan rasa syukur kerana segala keperitan dan ujian yang dilalui dahulu akhirnya dibalas dengan kebahagiaan.

” Perit getir yang aku alami sebelum ini Allah balas dengan kesenangan dan kebahagiaan hidup… walaupun aku tak kaya raya, tapi cukup untuk aku berada di dunia sementara ini, InsyaAllah.

Didie bangga melihat pencapaian cemerlang anaknya dalam pengajian.

” Terima kasih Allah, terima kasih anak-anak syurgaku kerana menjadikan mommy seorang ibu yang sangat dihormati sekarang. Masa menaip ni pun air mata aku meleleh dengan sendiri, aku bangga dengan anak-anak aku dan sanggup buat apa sahaja untuk mereka.

” Mereka balas dengan kejayaan, syukur Alhamdulillah… tahniah kakak menjadi pendorong dan semangat untuk adik-adik kamu,” ujarnya.

Terdahulu, Didie pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.

Pada Mei 2009, Didie mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Norisham Ismail.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*