‘Setiap Hari Begitulah Yang Saya Lalui’ – Keadaan Ali XPDC Sekarang, Terpaksa Tidur Duduk Setiap Malam

” Setiap hari begitulah yang saya lalui…”

Demikian luahan penyanyi kumpulan XPDC, Ali yang kini mngaIami msaIah jntung sehingga terpaksa tidur dalam keadaan duduk setiap malam.

Menurut Ali, 53, atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, dia tidak boleh tidur dalam keadaan baring seperti biasa kerana akan mngaIami msaIah pernafasan.

” Apabila baring pernafasan akan tersangkut dan membah4yakan saya. Doktor pun suruh tidur atas bantal yang tinggi. Kalau boleh lapik dua tiga bantal.

” Memang agak susah nak nyenyak tapi kalau dah letih sangat pasti akan terlelap. Tak tidur nanti msaIah pula,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Ali berkata, dia juga mengerjakan solat secara duduk kerana tidak mampu berdiri dalam tempoh yang lama.

” Memang saya tak larat dan pernafasan akan jadi pendek. Apapun syukur Allah masih bagi pernfasan untuk buat ibadat.

” Buat masa ini, aktiviti seni saya yang sudah ada terpaksa tangguhkan dulu. Kalau ada kemampuan dan kudrat yang baik saya akan teruskan.

” Buat masa ini saya tak boleh terlalu aktif dan agresif bergerak. Terasa hilang juga nikmat sihat sebelum ini tapi kena reda.

” Allah bagi saya rehat dan Allah bagi sak1t pun supaya saya ingat Dia,” katanya kepada Harian Metro.

Ali ditemui ketika menerima kunjungan pengasas We Are One, Dr Zarina Gurrahman dan pengasas Hidayat TV, Faizal Ismail yang hadir bertanyakan khabar dan menghulurkan sumbangan.

Terdahulu Ali dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada 2 September lalu akiibat semput serta msaIah jntung dan dibenarkan pulang pada 9 September lalu.

Bagaimanapun, dia gagal menjalani pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI) kerana mngaIami kesukaran bernfas.

” Ubat sehari dekat 10 biji saya kena ambil. Makan memang tiada selera, selain saya kena kawal pemakanan. Ia kerana apa-apa pnyakit datang dari perut.

” Saya juga kena makan tepat pada masa sebab ada g4strik. Pergerakan amat terkawal tak boleh terlalu aktif macam sebelumnya.

” Saya dulu aktif kayuh basikal, tapi sekarang nak berdiri pun tak boleh lama.

” Nak berjalan pun tak boleh jauh kerana agak ses4k nfas dan rasa sak1t di bahagian jntung. Kena bergerak secara perlahan dan stabil,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ali turut menyarankan supaya YouTuber yang menggunakan kandungan artis seperti konsertnya bersama XPDC di saluran mereka mempunyai sikap prihatin membantu golongan artis yang bernasib maIang sepertinya.

” Mereka dapat pulangan sedangkan penggiat seni tak dapat apa-apa. Sekurang-kurangnya mereka nak bagi bantuan okaylah juga.

” Apapun terpulang kepada individu terbabit kalau ada rasa simpati untuk menyumbang.

” Sesiapa yang nak bantu secara ikhlas dipersilakan. Alhamdulillah banyak juga yang bantu saya seperti pihak zakat, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan,” katanya.

Kenali siapa Ali XPDC

Dilahirkan pada 23 Oktober 1968 di Klang, Selangor, Ali merupakan anak bongsu dari tujuh adik-beradik.

Memiliki ketinggian 5’9” dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Hamzah, Port Klang, Selangor.

Beliau mula menceburkan diri dalam bidang muzik sebagai penyanyi pada tahun 1990 dalam kumpulan Terra Rossa. Setelah menghasilkan dua buah album, Ali bergerak sebagai penyanyi solo pada tahun 1995 dengan album solonya.

Apabila Mael menarik diri sebagai penyanyi dari kumpulan XPDC pada tahun 1997, Ali telah diambil untuk menggantikan tempatnya.

Pada penghujung 2005 pula, Ali mengundurkan diri dari Kumpulan XPDC atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Setelah keluar dari Kumpulan XPDC, Ali bersama beberapa orang pemuzik lain telah menubuhkan pula Kumpulan Mpire pada penghujung 2005. Namun kumpulan tersebut tidak dapat bertahan lama disebabkan keadaan pasaran muzik tempatan yang suram.

Kemudian Ali kembali menyanyi secara solo dan single terbarunya berjudul Sepi Rindu telah diterbitkan oleh LIFE Records & diterbitkan pada tahun 2011.

Ali kemudiannya mengumumkan beliau telah berhijrah dan menghasilkan album baru yang lebih bercirikan kerohanian. Album tersebut mendapat kerjasama dari penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus sebagai penulis lirik.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*