‘Siang Tadi Hari Terakhir Saya Niaga’ – Amir Raja Lawak Terpaksa Tutup Gerai Disebabkan Hal lni

” Selesai petang tadi niaga, semua habis, syukur pada yang Maha Pemberi Rezeki. Siang tadi adalah hari terakhir saya niaga…”.

Itu perkongsian pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak, 32, yang mengakui serba-salah terpaksa menutup gerai dan sekali gus bercuti daripada berniaga air minuman diusahakannya.

Bagaimanpun keputusan itu dibuat bukan kerana tidak mendapat sambutan, sebaliknya Amir menjelaskan beliau harus kembali menjalani aktiviti penggambaran.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata dia bercuti berniaga bermula esok memandangkan tidak akan mempunyai masa untuk membancuh sendiri air minuman dijualnya itu.

” Rasa serba salah juga nak cuti sebab bila saya ‘update’ akan cuti, ramai pelanggan datang tanya bila hari terakhir berniaga. Ada yang beli lebih dari kebiasaan.

” Mereka (pelanggan) pun ada minta saya bagi orang lain jaga gerai sebab senang nak datang beli nanti. Saya tak boleh buat apa sebab air minuman itu saya yang bancuh sendiri.

” Saya ada dua pekerja, seorang jaga gerai dan seorang lagi tolong bancuh. Sebelum ini pun, yang tolong saya niaga adalah kawan kru penggambaran dan dia pun akan start ‘shooting’ cerita sama sekali dengan saya,” katanya.

Selain tidak dapat membancuh sendiri air minuman untuk jualan berkenaan, Amir berkata juga menjalani penggambaran di Kota Bharu, Kelantan nanti.

Katanya, dia mahu ambil peluang untuk luangkan masa bersama keluarganya di sana pula.

” Saya syukur alhamdulillah sangat-sangat sebab memang rindu dengan suasana penggambaran. Untuk ‘job’ pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini, saya akan jayakan supertele bertajuk Hantu Mok Joh.

” Kebetulan lokasinya juga adalah di Kota Bharu. Alang-alang itu, saya terus balik tidur di rumah keluarga untuk lepas rindu, lagipun sudah lama tak balik ke kampung,” katanya.

Meskipun merancang cuma menutup perniagaan air minumannya selama sebulan, Amir tidak menafikan ia boleh berlanjutan sekiranya menerima lebih banyak tawaran seni dalam masa terdekat.

” Saya pasti merindui suasana berniaga dan pelanggan. Tapi, saya mungkin akan sambung cuti berniaga lagi memandangkan saya pun ada juga ejen minuman itu di Seksyen 4, Bangi.

” Pelanggan boleh ke tempat dia juga kalau teringin nak minum air jualan saya. Yang meniaga di sana itu pun adalah Azul iaitu pemain dram kumpulan Stings selepas tahun lalu dia menjadi ejen saya,” katanya.

Amir sangat aktif menjual beberapa jenis air minuman di gerai tepi jalan miliknya di Prima Saujana, Kajang sejak PKP 3.0 pada sekitar Jun lalu dan hebahan promosi pula sering dibuat di Instagram.

Terdahulu Amir mengakui tidak kisah bersengkang mata setiap hari mengusahakan perniagaan air minumannya demi kelangsungan hidup selepas aktiviti seni tergendala sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Amir berkata, aktiviti hariannya banyak dihabiskan membuat air minuman itu dan berniaga di gerai tepi jalan miliknya di Prima Saujana, Kajang.

Menurut Amir, dia bersyukur punca pendapatan daripada perniagaan itu cukup untuk membeli keperluan harian biarpun keuntungan diperoleh tidak banyak.

” Setiap hari saya turun berniaga sekitar jam 11.30 pagi hingga 6.30 petang. Kemudian saya pulang rumah, terus sambung buat air lagi pada waktu malam.

” Seawal jam 7 pagi pun, saya sudah bangun untuk buat lagi sebelum bersiap membuka gerai. Disebabkan saya kena menggaji pembantu gerai, adalah dapat keuntungan bersih dalam RM200.

” Tapi, tak kisahlah asalkan ada juga pendapatan untuk beli keperluan harian, itu sudah memadai. Rasa penat belakang kira, asalkan saya dapat menampung belanja sepanjang PKP 3.0 ini,” katanya.

Pelakon drama Man Transform itu juga mengakui terharu apabila mendapat sokongan luar biasa daripada orang ramai.

” Kadang-kadang ada pembeli datang awal dan apabila tak nampak saya, mereka ingatkan gerai tak buka. Mereka akan terus hubungi saya untuk bertanya sama ada saya buka gerai.

” Begitu juga pelanggan yang sememangnya sudah menjadi pembeli setia sejak beberapa tahun. Perniagaan ini pun saya sudah usahakan sejak 2017 namun pada tempoh sekarang saja saya buat sepenuh masa,” katanya.

Menurut Amir, dia juga sebenarnya terkesan dari segi pendapatan apabila banyak aktiviti seni tergendala.

” Sepatutnya bulan ini, saya terbabit dalam tiga drama. Namun semua sudah ditunda dan saya kena buat inisiatif berniaga ini untuk terus mencari punca pendapatan.

” Tapi, saya okay saja asalkan ada punca pendapatan yang cukup untuk tampung keperluan harian. Lagipun, bukan banyak barang pun saya beli kerana lebih selesa jalani gaya hidup sederhana.

” Biarlah orang nak anggap apa pun memandangkan saya artis, tapi bagi saya tiada keperluan pun nak bermewah-mewah,” katanya.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*