Anuar Zain Tuangkan Teh Tarik Sambil Belanja Satu Lagu Sampai Nabil Tak Berhenti Sebut Subhanallah

Beberapa hari lalu, penyanyi terkenal Anuar Zain menjadi bualan selepas dilihat mengikut jejak langkah beberapa selebriti lelaki tanah air yang lain apabila dilihat mula mendalami ilmu agama dengan cara menyertai jemaah tabligh.

Menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik dan turut dikongsi dalam Facebook, difahamkan pelantun lagu Sedetik Lebih itu sedang menyertai jemaah tabligh bersama pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad.

Dalam video tersebut, Anuar, 51, yang memakai jubah berona biru dan berkopiah dilihat sedang menuang air teh tarik ke dalam beberapa gelas sambil menyanyikan lagu hitnya, Lelaki Ini.

Difahamkan, lagu yang dinyanyikan tersebut merupakan permintaan Nabil yang ketika itu sedang bersarapan pagi bersama jemaah tabligh lain di sebuah masjid dipercayai terletak di Selangor.

Sementara itu, pengurus Anuar, Nana Ahmad ketika dihubungi Kosm0! Online memberitahu, dia sudah agak lama tidak menghubungi penyanyi tersebut.

Katanya, video yang berlegar-legar dalam laman sosial sejak pagi tadi adalah benar dan meminta peminat mendoakan yang baik-baik untuk Anuar.

” Saya dah seminggu tak menghubungi dia tapi memang benar dia sedang ikut jemaah tabligh sekarang ini.

” Alhamdulillah. Apa-apa pun, kita tunggu sehingga Anuar selesai. Sekarang dia masih dalam ‘khuruj’ (meluangkan masa belajar ilmu agama) lagi.

” Saya pun tidak menghubunginya kerana menghormati masa dia untuk belajar. Dia nak belajar dan mendalami agama bersama rakan-rakan. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakannya,” katanya.

Nana berkata Anuar pasti sedia memberi kerjasama untuk penjelasan sebenar dia menyertai kumpulan tabligh itu dan keluar berdakwah sebaik selesai proses mendalami ilmu agamanya nanti.

Menjengah ruangan komen dalam media sosial, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain itu selain menyifatkan hidayah Allah milik semua tanpa mengira siapa.

Sambil berborak santai, Anuar sempat melayan permintaan jemaah lain untuk mendendangkan sebuah lagu. Adik kepada penyanyi, Ziana Zain ini memilih lagu Lelaki Ini sambil tersenyum.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat penyanyi berusia 51 tahun ini turut gembira melihat penghijrahan yang dilakukan. Dalam pada itu, wargamaya mendoakan agar selebriti-selebriti ini kekal beristiqamah dalam menuju ke jalan Allah.

” Allahuakbar.. Alhamdulillah bergenang air mata tengok mereka. Moga Allah terus kurniakan istiqamah buat kita semua. Amin.

” Seronok tengok makin hari makin ramai yang berubah dekat dengan Allah.

” Ya Allah Anuar.. Semoga Allah mempermudahkan urusan dunia akhiratnya. Minat sangat dengan dia.

Suara telan kaset

Dalam pada itu, tidak kurang yang memuji bakat semulajadi dan kemerduan suara Anuar Zain sewaktu yang tidak lokek untuk ‘belanja’ lagu bertajuk Lelaki Ini.

Malah kedengaran juga Nabil Ahmad yang tidak putus-putus memuji suara Anuar Zain apabila menyebut Subhanallah.

” Ya Allah.. Allahuakbar, Allah kasi sedap sebab abang Anuar Zain yang kasi tarik..” ujar Nabil yang turut serta dalam jemaah tabligh tersebut.

Terdahulu, sakhir-akhir ini, ramai selebriti yang mulai berhijrah ke arah kebaikan dengan mengikuti dakwah tabligh.

Antaranya adalah Aliff Aziz, Saharul Ridzwan, Zul Ariffin, Norman Hakim dan Zahiril Adzim. Perubahan positif tersebut mendapat reaksi baik dari warganet yang mendoakan artis ini agar terus istiqamah.

Sumber:k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*