Apa Amalan Abam? Sampai SoIat Jnzah Penuh Masjid Macam SoIat Jumaat. PU Rahmat Mula Dedah Segalanya

” Abam ringan diri pergi program dakwah. Aku ingat lagi apabila kawan aku ustaz Halim Hafiz jemput dia program Warung Halal. Dia usahakan juga datang walaupun bayaran tak tinggi.

Itu antara perkongsian Pencetus Ummah (PU) Rahmat, susulan pemergian Allahyrham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam yang mninggaI dnia awal pagi semalam.

Bukan sahaja dirasai oleh rakan artis dan peminat, malah PU Rahmat turut menyatakan rasa sedih dengan kehilangan pelawak tersebut sambil bercerita tentang kebaikan arwh.

Tambah PU Rahmat lagi, Abam tidak berkira apabila membabitkan hal dakwah dan merupakan seorang anak yang bertanggungjawab terhadap ibu dan keluarganya.

” Aku ingat lagi apabila ahli jawatankuasa masjid tanya aku siapa pelawak yang aku boleh jemput untuk program. Yang aku ingat Abam dan Shahrol Shiro, ini dua pelawak yang tak berkira kalau buat program dakwah.

” Abam pernah sebut, dia kuat kerja sebab nak bantu mak dia. Dia bawa mak dia pergi umrah dan bahagiakan orang sekeliling… semoga kau aman di alam brzakh,” katanya menerusi Instagram.

Dalam muat naik tersebut, dia turut berkongsi foto ratusan jemaah yang hadir menunaikan soIat jnzah untuk Abam di Masjid Gombak Utara, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, PU Rahmat menyifatkan arwh seorang yang penyabar dan tidak mudah melenting walaupun dihiina kerana keadaan fizikalnya.

Perkongsian PU Rahmat di Instagram.

” Sekitar soIat jnzah Abam, jemaah memenuhi setiap ruang masjid seumpama soIat Jumaat. Apa amalan Syed Umar? Dia maafkan semua orang yang kutuk dia gem0k. Dia tak ambil hati sangat walaupun dia mesti terasa pada awalnya.

” Dia melawan body shaming dengan bergaya. Masa dia sebut gem0k is awesome ramai orang pertikai. Tapi korang tak faham bukan maksud dia untuk kekal gem0k tapi dia nak orang gem0k ada confidence diri sebab selalu sangat orang gem0k dibuIi dan dihiina.

” Kemudian sebelum dia mninggaI, dia usahakan juga kuruskan diri sampai hilang berkali-kilo. Sebab apa? Dia pesan pada kawan-kawan gem0k agar usaha kuruskan badan… yang pernah kutuk Abam eloklah kau minta maaf pada keluarganya. Eloklah kau bertaubat!,” katanya.

Abam, 32, mninggaI dnia di kediamannya di Gombak pada Isnin selepas dua hari mengalami dmam panas.

Allahyrham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*