‘Kenapa Nak Dngki? Kalau Taknak Beli, Boleh Pergi Kedai Lain’ – Apak Khalifah

Harry Khalifah yang juga seorang komposer melahirkan perasaan kesal dengan tindakan sebuah portal yang didkwa cuba membvrukkan namanya.

Menurut Harry yang mesra dengan panggilan Apak, dia tidak tahu matlamat portal terbabit berbuat demikian.

” Twitter ini dah lama dan saya tak kenal, siapa pemiliknya. Tapi, portal berkenaan sebaliknya tiba-tiba membangkitkan semula isu mengaitkan saya sebagai ‘perosak industri muzik’.

” Saya tak kenal siapa pengendalinya. Cuma yang sedih, kenapa nama saya dikaitkan lagi sebagai perosak industri muzik tanah air?

” Sedangkan lagu-lagu saya tidak dimainkan di radio popular seperti Era dan Hot FM pun. Kalau main pun jarang-jarang sekali,” katanya kepada Harian Metro.

Komposer yang menghasilkan deretan lagu-lagu popular, termasuk Hang Pi Mana itu berkata, pihak-pihak terbabit tidak sepatutnya berdngki begitu sekali terhadap perjalanan kerjayanya.

” Lainlah kalau lagu saya selalu dimainkan di radio-radio utama atau selalu keluar di TV. Itu bolehlah kalau nak komen.

” Tapi masalahnya, lagu-lagu saya pun jarang dimainkan. Jadi, kenapa orang nak dngki? Saya buat lagu ibarat penjual nasi lemak tepi jalan.

” Sekiranya ada orang nak beli, silakan. Tapi kalau tak nak beli, boleh pergi kedai lain. Begitulah juga, dalam muzik. Ia luas dan tiada had. Kenapa nak ‘jatuhkan’ Harry Khalifah?,” katanya.

Menurutnya, terdapat banyak lagi lagu-lagu lain yang bukan-bukan, namun agak menghairankan apabila hanya dia seorang menjadi mangsa.

” Seingat-ingatnyalah, saya tidak pernah ada musuh dalam industri. Saya seorang manusia yang suka berkawan. Tapi, tidak tahulah kalau ada yang benci saya di belakang.

” Pada saya portal ini ibarat cuba nak melagakan atau mengapi-apikan. Kalau mereka rasa hebat dalam muzik, silakan tampil dengan karya mereka. Saya tak pernah rasa dngki dengan orang lain pun.

” Kita sama-sama cari makan menerusi muzik. Saya pun ada isteri dan tujuh anak untuk disuap. Diharapkan mereka jangan petik, nama saya lagi. Banyak lagi komposer yang bagus dalam industri seni kita,” katanya.

Apapun Harry berkata, sekiranya dia ada melakukan kesalahan, dia memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah terasa hati terhadapnya.

Sebelum ini, sentuhan Harry, pemain gitar utama kumpulan rock Khalifah menjadi menerusi pelbagai lagu antaranya Kasihnya Laila nyanyian Jinbara, Hang Pi Mana, Assalamualaikum Ustazah dan Cikgu Ayu (Khalifah), Sedalam-Dalam Rindu dan Melamar Rindu (Tajul) dan terbaru Amalina (Santesh).

Pada 2018, dia turut mencipta lagu Mymuna nyanyian Santesh yang melalui lagu Amalina yang mendapat sambutan luar biasa.

Menurutnya lagi, dia lebih suka menghasilkan lagu-lagu yang dianggap ringan kerana lebih bagus selain mudah diterima peminat.

” Saya buat lagu ibarat seperti nak jual nasi lemak, mee goreng, donut atau sebagainya.

” Tapi kalau saya buat sebuah lagu berat yang orang susah nak ingat dan susah nak menyanyi, ia pasti merugikan. Kalau lagu-lagu ringan, senang untuk peminat terima dan ia boleh kekal untuk jangka masa panjang,” katanya.

Harry berkata, ia terbukti apabila lagu Hang Pi Mana dan lagu-lagu lain ciptaannya masih kekal dinyanyikan oleh peminat di majlis kenduri kahwin dan pusat karaoke.

” Itulah sebabnya saya tak kisah dikata apapun. Sebenarnya lagu-lagu ciptaan saya menerima kec4man yang teruk daripada segelintir pihak.

” Ada yang kata lagu saya lagu kampung dan lagu longkang serta tak sepatutnya ada dalam industri.

” Tapi sebenarnya ini adalah hakikat. Saya sebenarnya nak berkarya untuk orang dan bukan kerana syok sendiri,” katanya.

Sumber:hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*