‘BerIendir BerkuIat, Awak Tu Perempuan Tak SaIah Bersihkan’. Rupanya Ini Sebab Tiz Zaqyah Naik Angin

Sering kali kita mendengar kisah yang ditularkan tentang sikap golongan wanita yang tidak pandai menjaga kebersihan rumah sewa terutama yang bujang dan menyewa beramai-ramai.

Rumah bersepah, sinki penuh dengan bekas makanan tidak berbasuh acap kali didengar dan dikaitkan dengan wanita tidak kira yang masih belajar di kolej atau sudah bekerja.

Hal sama dikongsikan oleh seorang pelakon apabila melihat sendiri keadaan rumah dan tandas yang tidak terjaga dengan sepatutnya.

” Masih tr4uma dengan tandas rumah berIendir berkuIat. Awak tu perempuan, kalau malas sangat simbah je clorox tu! Lantai penuh rambut, meja makan melekit, dapur berminyak, sinki penuh cawan pinggan kotor.

” WHY! Dah tau orang nak shooting kat rumah you, clean up a bit tak salah”

Demikian ciapan ditulis oleh pelakon popular Tiz Zaqyah di twitter beliau yang menarik perhatian peminatnya.

Pelakon drama Nur Kasih ini berkata, pandangan dan fokusnya terganggu dengan keadaan kotor tersebut. Berlendir dan berkulat… itulah situasi yang terpaksa dihadapi oleh pelakon Tiz Zaqyah

Difahamkan ia berlaku ketika pelakon cantik yang popular dengan drama Sara Sajeeda itu menjalani penggambaran sebuah drama di sebuah rumah yang disewa khas.

Menurut Tiz, apa yang membuat beliau lebih terkilan ialah pemilik kediaman tersebut merupakan seorang wanita namun tidak menyatakan siapa pemilik rumah terbabit.

Tiz berkongsi cerita memualkan itu di Twitter miliknya.

” Kenapa? Dah tau orang nak shooting kat rumah awak, bersihkan sikit tak salah,” katanya.

Tiz berkongsi luahan dan pandangannya itu menerusi laman Twitter pada Rabu. Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara khusus lokasi penggambaran tersebut.

Sementara itu, rata-rata pengikutnya di laman tersebut turut bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Tiz itu.

” Seramnya… saya paling sakit hati kalau tandas kotor macam ni, penanda aras orang rumah pembersih adalah tandas.

” Memula baca ingat Tiz cakap fasal tweet viral rumah sewa… rupanya, Masya-Allah sabar sis!

” Seriuslah! Saya tak boleh bayangkan betul, macam mana dia boleh duduk rumah macam tu,” komen pengikut.

Siti Zaqyah binti Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Tiz Zaqyah lahir pada 25 Oktober 1988, selain bergelar seorang pelakon, beliau juga pernah berjinak-jinak dengan bidang modeling dan nyanyian.

Tiz memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak sampingan dan lakonan pertama beliau adalah dalam siri drama televisyen Gol & Gincu The Series.

Pada tahun 2009, Tiz memegang watak utama dalam drama Nur Kasih yang membuat beliau dikenali dan dicalonkan dalam pelbagai anugerah.

Tiz dikenali menerusi watak Nur Amina dalam Nur Kasih dan drama ini melayakkan beliau menerima anugerah “Pelakon TV Wanita Popular” di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*