‘Momen Paling Mahal Dlm GV’ – Nyanyian Aweera Bersama Bonda Hetty Dikatakan Viral Sampai ke Indonesia

” Unik banget vocal aweera dari high note dia ada big range.. malah duet dengan Hetty Koes Endang dua-duanya punya suara yang cukup luar biasa..”

Itu reaksi spontan yang ditulis oleh segelintir ntizen dari Indonesia yang memuji kehebatan suara penyanyi dan peserta Gegar  Vaganza ke-8 (GV8), Aweera.

Terdahulu, nyanyian Aweera telah mencuri tumpuan ramai apabila video dia membawakan lagu ‘Fantasia Bulan Madu’ nyanyian asal Search ketika sesi penjurian Ahad lalu, sehingga tular di media sosial.

Bukan saja di Malaysia, malah sedutan video nyanyian Aweera itu turut menjadi perbualan ‘hangat’ di Indonesia.

Menerusi satu perkongsian di Youtube saluran Jom Layan TV, vdeo nyanyian Aweera itu telah ‘dibanjiri’ dengan komen ntizen daripada negara jiran itu.

Pria Malaysia bersuara tinggi

Menerusi pemantauan, rata-rata netizen Indonesia meluahkan rasa kagum mereka dengan suara bernada tinggi Aweera.

” Gi mana Aweera boleh tarik nada tinggi..sambil tersenyum..gi mana ni” – tulis Indra Febry.

” Suara penyanyi pria di malaysia rata-ratanya pada tinggi semua..” tulis Rizky Setiawan.

Selain itu, tidak kurang juga yang memuji juri tetap Hetty Koes Endang kerana pandai mencari kelebihan Aweera dengan memberi cabaran menyanyikan lagu ‘berhantu’ Search itu.

Malah nyanyian Aweera turut dikongsikan di laman Instagram Indo MusicGram.

” Dua-duanya punya suara yang menggelegarrrrrr luar biasa Aweera dan bunda Hetty Koes Endang..” tulis admin akaun IG tersebut.

Apa yang menarik, selain dari komen positif dari ntizen di negara terbabit, vokalis kumpulan Gigi iaitu Armand Maulana juga turut meninggalkan komen.

” Hahaha puas siahhhh di marahin ku Hetty Koes Endang mahh,” katanya.

Bagaimanapun Aweera yang membawakan lagu ‘Noktah Cinta’ nyanyian Hafiz Suip pada konsert ketujuh GV8 Ahad lalu itu, hanya mampu berada di kedudukan ke tujuh apabila memperoleh markah sebanyak 57.5%.

Biodata dan fakta menarik tentang Aweera

Pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham ini merupakan bintang rancangan realiti TV, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Aweera telah berjaya menempatkan diri ke separuh akhir GV8 bersama perserta lain iaitu Nikki Palikat, Adibah Noor, Azan Scan, Ani Mayuni dan Shidee.

Berikut adalah biodata Aweera

Nama : Nasharul Aweera bin Norhissham atau Aweera
Tarikh lahir: 24 Ogos 1991
Asal: Kangar, Perlis
Keluarga: Anak ketiga daripada empat adik beradik
Kerjaya: Penyanyi, komposer, pelakon ( masih bujang)

Menarik tentang Aweera

1) Aweera mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian sejak usia lapan tahun dan mula aktif dalam dunia seni sejak tahun 2009.

2) Ketika menuntut di tingkatan empat, beliau pernah menubuhkan sebuah kumpulan heavy metal bernama Metronome yang dianggotai bersama rakan-rakan sekolahnya.

3) Abang sulungnya, Acca juga adalah pemain muzik yang menganggotai kumpulan Koffin Kanser.

4) Bakatnya diketengahkan menerusi rancangan realiti nyanyian, One in a Million musim ketiga (OIAM3) siaran 8TV pada 2009.

5) Ketika itu beliau baru berumur 18 tahun menjadi antara peserta termuda dan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir – di kedudukan ketiga di belakang penyanyi Tomok (juara) dan Esther (tempat kedua).

6) Selepas tamat O1AM3, Aweera pulang ke halamannya di Perlis dan bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

7) Pada 2012, kerjayanya kembali mekar selepas dilamar komposer Edry KRU untuk menyertai kumpulan rock baru, Mojo sebagai vokalis. Mereka kemudiannya telah menghasilkan dua buah EP.

8) Sebagai vokalis Mojo, beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa menerusi kemenangan anugerah Persembahan Vokal Terbaik di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013 melalui lagu Andai Ku Bercinta Lagi.

9) Kntroversi bersama Mojo menyebabkan beliau angkat kaki meninggalkan kumpulan itu pada 2014 dan memilih untuk bergerak secara solo.

10) Beliau kemudian tampil pula bersama kumpulan Prime Domestic diiringi beberapa pemuzik lagenda dan kini beraksi dengan band terbarunya, Pelita Lusoh bagi mengangkat semula namanya dalam industri hiburan.

11) Antara pencapaian beliau termasuklah pernah memenangi kategori Artis Baru Terbaik (bersama kumpulan Mojo) menerusi single Andai Ku Bercinta Lagi di Anugerah Industri Muzik 2012 dan bergelar finalis Juara Lagu edisi 2012, bersama Mojo juga menerusi single Andaiku Bercinta Lagi.

12) Lagu-lagu dipopularkannya seperti Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Romancinta (Mojo), Terhakis, Selamatkan Aku (duet bersama Aepul Roza dan Fiq Halim), Aku Dia Dan Lagu, Wanita Cinta Teragung, Kekaseh Syurga (Pelita Lusoh) dan Sedingin Pluto (Prime Domestic).

Sumber:edisisiasat, IG IndoMusicGram dan iluminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*