‘Saya Tak Kisah Dpt Bntuan Asnaf. Dapatlah RM3OO Sebulan’ – Bad Indigo Kini Sangat Perlukan Wang

” Saya bercadang untuk minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekurang-kurangnya dapatlah RM300 sebulan.”

Itu luahan anggota kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdulah atau Bad, 46, yang mengakui memerlukan wang yang banyak untuk proses rwatan selepas semua jari kaki kirinya dipot0.ng akibat diab3tes, September lalu.

Bad ketika dihubungi berkata, dia perlu ke klinik untuk proses mencuci Iuka dengan bayaran RM35 setiap kali rwatan.

” Saya terpaksa lakukannya di klinik swasta kerana di klinik kerajaan terpaksa tunggu lama sedangkan saya memang tak larat untuk berbuat begitu,” katanya.

Bad berkata, proses mencuci Iuka itu perlu dilakukan selang sehari dan setiap minggu dia perlu memperuntukkan kira-kira RM140.

” Ia sesuatu yang sukar sedangkan saya tiada cara lagi untuk dapatkan wang kerana sudah setahun hilang pendapatan,” katanya kepada Harian Metro.

Bad berkata, dalam keadaan sekarang memang sukar untuk dia bekerja.

” Pekerjaan saya dulu pun dalam pengendalian acara. Apabila berlaku penularan COVlD-I9, tiada acara dapat diadakan.

” Kalau ada pun, saya tak boleh bergerak. Satu lagi kepakaran saya ialah buat kertas kerja acara untuk orang, tapi malangnya acara pun tiada sekarang,” katanya.

Menurutnya, untuk menjual makanan pula dia tidak mempunyai kepakaran memasak, manakala untuk membuat ulasan berbayar dia tidak mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

” Saya juga minta tolong keluarga seperti kakak apa yang boleh dibantu. Mak pun banyak bantu dari segi kewangan. Siapa yang nak susahkan emak dan adik-beradik tapi dah terpaksa. Dah tiada cara lain.

” Isteri saya, Ashira sebelum ini pernah menyanyi di platform MICO. Mula-mula okey tapi lama-kelamaan banyak syarat menyusahkan dan terpaksa berhenti,” katanya.

Bad berkata, Ashira boleh menjana pendapatan kira-kira RM1,000 hingga RM1,200 sebulan ketika itu.

” Sekarang memang dah tiada langsung. Syukur buat masa ini kami tidak putus makanan lagi. Saya harap sangat ada kerja untuk cari pendapatan.

” Selepas ini saya bercadang untuk minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekurang-kurangnya dapatlah RM300 sebulan. Saya pun tak kisah jika dapat bantuan asnaf kerana sangat memerlukan wang,” katanya.

Bad berkata, dia kini bergantung kepada pengeluaran wang skim i-Citra menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kehidupan.

” Ia cuma untuk lima bulan saja. Lepas itu entahlah, harapnya ada lagi sambungan. Wang itulah saya gunakan tanggung anak-anak, nafkah isteri dan membayar bil rwatan.

” Nasib baik untuk rwatan hspital saya dapat kad OKU (Orang Kelainan Upaya) dalam sebulan, kira okeylah.

” Sebelum itu saya kena bayar ribuan ringgit. Untuk proses pot0.ng sepenuhnya jari kiri kaki saya di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) tiga minggu lalu pun dibiayai sepenuhnya untuk pembdahan.

” Namun saya kena bergerak menggunakan perkhidmatan Grab untuk rwatan susulan. Status OKU banyak membantu saya,” katanya.

Pembdahan itu juga membuatkan pergerakan Bad terbatas dan terpaksa menggunakan ‘walker’ kerana tidak boleh memijak lantai.

” Setengah tapak kaki kiri dipot0.ng dan sebahagian kulit tapak kaki ditolak ke atas dan dijahit, tapi Iukanya terbuka. Itu yang sak1t apabila memijak. Bila daging naik dan sebati dengan kulit baru okey.” akhiri Bad.

Kenali Bad/ Indigo

Bad merupakan anggota kumpulan Indigo di mana kumpulan ini pernah berentap dalam musim 2020 program realiti, Gegar Vaganza ketujuh (GV7).

Dianggotai tiga orang ahli iaitu Badrul Izhan atau nama komersialnya, Bad, 45, Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin atau Shah, 46 dan Shahrul Nizam atau Zam, 45.

Deretan lagu popular yang pernah dirakamkankan Indigo seperti Suraya, Andai Kau Pergi, Istimewa, Gadis Misteri, Sehidup Semati (duet bersama Juliana Banos) dan banyak lagi.

Pernah bernaung di bawah label KRU Records. Seangkatan dengan kumpulan era 90-an yang lain, antaranya Elite dan A to Z.

Lagu Suraya yang melonjakkan nama mereka merupakan lagu asal kumpulan Headwind yang dirakamkan semula dengan nafas baharu.

Bad aktif melakukan kerja-kerja disebalik tabir dan memegang peranan sebagai event manager.

Rakan Bad, Shah Indigo pula adalah suami kepada penyanyi Liza Hanim yang merupakan peserta Gegar Vaganza 4 (GV4) dan dinobatkan naib juara dalam musim berkenaan.

Bad berkahwin dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021, mereka mula jatuh cinta sewaktu sana-sama menyertai GV7.

Sebelum ini, Ashira pernah mendirikan rumah tangga pada 2006 namun bercrai pada 2015. Hasil perkahwinan tersebut, Ashira dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Megat Shazril Haziq Hadi, 15.

Bad pula pernah bernikah pada 2007 dan bercrai tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinannya, dia dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Rayyan, 12 dan Rania, 11.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*