Tiada Lagi Tawaran Berlakon, Mak Jah Redha Buat Kerja Amal Pergi Pusat Beli Belah Dan RnR Basuh Telekung

Kisah beliau pernah mendapat liputan meluas pihak media sekitar Jun tahun lalu selepas terpaksa menggadai barang kemas kerana memerlukan wang untuk menampung kos rwatan yang menelan puluhan ribu ringgit.

Pernah membintangi beberapa buah drama popular, kisah pnderitaan pelakon veteran Mak Jah kembali mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu.

Mak Jah yang mula aktif berlakon pada 1987 telah membintangi lebih daripada 100 buah drama dan menjayakan berpuluh buah filem antaranya Mami Jarum, Lady Boss, Hingga Hujung Nyawa, Volkswagen Kuning, Jutawan Fakir, Sara, Bujang Senang dan Cinta Fotokopi.

Berusia 72 tahun, Mak Jah atau nama sebenar Maimunah Ahmad akur masih gagal menebus barang kemas yang digadainya untuk membiayai kos rwatan pnyakit knser rhim dihidapi yang dihidapi sekitar tiga tahun lalu.

Bersyukur keadaan kesihatannya semakin baik, Mak Jah juga berkata dia kini sudah tidak berlakon lagi dan hanya berehat di rumah.

” Alhamdulillah, keadaan kesihatan pnyakit saya beransur baik. Untuk berlakon, buat masa sekarang saya memang tiada tawaran.

” Sebab itu, bila dah tak kerja saya memang tak boleh nak tebus semula barang kemas sudah digadai itu kerana tidak berkemampuan dari segi kewangan.

” Lagi pun, dengan keadaan kesihatan saya yang sakit pastinya pihak produksi pun bimbang nak beri tawaran

” Mana tahu, saya jatuh saakit di lokasi. Malah, saya pun sebenarnya tak mahulah menyusahkan orang,” katanya..

Tambah Mak Jah lagi, dia pun masih perlu mengikuti rwatan pemeriksaan berkala di hspital dan klinik kesihatan sekurang-kurangnya dua kali dalam sebulan.

” Meskipun sudah tidak berlakon, namun saya masih juga sertai aktiviti seni yang termampu dilakukan.

” Dapatlah juga saya mencari sumber kewangan bagi menampung kehidupan. Malah, ada juga rakan artis lain yang membantu termasuk anak-anak,” katanya.

Masih mampu berjalan dan mengurus diri dengan baik, Mak Jah berkata bagi mengisi masanya dia juga melakukan aktiviti kebajikan.

” Setiap minggu saya akan ke beberapa surau di pusat membeli-belah atau kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi menghantar telekung bersih dan mengambil yang kotor dibawa balik ke rumah untuk dibasuh.

” Melakukan kerja amal ini sangat menenangkan jiwa saya walaupun hanya membersihkan kelengkapan untuk orang bersolat,” katanya.

Ujar Mak Jah, pada usianya kini dia lebih tenang dan selesa membuat kerja amal dan tidak lagi memikirkan kerjaya lakonannya.

Pada 2014, beliau pernah dimasukkan ke Hspital Kuala Lumpur setelah disahkan menghiidap knser rahim tahap satu.

Malah pelakon yang terkenal menerusi beberapa buah drama seperti Fatimah Juling, Halimah Jongang dan Awan Dania itu turut menghiidap pnyakit kncing mnis dan drah tinggi.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*