Abam Bocey Selamba Suruh Isteri Brhenti Kerja Sebagai Akauntan Dan Jaga Anak, ‘Saya Bayar Gaji Bulanan Dia’

” Kalau dia nak beli apa dengan duit itu, dia punya pasal. Saya hanya deposit ke akaunnya setiap bulan, itu hak dia, duit gaji dia. Bab nafkah dan keperluan lain, itu tak termasuk sekali kerana saya beri lain,”

Demikian pengakuan pelakon dan pelawak Abam Bocey yang sanggup menggantikan pendapatan isterinya, Nor Hidayah Mohd Ali yang bekerja sebagai akautan setiap bulan selepas meminta wanita itu meninggalkan kerjayanya demi menjadi suri rumah sepenuh masa.

Menurut Abam, dia juga sanggup membayar sejumlah wang untuk nafkah isteri kerana tidak mahu menghantar anaknya Syed Uthman Hamzah yang kini berusia 8 bulan ke mana-mana rumah pengasuh.

” Nafkah lain. Gaji lain. Dia nak beli apa dengan wang tersebut terpulanglah.

” Jika saya yang minta dia berhenti daripada kerjayanya sebagai akauntan, maka kena ganti balik seperti gaji dia pernah perolehi setiap bulan seperti sebelum ni.

” Memang isteri tak ada minta-minta, tapi saya beri kerana ingin dia beri tumpuan sepenuhnya pada anak kami yang sedang membesar,” katanya.

” Sebaik sahaja anak saya lahir tempoh hari, saya meminta isteri untuk berhenti kerja demi menjaga anak kami.

” Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya ‘beli’ gaji dia. Saya berhentikan dia kerja dan saya bayar gaji yang sepatutnya dia peroleh setiap bulan,”

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan ditemui pada majlis pengumuman pementasan teater terbaru lakonannya Korupsi Dewan Semandung di Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam.

Untuk rekod, Abam mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah, pada 8 Disember 2017.

Mengulas lanjut, Abam, 32, berkata, punca kebimbangannya untuk tidak menghantar anaknya ke rumah pengasuh adalah bagi mengelak anaknya dipengaruhi budaya negatif.

Katanya, dia lebih selesa sekiranya anaknya itu mendapat didikan awal bermula di rumah sendiri.

” Dah ramai-ramai tu kita tak tahu batas pergaulan nanti macam mana.

” Saya tak nak jadi seperti budak-budak lain yang berusia 3 atau 4 tahun bila balik rumah tiba-tiba cakap kurang ajar dengan mak ayah,” katanya.

Bagaimanapun, menjengah ruangan komen, terdapat segelintir peminat yang menasihati Abam supaya berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan kerana tidak mahu Abam ditimpa masalah kewangan di masa depan.

” Saya nasihat Abam berfikirlah dahulu kerana kerjaya sebagai pelawak itu tidak tidak kekal lama, jangan membuat keputusan terburu buru kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya..”, tulis Hanif

” Jangan anggap jadi artis ni sampai bila-bila laku. Masa sekarang banyak duit menyimpanlah. Dah terbukti ramai artis yang dah tak laku hidup dalam kesusahan kemudian hari”, komen Syamsul

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : malaysiakini dan IG Abam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*