Belum Pun Masuk Pejabat, Sudah Ditanya Tentang RUU35 Dan Ini Jawapan Dr. ZuIkifIi

” Soalan yang baik. Awal sekali dah tanya soalan tu. Saya tak masuk lagi pejabat.”

Itu jawapan bersahaja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad apabila disoal tentang usul RUU yang mahu dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.

” Kita akan meneliti keutamaan terlebih dahulu berkenaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau RUU355.

” (Tapi) Insya-Allah kita tengok yang mana lebih aula (utama) kita didahulukan dulu. Insya-Allah,”

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Tausiyah Am agensi agama, di Putrajaya, hari ini. Zulkifli berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan pelaksanaan RUU355 khususnya di Kelantan dan Terengganu.

RUU355 adalah usul persendirian yang pernah dibawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, untuk meminda Akta Mahkam4h Syariah (Bidang Kuasa Jen4yah) 1965 atau Akta 355) bagi meningkatkan hukvman mahk4mah sy4riah.

Melalui pindaan itu, m4hkamah sy4riah boleh mengenakan hukvman lebih tinggi berbanding penj4ra sehingga tiga tahun, d3nda tidak melebihi RM5,000 dan s3batan tidak melebihi enam kali pada masa ini.

Pindaan itu mencadangkan seorang pes4lah boleh dihukvm p3njara sehingga 30 tahun, d3nda tidak melebihi RM100,000 dan s3batan sehingga 100 kali.

Beberapa pihak menganggap langkah tersebut akan membuka pintu kepada pelaks4naan hukvm hudvd yang dahulu diperjuangkan PAS namun tidak lagi dibangkitkan parti itu ketika ini.

Satu daripada pihak yang menolak cadangan pindaan itu ialah MCA, yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional yang disertai PAS.

Meskipun usul tersebut pernah dibentangkan di Dewan Rakyat namun perbahasan mengenainya ditangguhkan sehingga kini.

Serah isu L G B T pada jabatan berkaitan

Sementara itu, mengulas sama ada pihaknya akan memberi fokus kepada isu L G B T, Zulkifli berkata beliau menyerahkan perkara itu untuk dijawab jabatan berkaitan berdasarkan garis panduan ditetapkan.

” Saya sebenarnya nak dan kalau boleh setiap jabatan yang ada kena mengena dengan Yapiem, saya kena serah kepada Yapiem (untuk jawab).

” “Yang ada kena mengena dengan Tabung Haji saya akan serahkan kepada Tabung Haji. Tetapi, maklumat itu perlu (sampai) kepada saya dahulu supaya selaras.

” “Saya tak nak jawab, jawab dan terus jawab. No way,” tegasnya.

Menurut Zulkifli, ini kerana beliau tidak mahu memberikan maklum balas yang tidak tepat.

” Bab Jakim, Jakim ada. Timbalan (menteri) kita pun ada, tetapi kita nak jawab dengan jawapan yang profesional, tepat, padu dan yang kena pada sasarannya.

” Jadi, tak payah tanya dua, tiga kali macam hibah (Tabung Haji) berapa peratus. Saya pun tak dapat maklumat lagi. Jadi tak kenalah macam itu,” jelasnya.

Datang awal ke tempat kerja

Selain itu, Zulkifli dalam amanat sulungnya sebagai menteri agama menyeru pegawai dan kakitangannya mengubah gaya kerja dengan menetapi masa.

Memetik kata- kata Imam Syafie, beliau berkata, masa ibarat mata pedang.

” Kalau kamu tidak pancung, masa akan pancung kamu. Kalau lambat, pasti ketinggalan.

” Cukuplah stigma orang agama lemah, agensi agama lemah, tidak pandai urus tadbir. Itu bukan cara kita sekarang ini. Datang awal, punch card awal dan siap (kerja) awal,” katanya.

Zulkifli turut menggesa jabatan dan agensi di bawahnya menepati masa.

” Sengaja saya tidak percepatkan dan melambatkan masa, seboleh-bolehnya saya ikut tepat masa.

” Janji pukul berapa, sebolehnya tunaikanlah melainkan takdir Allah SWT,” katanya yang menegaskan kemajuan dunia pada masa kini bersandarkan kepada kepantasan.

” Tanpa kepantasan, satu kelemahan berlaku. Buat tak ada hasil, malang kita sebagai Islam hendakkan keberkatan,” katanya.

Dalam ucapan sulungnya itu, Zulkifli turut melahirkan hasrat memberi penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang cemerlang setiap bulan.

” Setiap bulan jika dipanjangkan umur saya akan diberi hadiah kepada pekerja melebihi sasaran tinggi,” katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalannya, Marzuk Shaary.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : maIaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*