Benda Dah ViraI, Datang Sini Nak Tengok Ex-Pakwe Dhabitah. Pemain Bola Rupanya – Netizen

” Jangan up barang lama..”

Itu perkongsian dan permintaan pemain bola sepak Perak FC iaitu Azhar Apandi selepas berdesing namanya dipetik berulang kali sejak beberapa hari ini.

Menerusi hantaran di InstaStory, Instagram, Azhar Apandi tampil menafikan dirinya kekasih kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang kini hangat mendapat perhatian kerana beraksi di Olimpik Tokyo.

Azhar, 22, adalah tonggak pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City) yang dipinjamkan selama semusim kepada skuad The Bos Gaurus itu pada awal musim ini.

Jelasnya, Dhabitah sememangnya adalah kekasihnya namun mereka sudah lama berpisah dan memohon agar semua pihak tidak mengaitkan namanya lagi bersama atlet negara itu.

” Awak-awak (peminat) semua saya dah lame tak ade kena mengena dengan si dia (Dhabitah), ‘so pless’ laa hormat saya dengan si dia okay.

” Harap korang semua faham okay. Love u guys,” katanya di laman story Instagram miliknya dengan tanda pagar #janganupbaranglame, #sembilu, #442 dan #cucuklagihasan.

Sebelum ini, tular di laman sosial temuramah Dhabitah dengan stesen radio tempatan yang menyaksikan penerjun berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur itu mengakui sudah berpunya.

Lantas, peminat mula mengaitkan kekasih Dhabitah dengan seorang pemain bola sepak profesional dan spekulasi itu dikuatkan pula dengan gambar sambutan hari jadi bersama kekasihnya iaitu Azhar.

Pada Ahad lalu, hasrat Dhabitah untuk membawa pulang pingat pada temasya Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila menduduki tangga keempat pada pertandingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita.

Ini adalah penampilan keduanya di pentas Olimpik selepas menghuni tangga kelima acara 3m papan anjal seirama pada temasya di Rio 2016 selain tangga kesembilan dalam acara 10m platform.

Dhabitah akui sudah punya kekasih hati

Terdahulu, Nur Dhabitah Sabri yang memikat hati ramai rakyat Malaysia kerana sering menguntum senyuman ketika bertanding pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, mengakui dia sudah mempunyai kekasih hati.

Dalam satu temuramah dengan stesen radio tempatan, penerjun berusia 22 tahun berasal dari Kuala Lumpur itu menjawab pertanyaan sama ada senyuman yang sering diukirnya sudah dimiliki.

Walaupun mulanya dia teragak-agak untuk menjawab soalan itu, Dhabitah menjelaskan: “OKlah saya cakap terus terang, single but not available (bujang tapi sudah berpunya).”

Dhabitah terlepas peluang meraih pingat gangsa pada temasya Olimpik keduanya apabila menduduki tangga keempat pada pertandingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita.

Dia menghuni tangga kelima acara 3m papan anjal seirama pada temasya Olimpik Rio 2016 selain tangga kesembilan dalam acara 10m platform.

Selepas dikatakan mempunyai hubungan dengan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, pemain bola sepak Perak FC, Azhar Apandi tampil menafikan dirinya masih menjalin hubungan cinta dengan atlet tersebut.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pemain bola sepak berusia 22 tahun itu menjelaskan hubungannya bersama Dhabitah telah lama berakhir.

Pada sama sama, Azhar memohon agar semua pihak tidak mengaitkan namanya lagi bersama atlet negara itu.

” Awak-awak (peminat) semua saya dah lame tak ade kena mengena dengan si dia (Dhabitah), jadi tolong laa hormat saya dengan si dia ya.

” Harap korang semua faham okay. Love u guys,” katanya di laman story Instagram.

Terdahulu, media melaporkan Dhabitah mengakui sudah ‘berpunya’ ketika ditemubual oleh sebuah stesen radio tempatan.

Susulan itu, orang ramai mula mengaitkan atlet itu mempunyai hubungan dengan Azhar selepas tersebarnya gambar sambutan hari jadi bersama.

Reaksi netizen mencuit hati

Dalam pada itu, menerusi semakan di Instagram Azhar, ramai netizen ‘hadir’ untuk membawang berkenaan hbungan antara Azhar dan Dhabitah di ruangan komen

Rata-rata netizen cuba mengusik Azhar dengan mengatakan mereka datang ke IG beliau untuk mengenali siapa bekas kekasih penerjun negara itu.

” Datang sini nak tengok ex Dhabitah. Baru tahu. Pemain bola rupanya..” tulis Matnep.

” Datang sini sebab benda dah viral.. terbaik lah ex pakwe olympic..” tulis Izhar.

” Aku datang sini sebab viral pasal Dhabitah, kalau tak jangan harap nak datang sini..” tulis Aleeya.

Sumber:hemtr0 dan IG Azhar Apandi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*