‘Orang Jemput Takkan Nak tolak, Saya Singgah Sekejap Jer’ – Respon Jamal Abdillah, Kini Disiasat PoIis

Beberapa hari lalu penyanyi Datuk Jamal Abdillah, 62, mencuri perhatian peminat apabila dia ‘ditahan’ polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bidor, Lebuhraya Utara Selatan, semalam.

Pihak polis yang bertugas di SJR terbabit telah meminta tolong Jamal supaya keluar dari kereta beliau.

Bagaimanapun, tndakan itu bukan kerana penyanyi bersuara lantang itu telah melakukan kesalahan, sebaliknya kerana anggota polis yang bertugas di situ mahu bergambar dengannya.

Dalam pada itu, hari ini tular gambar Jamal yang didkwa meInggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana menyertai satu majlis sosial.

Susulan dari itu, penyanyi yang popular dengan lagu Azura itu kini disiasat polis gara-gara tndakannya memenuhi pelawaan untuk makan durian sambil berkaraoke.

Menjawab isu terbabit, Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 62, berkata, dia berada di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor, Perak pada Jumaat lalu bagi mendapatkan baja untuk bisnes kolam ikan yang diusahakannya.

” Betul itu adalah saya, jadi saya nak mohon maaf kepada semua kerana terleka.

” Sebenarnya saya ke sana kerana urusan untuk dapatkan baja untuk kolam ikan. Lepas itu kawan-kawan yang ada dusun durian ajak saya makan durian, saya ikut la.

” Orang jemput makan takkan saya nak tolak… hanya singgah sekejap je,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Perkongsian netizen di Twitter yang mempertikaikan tindakan penyanyi itu.

Terdahulu tular di media sosial beberapa foto jamal bersama sekumpulan individu sedang menikmati durian dan sambil berkaraoke hingga mencetuskan kem4rahan ramai.

Susulan itu Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail dilaporkan berkata, pihaknya akan mendapatkan keterangan Jamal dan beberapa individu lain dipercayai peniaga dan penduduk kampung bagi membantu s1asatan.

Berhubung suasana seperti sedang berpesta kerana dia dilihat turut menghiburkan peminat, Jamal berkata ia berlaku secara kebetulan.

” Kebetulan tempat tu ada set karaoke, sambil makan… saya menyanyi.

” Sebelum tu saya pakai pelitup muka tapi apabila nak makan dan nyanyi, saya letak tepi,” katanya.

Dalam pada penyanyi lagu Belenggu Rindu ini berkata dia sedia memberi kerjasama dan akan hadir ke Balai Polis Tapah kira-kira pukul 2 petang Ahad.

Tambah Jamal, dia juga tidak menyangka persinggahannya itu mengundang masalah apabila secara tidak langsung menarik perhatian penduduk kampung untuk turut serta.

Datuk Jamal akan tampil memberi keterangan polis pada petang Ahad.

” Saya tak tahu dekat situ ada orang lain, jadi apabila orang lihat saya… tiba-tiba ramai datang berkumpul.

” Saya akui memang salah sebab terlepas pandang. Saya hanya memenuhi hasrat orang, tak mahu kecilkan hati orang,” katanya.

Sudah boleh agak polis mahu bergambar

Terdahulu, Jamal yang ‘ditahan’ polis dalam SJR berkata dia sudah boleh mengagak tujuan pihak poIis adalah mahu bergambar.

Jamal juga berkata beliau tidak bimbang dikompaun kerana ada surat kebenaran merentas negeri daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

” Saya ikut kehendak mereka kerana nak bagi mereka seronok. Bukan saja di luar bandar, di Kuala Lumpur pun pernah berlaku perkara sama.

” Mereka peminat saya dan saya tak kisah nak melayan. Lagipun memang satu kebiasaan buat saya apabila tempuh SJR, akan bagi salam, beri senyuman yang manis dan tanya sama ada sudah makan.

” Buat apa menyombong. Kita kena hormat pengorbanan mereka demi negara. Saya pun ada kebenaran keluar bekerja dan tiada sebarang kesalahan,” katanya.

Menurutnya, kadang-kadang petugas SJR tidak meminta surat kerana tahu dia mahuke Bukit Merah untuk melihat kolam ikan miliknya.

” Biasanya dalam sebulan, saya berulang alik ke sana sebanyak dua kali. Ada kalanya saya beli barang di Kuala Lumpur dan kena hantar ke sana,” katanya.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*