Anak Pengasas Dnars Dapat Hadiah Msteri Dari Seorang Wanita, ‘Bila Call Tanya Siapa, Dia Terus Letak’

Senaskhah al-Quran dihantar terus ke alamat kediaman keluarga di Kota Bharu, Kelantan menimbulkan tanda tanya anak sulung kepada usahawan komestik, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad.

Menurut Iqbar Hakim Jasman, 21, dia menerima bungkusan yang mengandungi senaskhah al-Quran itu daripada pengirim yang tidak dikenali, pada Isnin.

” Sekali lagi parcel ‘orang msteri’. Terima kasih, walaupun awak msteri, tapi awak sedang menyedarkan saya.” tulisnya di aplikasi Instagram Story, bersama foto senaskhah al-Quran dengan bahagian kulit dicetak namanya sendiri.

Iqbar memberitahu pemberi senaskah al-Quran itu daripada seorang wanita.

” Selama ini sebarang penghantaran atau pemberian daripada mana-mana pihak, akan dihantar ke alamat pejabat kami di Kota Bharu. Memang itu alamat surat-menyurat.

” Tak pernah saya dapat barang yang dihantar terus ke rumah, ia adalah pertama kali. Saya lebih terkejvt apabila bungkusan itu mengandungi senaskhah al-Quran dengan kulitnya dicetak nama saya sendiri,” katanya kepada mStar.

Iqbar yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Dnars berkata, tiada butiran nama pengirim melainkan ia dikirim dari Kedah dan nombor telefon dipercayai milik seorang wanita.

” Saya ada minta pembantu peribadi (PA) call nombor tu, dan yang jawab adalah seorang wanita. Bila ditanya pasal bungkusan tu, wanita tu kata ya.

” Tapi bila ditanya siapa dia, terus panggilan dim4tikan. Dan panggilan tidak dijawab lagi selepas itu. Saya tak tahu siapa pengirimnya, memang ‘orang msteri’,” katanya.

Sejambak bunga ros dan senaskhah al-Quran yang diterima Iqbar.

Iqbar mengakui hatinya begitu tersentuh dengan pemberian al-Quran tersebut yang menyedarkannya agar mendekatkan diri kepada tuhan.

” Pemberian itu mengingatkan saya tentang kealpaan. Walaupun msteri, ia benar-benar menyentuh hati saya. Kepada pemberi al-Quran ini, saya mengucapkan terima kasih,” katanya yang merupakan anak sulung daripada lapan beradik.

Iqbar bagaimanapun mendedahkan ia bukanlah satu-satu hadiah yang dihantar oleh ‘orang msteri’ kerana dia turut menerima sejambak bunga ros pada minggu lalu.

” Saya terima sejambak bunga ros yang diletakkan di atas kereta saya, di kawasan parkir di kediaman saya dekat Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Selain perniagaan, Iqbar mahu memberi tumpuan kepada keluarganya.

” Tiada kad ucapan, apatah lagi nama pengirim. Saya cuma diberitahu oleh pengawal ksIamatan yang ada orang hantar melalui khidmat penghantaran.

” Apa yang mengejvtkan saya, macam mana ‘orang msteri’ tu boleh tahu kediaman saya di Kuala Lumpur, siap tahu kat mana saya letak kereta,” ujar anak kelahiran Kelantan ini sambil menambah tiada petunjuk mengenai pengirimnya.

Dia bagaimanapun menganggap ia sekadar pemberian daripada secret admirer dan hanya akan mengambil tindakan sekiranya meng4ncam ksIamatan diri dan keluarganya.

” Bukan setakat wanita nak berkenalan dengan saya, malah ada yang berani hantar mesej kat saya nak meminang saya. Hati saya belum terbuka untuk terima seseorang dalam hidup saya,” katanya.

Arwh ibu Iqbar mempunyai pesanan mengenai soal jodoh.

Menurut Iqbar, buat masa ini, dia mahu menumpukan kepada perniagaan yang ditinggalkan oleh arwh ibu, dan menjaga keluarganya terutama adik-adik.

” Arwh Mami (Allahyarham Faziani) berpesan sebelum beliau mninggaI, kalau hati sudah terbuka untuk terima seseorang, carilah wanita yang boleh pikul tanggungjawab.

” Arwh Mami seorang yang cukup simple, tak cerewet siapa pilihan hati saya. Cuma arwh pesan, biarlah wanita itu terima saya seadanya, boleh jaga saya dan adik-adik, serta faham kerjaya saya,” katanya.

Allahyarham Faziani mninggaI dnia selepas terbabit dalam kmIangan apabila kereta yang dinaikinya merempvh sebuah lori pada Mei 2019.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*