Bila Waktu MaIam Saja, Ibu Abam Susah Nak Tidur Dan AIi Puteh Terpaksa Teman Berborak Sampai Jam 3 Pagi

Sudah menjadi lumrah, kehilangan orang tersayang merupakan satu ujian yang paling berat dalam hidup. Apatah lagi orang itu menjadi tulang belakang dalam sesebuah keluarga.

Demikian juga yang dirasai oleh ahli keluarga Allahyrham Abam yang pastinya mengambil masa untuk melupakan setiap detik serta kenangan manis ketika hayat arwh.

Peritnya untuk menerima hakikat anak kesayangan atau suami kesayangan sudah tiada lagi di dunia ini. Hanya yang pernah merasainya sahaja akan faham bagaimana pedihnya perasaan tersebut.

Selepas empat hari pemergian pelawak Abam Bocey, adiknya Ali Puteh memberitahu ibu dan kakak iparnya Nor Hidayah masih terkesan dengan kehilangan itu.

Menurut Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, ibunya Sabariah Arshad mengalami kesukaran untuk tidur kerana terkenangkan Allahyrham.

” Keadaan ibu sekarang macam biasa la, dia masih lagi terkenangkan arwh Abam. Waktu siang, dia boleh berborak-borak la juga.

Sabariah masih terkenang arwh Abam.

” Tapi bila waktu malam saja, dia susah tidur dan akan berborak mengenai arwh sampai la pukul 3, 4 pagi baru boleh tidur.

” Buat masa sekarang ini, saya dan isteri serta anak-anak tinggal bersama ibu. Setiap malam kami akan teman ibu tidur.

” Walaupun saya sendiri pun masih lagi belum dapat terima hakikat itu tapi terpaksa juga kuat demi ibu,” kata Ali ketika dihubungi wartawan pada Khamis.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, mninggaI dnia selepas dua hari mengalami dmam panas di kediamannya, Gombak, pada pagi Isnin.

Allahyrham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Sementara itu, Ali memberitahu dia akan cuba sebaik mungkin menguruskan harta yang ditinggalkan Allahyrham.

” Memandangkan rumah ada banyak bilik, ibu bapa mentua arwh pun tinggal bersama kami buat masa kini.

” Hidayah memang banyak berdiam tapi saya nampak juga dia ada la berborak dengan tetamu.

” Insya-Allah saya akan cuba membantu isteri dan anak Abam. Saya akan cuba susun sebaik yang mungkin harta peninggalan arwh untuk anaknya Hamzah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ali berterima kasih kepada semua tetamu yang masih lagi berterusan menziarahi rumah dan kbur arwh sehingga kini.

” Alhamdulillah, sampai sekarang sudah empat hari arwah mninggaI dnia tapi rumah sentiasa dipenuhi orang ziarah. Dari pagi sampai malam ada sahaja yang datang, kebanyakan mereka dari jauh.

” Mereka kawan-kawan dan kenalan arwh yang tak dapat datang pada hari pengebvmian,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*