‘Juri Dari Bulgaria Pun Terpukau Oleh Suaranya’ – Biodata Dan Fakta Menarik Denden, Vokalis Baru Search

” Saya tengok dia memang kena. Kriteria dia cenderung ke arah rock juga. Suara dia sesuai kerana kami perlukan penyanyi bernada tinggi.”

Itu kata-kata Kid yang juga gitaris kumpulan rock lagenda Search yang mengejutkan peminat mereka apabila mengumumkan penyanyi baru.

Tiada lagi teka-teki, kumpulan Search bersepakat melantik penyanyi kelahiran Indonesia, Denden Gonjales, 38, sebagai vokalis baharu dalam projek kolaborasi antara dua negara.

Noordin Mohd Taib berkata, semua anggota Search meletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada kemampuan Denden untuk membawakan lagu-lagu bernada tinggi, bersesuaian dengan genre muzik kumpulan tersebut.

” Di Indonesia, Denden tidak asing lagi dan pernah bekerjasama dengan penyanyi popular negara itu seperti Inka Christie dan Judika.

” Malah, dia juga mencuri tumpuan dunia berikutan aksinya dalam program ‘blind audition’ The Voice Bulgaria di mana dia membuat juri terpukau ketika menyanyikan lagu She’s Gone nyanyian asal Steelheart.

” Search memilih dia kerana suaranya dan dia boleh menyanyikan lagu bernada tinggi dan amat sesuai dengan Search.

” Dengan usia yang masih muda iaitu 38 tahun kami yakin dia boleh membawakan lagu-lagu search dengan baik. Usia yang cukup sesuai untuk kemuncak prestasi,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan penyanyi Indonesia, Denden Gonjales sebagai penyanyi baharu Search, Noordin berkata, dia menjumpai Denden di YouTube.

” Dia banyak ‘cover’ lagu Search seperti Isabella dan Hilang Dalam Terang. Saya tengok dia memang kena. Kriteria dia cenderung ke arah rock juga.

” Suara dia sesuai kerana kami perlukan penyanyi bernada tinggi. Kebanyakan lagu-lagu Search bernada tinggi,” katanya.

Kid pula berkata, semua sedia maklum Search sekitar 21 tahun dulu adalah satu nama besar di Indonesia.

” Kami pilih Denden bukan kerana tiada penyanyi Malaysia. Kita ada ramai penyanyi berbakat, tapi kita kena faham. Ini adalah misi kami untuk ke luar negara.

” Denden pernah beritahu orang di Bulgaria pun kenal Search,” katanya.

Biodata dan fakta menarik mengenaik Denden.

Pihak Muzik Jalanan telah cuba mencari info berkaitan Denden, penyanyi baru kumpulan rock terkenal di Malaysia, Search.

Antara yang menarik ditemukan adalah, meskipun pemilik nama sebenar Denden Samsuhendar ini disebut-sebut di Malaysia, namun nama bakat beliau sebenarnya tidak begitu mendapat perhatian di Indonesia.

Nama popular: Denden Gonjalez
Tarikh lahir: 20 Julai 1983
Tempat lahir: Ciampel, Padalarang, Kabupaten Bandung Barat, Indonesia
Status: Berkahwin dan nama isteri, Anggi
Channel YouTube: Denden Gonjalez.

Mungking ramai tak tahu, Denden juga pernah ada ‘sejarah’ dengan Apak Khalifah.

Pada 2016, Denden pernah terbabit dalam satu projek diberi nama Trumpband bersama Harry Khalifah (Bassist), Rody Kristal (Guitarist) di mana mereka merakam lagu berjodol Cintaku.

Denden pernah berduet dengan penyanyi ternama seperti Sule, Ian Kasela dari band Radja, Judika dan Inka Christie

Sewaktu menyertai pencarian bakat The Voice Bulgaria 2021, beliau telah memukau keempat juri The Voice Bulgaria 2021 saat menyayikan lagu She’s Gone, Steelheart.

Denden pernah menganggotai kumpulan Ballerina (sekitar tahun 2008-2009).

Tahun 2008, album nereka iaitu Dance of Balet mendapatkan penghargaan dari Anugerah Musik Indonesia (AMI Award) 2008 dengan kategori sebagai Karya Produksi Musik Progressive Terbaik.

Search turut dianggotai bassist terkenal, Yan

Selain Noordin dan Kid di posisi gitar serta Denden sebagai penyanyi, Search juga mengumumkan pemuzik berpengalaman luas iaitu Yan sebagai pemain bass mereka.

Yan atau nama sebenarnya, Amran Marsiman bukanlah asing dengan Search.

Menurut Noordin, Yan pernah menganggotai Search menerusi album pertama, Cinta Buatan Malaysia pada 1985 selain pernah bersama Search dalam album Rampage, Double Trouble (bersama Wings) dan Search 10 Tahun.

Noordin berkata, Yan bersetuju untuk menyertai Search kerana keserasian bersama kumpulan itu.

” Yan memang serasi dengan Search. Dia sudah bermain dalam banyak konsert Search termasuk ketika Search membuat persembahan di New Music Seminar di New York, Amerika Syarikat pada 1991,” katanya.

Selain itu, Search mengekalkan khidmat Pae sebagai pemain dram lantaran sebelum ini pernah diundang bagi menggantikan Allahyarham Yazit Ahmad ketika arwah mula mengalami masalah kesihatan beberapa tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Search juga mengorak langkah dengan membuka kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada 31 Disember 2021.

Menurut Noordin, Search Rock Station adalah kedai yang menjual barangan cenderahati rasmi Search seperti t-shirt, kasut, topi dan pelbagai barangan lain.

” Ia juga menjual alat muzik seperti gitar serta menawarkan proses jual beli gitar di situ. Ada juga gitar milik saya dan Kid yang diletakkan di situ sebagai pameran.

” Ini termasuk pelbagai barangan koleksi peribadi saya dan Kid yang turut dijual dan dipamerkan,” katanya.

Sumber:utusan, hmetro dan portalbangkabelitung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*