Kenali Farra Inalis, Ibu TunggaI Berasal Dari KeIantan Pilihan Hati Caprice, ‘Cantik Tinggi Lampai Orangnya’

Tiada angin tiada ribut, foto penyanyi rap Caprice yang difahamkan telah selamat bernikah terus menjadi buah mulut ntizen.

Gambar Caprice yang sedang menyarung cincin di jari manis seorang gadis telah menctuskan pelbagai pertanyaan ntizen sejak dari petang tadi.

Dikhabarkan penyanyi Rap itu sudah menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati, Farra Inalis yang berusia 26 tahun.

Menerusi sekeping foto yang dimuat naik dalam Instastory seorang individu bernama Yasser Khan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, kelihatan dengan pasangannya, yang sama cantik sama padan mengenakan persalinan persis baju nikah.

Hantaran berkenaan turut dikongsikan semula oleh penyanyi yang juga anggota kumpulan DeFam, Azira Shafinaz menerusi Instagramnya.

Berstatus ibu tunggal

Berdasarkan carian media sosial, wanita yang dikahwini Caprice itu berstatus ibu tunggal anak satu.

Bagaimanapun pembantu peribadi Caprice yang dikenali sebagai Aiman tidak dapat mengesahkan kesahihan berita berkenaan namun lebih rela membiarkan agar perkara itu dijawab sendiri oleh pelantun lagu Lenglui itu nanti.

” Saya tidak boleh nak sahkan betul atau tidak.

” Tapi kalau orang kongsi gambar dia (berkahwin), sarung cincin di jari wanita, maksudnya, memang betullah dia dah kahwin,” katanya ketika dihubungi Kosm0! Online sebentar tadi.

Ujar Aiman, Caprice sudah berkenalan dengan wanita berkenaan sejak beberapa tahun lalu dan dia berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

Berasal dari Kelantan

” Apa yang saya tahu Caprice telah berkenalan dengan wanita itu setahun dua lalu.

” Saya sendiri tak dimaklumkan tentang pernikahannya kerana sekarang saya berada di Langkawi. Saya dapat tahu dia berkahwin pun sekitar pukul 5 petang hari ini.

” Dia (isteri Caprice) baik orangnya dan dia berasal dari Kelantan. Apa-apa maklumat lanjut, akan datang dari bibir Caprice sendiri nanti,” katanya.

Berdasarkan semakan di IG, Farra Inalis juga seorang yang cantik dan tinggi lampai orangnya selain berkulit putih.

Usaha Kosm0! Online untuk mendapatkan komen lanjut daripada bibir Caprice sendiri masih belum berhasil apabila dia tidak menjawab mesej dan panggilan telefon.

Terbaharu, identiti wanita yang didakwa telah dikahwini Caprice pula berjaya dibongkar ntizen.

Difahamkan wanita terbabit yang bersama Caprice dalam foto yang tular itu merupakan seorang usahawan yang berasal dari negeri di Pantai Timur.

Menerusi keterangan di profil Instagramnya, wanita itu turut dikenali dengan nama panggilan Elis dan mengikuti akaun Instagram Caprice.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Elis turut berkongsi beberapa video sepanjang majlis berlangsung. Salah satunya merupakan videonya menggenggam tangan seorang lelaki.

Tulisnya ringkas; “New life, new chapter.”

Sementara itu, di akaun Instagram @signbycap pula, sepotong video boomerang sepasang pengantin mirip Caprice dan Elis turut dikongsikan oleh pengendali akaun berkenaan.

Umpama mengesahkan berita gembira itu, Caprice turut berkongsi sepotong video daripada majlis pernikahannya bersama Elis di akaun Instagramnya sekitar 8.30 malam tadi.

” Halal. Maaf kerana sudah 40 hari saya menyepikan diri. Pelbagai perkara yang telah saya lalui dan saya akan berkongsi dalam waktu terdekat ini,” katanya.

Reaksi warganet

Meskipun ringkas perkongsian Caprice itu, ia sudah cukup untuk mengesahkan pernikahannya dan lantas peminat serta rakan artis mengucapkan tahniah serta mendoakannya.

” Lamanya diam rupanya nak kahwin… congrats caprice dan isteri. Selamat pengantin baru.. Semoga lepas ni Cap matang hahah jgn serabut dah okay..” tulis Anep.

” Wow Barakallahu Lakuma wa Baraqah.. semoga bahagia dan tabah dalam mengharungi alam rumahtangga..” tulis Izhar.

Lahir pada 25 Julai 1988, Caprice adalah seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan dan penceramah motivasi serta dikenali sebagai ‘Instafamous’.

Kebanyakan lagu-lagunya dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, “Lenglui” dan “Dem Girls” telah melonjakkan beliau ke aliran arus perdana.

Caprice juga merupakan pengasas bagi aplikasi pendidikan Classruum di bawah Caprice Technologies.

Sumber:K0smo dan IG Caprice

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*