Kisah Di Sebalik Watak Cikgu Norkiah Dan Kaitan Sebenar Sharifah Hanim Dengan Tunku Abdul Rahman

Bagi penggemar filem-filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee, pastinya filem bergenre jenaka atau komen paling gemar ditonton termasuk filem Masam-Masam Manis.

Filem itu mengisahkan seorang guru teruna bernama Cikgu Shaari dan seorang gadis bernama Norkiah yang menyewa bilik bersebelahan.

Hendak dijadikan cerita mereka berdua tidak pernah kenal antara satu sama lain tetapi kerap bergaduh melalui dinding bilik masing-masing. Dalam masa yang sama diluar rumah mereka sebenarnya bercinta.

Salah satu dialog Norkiah yang paling diingati ialah;

” P. Ramlee (Cikgu Shaari): Hoi oghang sebelah, awat hang joloq mai buluh hang masuk bilik aku haa..awat hang ingat ni Aloq Staq ka oii” (usik P. Ramlee sambil mengajuk dengan loghat pekat Kedah)

” Sharifah Hanim (Norkiah): Hoi orang sebelah!, ko jangan menghiina kampung aku tau..shut up uuu!!”

Kredit foto- FB MENGENALI PELAKON LAMA

Dipendekkan cerita akhirnya setelah menjalani pelbagai dugaan mereka berkahwin dan dua bilik tu akhirnya dipecahkan tetapi tuan rumah minta supaya sewa tetap dua… heheheheheh.

Bercerita pasal pelakon perempuan yang yang membawakan watak sebagai cikgu Norkiah tu, ramai barangkali belum tahu siapakah sebenarnya wanita cantik ini.

Mungkin ada yang mengenali beliau sebagai pelakon yang bernama Sharifah Hanim sahaja, namun tidak kenal secara terperinci.

Siapa sangka ada cerita yang sangat menarik untuk dikongsikan mengenai Sharifah Hanim yang jarang orang tahu terutama peminat-peminat filem Melayu klasik.

Berketurunan Diraja Perlis

Nama sebenarnya adalah Yang Mulia Sharifah Hanim binti Almarhum Tuanku Syed Hamzah Jamalullail.

Beliau adalah kerabat Diraja Perlis dan merupakan anak perempuan pertama Almarhum Tuanku Syed Hamzah Jamalullail iaitu Raja Negeri Perlis semasa era pemerintahan Jepun.

Selain itu, beliau merupakan anak saudara kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri pertama Malaysia.

Selepas Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua dan British masuk semula ke Tanah Melayu, Almarhum Tuanku Syed Hamzah Jamalullail telah diturunkan.

Tahta Raja Perlis kemudian digantikan dengan Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail iaitu Ayahanda kepada Raja Negeri Perlis sekarang, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Sharifah Hanim diputerikan di Bandar Diraja Arau, Perlis pada 1935 dari bondanya Sharifah Amina binti Syed Abbas Al-Sagoff yang merupakan isteri ketiga Almarhum Tuanku Syed Hamzah Jamalullail.

Mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid hingga peringkat Senior Cambridge. Beliau pernah bertugas sebagai juruhebah sambilan di Radio Malaysia dan pernah berkhidmatan sebagai operator telefon di Bank Negara Malaysia.

Selain itu Sharifah Hanim juga merupakan juara pertandingan Ratu Cantik anjuran UMNO Kedah pada tahun 1956.

Sharifah Hanim mendirikan rumahtangga pada tahun 1957 dengan Jazamudin Baharuddin yang merupakan seorang penulis yang menggunakan nama pena Adi Muara.

Hasil daripada perkahwinan ini Sharifah Hanim dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan, Sulasteri dan Siti Asma.

Memulakan kerjaya awalnya dalam Jabatan Penerangan Alor Setar Kedah, selain pernah menjadi penyanyi dalam stesen radio di Pulau Pinang.

Beliau juga merupakan rakan kongsi kepada Tengku Khatijah (anak kepada Tunku Abdul Rahman) dengan membuka sebuah kedai dandanan (mekap) sebelum berpindah ke Kuala Lumpur.

Dikatakan beliau telah memasang impian untuk menjadi bintang filem sejak di bangku sekolah lagi.

Tunku Abdul Rahman minta P. Ramlee beri watak kepada Sharifah Hanim

Pada sekitar tahun 1965, ketika seniman P. Ramlee ingin mengarahkan filem ketiga (Studio Merdeka) bercorak komedi yang berjudul Masam-Masam Manis dan akan memulakan penggambaran pada bulan Mei 1965.

Bapa saudara beliau (Tunku Abdul Rahman) telah meminta Seniman tersebut agar memberi salah satu peranan atau watak penting dalam filem berkenaan.

(Terdapat versi mengatakan bahawa Tan Sri P Ramlee sendiri telah mendapatkan kebenaran daripada Istana Perlis sebelum Sharifah Hanim memulakan pengambaran filem berkenaan.)

Pada awalnya watak heroin sebagai Cikgu Norkiah ditawarkan kepada Seniwati Salmah Ahmad, namun terpaksa ditolak kerana pada masa itu kontrak bersama Studio Merdeka akan tamat dalam tempoh lima bulan.

Kemudian watak heroin itu diserahkan pula kepada Seniwati Mariani.

Bagi memenuhi permintaan Tunku Abdul Rahman, watak dan peranan asal dirombak semula bagi membolehkan Sharifah Hanim memegang watak utama sebagai Cikgu Norkiah.

Manakala Seniwati Mariani pula berperanan sebagai pembantu iaitu watak Rosnah, sahabat baik kepada Cikgu Norkiah dalam filem tersebut.

Dengan kejayaan lakonan beliau dalam filem pertamanya walaupun terlihat sedikit kaku, mengambil kira bakat lakonan bakal diasah, beliau mula ditawarkan mengikat kontrak dengan Merdeka Studio selama tiga tahun bermula pada bulan Oktober 1965.

Bagaimanapun penglibatan Sharifah Hanim dalam dunia lakonan agak terhad kerana beliau lebih menumpukan perhatian terhadap anak-anaknya.

Almarhum Tuanku Syed Hamzah Jamalullail merupakan komposer kepada lagu rasmi negeri Perlis, mungkin drah seni yang mengalir dalam diri Sharifah Hanim diturunkan daripada Almarhum Ayahandanya.

Dalam pada itu jodoh Sharifah Hanim bersama suaminya tidak panjang dan pada tahun 1974 mereka akhirnya bercrai.

Sharifah Hanim mangkat di Kuala Lumpur akibat masalah kncing mnis dan hati dalam usia 69 tahun.

Di saat umat Islam sedang bergembira meraikan 1 Syawal yang jatuh pada tanggal 25 November 2003, Sharifah Hanim telah pergi mengadap Ilahi sekitar jam 5.20 petang di Hospital Kuala Lumpur di samping bekas suami dan anak-anak.

Jnazah Sharifah Hanim telah dibawa ke Perlis dan dimak4mkan di Makam Diraja Lama Arau.

Pemergian Sharifah Hanim kebetulan pada tarikh yang sama dengan pemergian pelawak Ibrahim Pendek.

Kredit foto- FB Repair Gambar Lama

Tiada kena mengena dengan Raja Azura

Kelihatan seiras, justeru terdapat netizen memuatnaik komen di Facebook mengatakan beliau adalah ibu saudara kepada pelakon Raja Azura.

Bagaimanapun berdasarkan carian pihak Muzik Jalanan tidak menjumpai sebarang bukti bagi menyokong kenyataan itu.

Malah maklumat dari Kisah Sedih Youtube juga menjelaskan bahawa Sharifah Hanim tidak mempunyai pertalian keturunan dengan Raja Azura dan penyanyi Liza Hanim.

Adakah boleh kita katakan bahawa Sharifah Hanim merupakan kerabat diraja pertama Malaysia yang menceburi bidang hiburan tanahair sebagai seorang anak wayang.

Al-Fatihah, semoga roh Allahyarhamah Sharifah Hanim binti Almarhum Tuanku Syed Hamzah Jamalullail ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin…

Sumber: yt Kisah Sedih Youtube dan Fb MENGENALI PELAKON LAMA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*