Pelakon Amerul Muatnaik Status Ayat Macam Tak Puas Hati, ‘Cukup Cukuplah Layan Org Politik Macam Raja’

” Cukup-cukup lah layan orang politik tu macam raja.”

Demikian ciapan dimuataik oleh pelakon Amerul Affendi membidas pihak pengurusan Balai Seni Negara menurunkan empat lukisan menggambarkan tokoh politik hasil karya Ahmad Fuad Osman.

Tegas Amerul, pihak pengurusan Balai Seni Negara tidak sewajarnya melayan ahli politik seperti raja.

” Dia orang tu bekerja untuk kita. Bal#ci kita. Kita yang pilih mereka,” ciapnya di akaun Twitter.

Setakat berita ini ditulis, perkongsian Amerul itu diulang ciap 1,800 kali dengan 2,000 tanda suka.

Penurunan karya itu dibuat ketika pameran At The End Of The Day, Even Art Is Not Important hanya berbaki kira-kira 19 hari saja lagi. Pameran itu bermula sejak akhir Okt tahun lalu.

Karya berkenaan antara lain menggambarkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad; Presiden PKR Anwar Ibrahim; dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali.

Ahmad Fuad yang menyatakan rasa tidak puas hati berhubung penurunan karyanya berkataBalai Seni Negara perlu nyatakan pendirian kepada orang ramai berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerruddin Ahmad, mempertahankan penurunan karya berkenaan dan berkata langkah itu bukanlah sesuatu yang mustahil diambil sepanjang proses pameran di situ.

Tambahnya, Balai Seni Negara berperanan sebagai galeri institusi yang didanai kerajaan, justeru ia perlu beroperasi mengikut norma dan tertibnya.

Sementara itu, Amerul yang berlakon dalam filem One Two Jaga menyifatkan bahawa perkara ini boleh berlaku kerana adanya pihak yang terlalu menyegani ahli politik.

” Sebab adanya kaki kipas kaki bodek ahli politik benda macam ni boleh jadi,” katanya lagi.

Amerul membuat kenyataan itu bagi membalas ciapan dari akaun Five Art Centre yang memaparkan ulasan dari Kathy Rowland, salah seorang pengkritik budaya dan penulis berkenaan isu penapisan seni di Malaysia.

Mohd Amerul Affendi bin Mohd Mawardi (lahir 7 Oktober 1986) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan peranan lakonan di televisyen dan filem.

Menerusi watak lakonannya sebagai Toyu dalam filem Terbaik dari Langit (2014), beliau memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 pada 2015.

Bagi peminat sejati industri lakonan tanahair, Amerul Affendi merupakan seorang pelakon yang hebat meskipun popularitinya tidaklah setanding pelakon kacak seperti Fattah Amin, Shaheizy Sam dan lain-lain.

Walaupun beliau seringkali memainkan watak sampingan sahaja, namun beliau mampu membawa pelbagai jenis watak dengan jayanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*