Rupanya Khir Rahman Dah Ada PIan Besar Untuk Abam, Sepatutnya Jumpa Minggu Lepas Tapi Abam Sibuk

Hasrat pelakon dan pengarah Khir Rahman untuk melibatkan Allahyrham Syed Umar Mokhtar atau Abam (Bocey) dalam teater arahannya tidak kesampaian apabila pelawak itu pergi buat selama-lamanya pada Isnin lalu.

Menurut Khir, 46, Abam sepatutnya memulakan latihan teater berjudul Korupsi Dewan Semandung pada hari kejadian, namun ia tidak dapat direalisasikan.

” Sepatutnya pada hari Abam mninggaI dnia itu kita adakan latihan teater pukul 11 pagi, tapi dapat pula berita yang lebih mengejutkan.

” Sejujurnya saya ada plan besar untuk Abam tapi nampaknya tak kesampaian, teater yang bakal dipentaskan di Istana Budaya ini merupakan salah satu rancangan itu.

” Bagaimanapun tuhan lebih sayangkan Abam dan kami kena terima dan reda dengan ketentuan ini,” katanya kepada mStar.

Khir terkejut mendengar perkhabaran Abam telah mninggaI dnia.

Teater komedi seram, Korupsi Dewan Semandung itu dijangka akan dipentaskan di IB pada 28 hingga 29 Februari dan 1 Mac ini.

Selain Abam, ia turut dibintangi oleh Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan dan ramai lagi.

Sementara itu, Khir memaklumkan dia dan team produksi akan duduk berbincang bagi mencari pelakon yang akan menggantikan watak Abam itu.

” Sepatutnya minggu lepas kami adakan pertemuan pertama tapi Abam agak sibuk masa tu, jadi tak sempat nak jumpa. Hari Isnin baru kita confirm adakan latihan pertama.

” Kami semua tak terfikir langsung akan berlaku macam ini, memang tak pernah letak plan B atau sebagainya… lepas ini kita akan berbincang semula untuk tukar plan lain setelah ketiadaan Abam,” ujarnya.

Abam, 32, mninggaI dnia di kediamannya di Gombak pada Isnin selepas dua hari mengalami dmam panas.

Dalam pada itu sahabat karib arwh dalam kumpulan Bocey iaitu Achey dan Fad bersedia untuk mengambil alih kerja atau tawaran berlakon yang sudah diterima Abam secara percuma untuk membantu keluarga arwh.

Menurut Achey, 34, dia dan Fad berjanji jika ada kerja atau tawaran arwh yang masih tergantung, dalam penggambaran atau yang sudah diterima, kami sedia mengambil tugas itu secara percuma untuk dia serta keluarganya.

” Itu sahaja yang saya dan Fad dapat bantu isteri dan keluarga arwh Abam,” kata Achey

Perkara itu disahkan Achey yang ditemui di kediaman Allahyrham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, di Gombak, pada Isnin.

Buat semua selebriti tempatan yang pernah bekerjasama dengan arwh, pemrgian mengejut arwh pada pagi Isnin telah memberi tamparan hebat.

Achey turut memberitahu meskipub Abam sudah tiada, dia dan Fad akan meneruskan perancangan mereka untuk menerbitkan sebuah program khas untuk peminat.

” Ikukan kami bertiga sudah berjanji nak terbitkan sebuah program sendiri khas untuk peminat setia. Walaupun tiada pemintaan untuk Bocey di TV tapi tak apa, masih ada platform lain untuk orang tengok kami.

” Kami ada berhubung di WhatsApp dua hari lalu, sempat bergurau dan berbincang mengenai projek ini tapi itulah… semuanya dah disusun Allah.

” Saya dan Fad tetap akan teruskan projek itu walau apa terjadi, bukan sebab kami nak tapi demi Abam kerana ini idea dia juga,” ujarnya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*