‘Maklumlah Dia Dh Lama Brgelar Bos’ – PU Riz Mula Dedah Pngalaman Selepas 2 Bulan Jadi Suami NeeIofa

” Ia pengalaman yang mencabar”

Itu jawapan dan reaksi pelakon dan pendakwah PU Riz yang mendedahkan ada waktu susah dan senang ketika menjaga isterinya yang juga pengacara dan usahawan popular, NeeIofa.

Menurut PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26,, memandangkan isterinya sudah terlalu lama bergelar boss, jadi ia satu pengalaman yang mencabar.

” Ada susah, ada senang tetapi ia pengalaman yang mencabar. Maklumlah, dia adalah seorang wanita yang sudah lama bergelar boss. Jadi, apabila sudah bersuami, jihad untuk dia taat kepada suami.

” Namun, kesukaran menjaga NeeIofa tidaklah banyak, cuma perlukan masa untuk dia menyesuaikan diri,”

Itu kata-kata PU Riz ketika ditanya peminat adakah sukar atau tidak menjaga NeeIofa dalam satu sesi siaran langsung khas bersama peminat baru-baru ini.

Sementara itu, NeeIofa berkata, sebagai isteri dia wajib taat kepada suaminya dalam apa keadaan sekalipun.

” Memang tidak mudah. Selama ini saya hidup saya dikelilingi dengan ramai pekerja. Saya komited untuk menjaga syarikat-syarikat yang saya usahakan.

” Tapi bila ada suami dalam hidup, kita perlu wajib taat. Walaupun untuk menyesuaikan hidup daripada zaman bujang ke alam perkahwinan bukan senang, tapi saya cuba sebaik mungkin.

” Alhamdulillah sekarang ini kami sudah dapat menyesuaikan diri sebagai pasangan suami isteri,” katanya.

Dalam pada itu, PU Riz turut berharap perkahwinan yang dibina dengan NeeIofa bakal dikurniakan zuriat mujtahid (ilmuan berlandaskan Islam).

Mahu zuriat mujtahid

Riz yang selamat bergelar suami kepada pengacara dan pelakon dan pengacara sensasi itu berkata, dia turut berharap perjalanan rumah tangga yang dibina bakal membawa mereka ke syurga.

” Impian saya untuk perkahwinan ini adalah apa saja yang bakal kami harungi akan membawa kami ke syurga.

” Selain itu, saya juga mendoakan agar dikurniakan zuriat-zuriat yang akan jadi mujtahid di akhir zaman.

” Tiada apa yang saya harapkan lagi selain akan terapkan sunnah dalam keluarga,” katanya dalam satu video yang dikongsikan adik NeeIofa¬† iaitu Nur Atisha Khan menerusi saluran YouTube miliknya.

Dalam video yang dirakam semasa majlis pertunangan pada 1 November tahun lalu, NeeIofa turut meletakkan harapan supaya perkahwinan itu menjadikannya seorang wanita dan isteri solehah.

” Semoga Allah membimbing dan memberkati saya menjadi seorang isteri solehah dan taat kepada suami. Saya berharap dengan ikatan ini memberi saya peluang ke syurga nanti,” katanya dalam rakaman terbabit.

Menerusi rakaman berkenaan, keserasian dan kemesraan NeeIofa dan Riz jelas terpancar apabila mereka saling bergurau antara satu sama lain.

Turut dimuatkan dalam video berkenaan ialah detik NeeIofa disarungkan cincin oleh ibu Riz iaitu Datin Seri Normah Johar.

NeeIofa atau nama sebenarnya Noor NeeIofa Mohd Noor sah bergelar isteri Riz dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, pada 27 Mac lalu.

Majlis bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*