‘Setakat Solo Camni Melambak Gitaris Kmpung Boleh Libas’ – Ntizen PerIi, Sekali Harry Khalifah BaIas Balik

” Saya bangga orang kata lagu saya kampung dan ‘leman’.”

Demikian reaksi penyanyi dan komposer Harry Khalifah yang mengakui tidak pernah terasa hati apabila menerima kritikan negatif yang mempertikaikan genre itu kerana gemar mencipta lagu kampung atau ‘leman’.

Meskipun digelar penyanyi lagu kampung, Harry atau nama sebenarnya Ahmad Sairi Haslan Mohd Redzwan, 41, tetap berbangga dengan kesemua karya yang dihasilkan.

” Tak dinafikan setiap komposer pasti akan berasa tekanan dalam menghasilkan lagu. Macam saya, apa yang keluar di fikiran dan hati, saya keluarkan saja.

” Malah, semua lagu saya memang datang daripada hati.

” Saya bangga dilabel penyanyi lagu kampung… sedikit pun tak terkesan dengan cakap-cakap orang. Apa yang pasti saya akan terus berusaha berkarya sampai bila-bila.

” Pada saya, tak perlu nak merendahkan atau bandingkan karya orang. Semua ini datang daripada Allah. Karya itu pula datang dari hati masing-masing,” katanya kepada mStar.

Harry atau lebih mesra disapa sebagai Apak itu berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual bersama media mengenai lagu terbaharunya berjudul Seishin baru-baru ini.

Seishin juga single instrumental pertama yang Harry dilancarkan secara rasmi pada 16 Julai lalu dan video muzik lagu itu mendapat jumlah tontonan melebihi 220,000.

Dalam pada itu, Harry memberitahu judul lagu tersebut diambil dari bahasa Jepun yang bermaksud semangat dan mengisahkan tentang perjalanan kariernya dalam dunia muzik.

” Seishin ini menceritakan perjalanan saya dalam industri muzik yang mana bermula dari bawah dengan usaha kerja keras, naik dan turun, dicerca, dimaki sehinggalah menjadi Apak Harry Khalifah yang sekarang ini.

” Bukanlah nak berasa diri saya sekarang bagus atau hebat, tetapi dengan pencapaian sekarang saya sangat bersyukur… Alhamdulillah.

” Selain itu saya dikenali dengan karya-karya dihasilkan serta dapat memberikan sumbangan kepada artis baru,” ujarnya.

Melambak gitaris kampung boleh libas – ntizen

Dalam pada itu, vdeo yang dimuatnaik Apak di Youtube telah meraih tontonan sebanyak 227k setakat hari ini iaitu selepas 2 minggu dipertontonkan buat pertama kali.

Meskipun lagu ciptaan sepenuhnya oleh Apak itu dalam bentuk sebuah arrangement atau petikan solo gitar, namun para peminat tetap memberikan sokongan.

Tidak kurang juga yang mengkr1tik, malah menggunakan kata-kata yang cuba merendah-rendahkan usaha dan hasil karya Harry Khalifah itu.

” Alahai setakat solo macam ni melambak gitaris kat kampung boleh libas.. menggelabah je ko ni bro!!” tulis seorang individu terbabit di ruangan komen yang menggunakan gambar samaran.

Menariknya komen tersebut telah mendapat reaksi balas dari Apak.

Tanpa beremosi, Apak telah membalas komen itu dengan penuh rendah diri.

” Terima kasih pada yang support lagu Seishin ni, kepada yang nak cover lagu ni silakan. Korang Korag libas la mcm mana sekali pun Apak tak kisah dan apak tetap hormat cara permainan anda..

” Kita sama je tiada beza hebat atau handal kerana dalam bidang music ni takde¬† siapa pun yang hebat.. Peace” tulis Apak.

Rata-rata ntizen lain turut bersetuju dengan Apak dan memintanya agar tidak terlalu melayan kata-kata negat1f dan memintanya agar terus berkarya.

Kata mereka, sudah agak lama penyanyi atau pemuzik tanah air tidak menghasilkan irama muzik instrumental sebegini.

” Betul tu Abg Apak Harry…. Muzik itu bebas… Terima kasih Sudi bikin instrumental muzik ini… Akhirnya terubat juga rindu pemuzik-pemuzik gitarist di Malaysia..” tulis Zack.

Sumber:mstar dan youtube Apak Harry Khalifah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*