‘Afnan Tunggu Kami di Syurga’ – 1O Tahun Menanti, Anak Azmi Saat MninggI Dnia Sebentar Tadi

” Allah lebih menyayanginya.. Afnan tunggu kami di syurga ya”

Itu perkonghsian penyanyi Azmi Saatdi Instagram beliau yang memaklumkan cahaya mata tercinta telah pergi dijemput Ilahi sebentar tadi.

Terdahulu Azmi Saat, 34, dan isterinya, Nazira Muhammad, 35, menimang cahaya mata pertama, Khairul Afnan pada 27 September lalu setelah 10 tahun menanti.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan Azmi dan isteri tabah hadapi ujian ini.

” Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah buat anak syurga Azmi Saat dan isteri. Semoga kalian diberi kekuatan semangat dan ketabahan hati..” tulis seorang ntizen.

Malah awal pagi tadi, Azmi berkongsi luahan di IG beliau memberitahu mereka kini diuji apabila bayi lelaki mereka disahkan kurang sihat.

Menurut Azmi, dia sudah bersedia menerima sebarang kententuan.

” Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji..”

Kata-kata Azmi itu seakan meragut kegembiraan beliau dan isteri yang baru dikurniakan cahaya mata setelah begitu lama menanti untuk bergelar ibu dan bapa.

Sebelum itu, kira-kira empat jam lalu, Azmi menerusi hantarannya di Instagram meminta peminat bersama-sama mendoakan kesembuhan segera buat anaknya itu.

” Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengndung, tapi sekarang Allah nak uji kami.

” Allah mudahkan proses bersalin, tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami, tapi sekarang Allah nak uji kami.

” Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya.

” Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Tolong doakan moga Afnan sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami. Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuan takdirNya,” tulisnya.

Terdahulu pasangan ini amat gembira dengan kelahiran Afnan kerana sudah 10 tahun menanti untuk memiliki cahaya mata sendiri.

Nazira selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka tepat jam 9.09 pagi di sebuah pusat perubatan.

Azmi bersyukur proses kelahiran Afnan berjalan dengan begitu lancar menerusi kaedah pembedahan.

Khairul Afnan dilahirkan dengan berat 3.3 kilogram, serta Azmi juga memenuhi hasrat isterinya untuk berada di dalam dewan pembdahan ketika proses kelahiran.

Azmi yang juga vokalis kumpulan Caliph Buskers dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 2011.

Terdahulu, penantian selama 10 tahun penyanyi, Azmi Saat, 34, dan isterinya, Nazira Muhammad, 35, kini terbayar apabila Nazira selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka tepat jam 9.09 pagi, hari ini di sebuah pusat perubatan, di sini.

Azmi bersyukur kerana proses kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Khairul Afnan itu berjalan dengan begitu lancar menerusi kaedah pembedahan.

” Bersyukur sangat, macam-macam perasaan ada… gembira dan sebak. Apabila dengar tangisan pertama bayi tu, kami mnangis.

” Bayi saya selamat dilahirkan secara pembdahan pada pukul 9.09 pagi. Kira-kira 40 minit saya teman isteri dalam bilik pembdahan,” katanya ketika dihubungi.

Ujar vokalis kumpulan Caliph Buskers itu, isterinya melahirkan anak mereka secara pembedahan atas saranan dan nasihat doktor bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

” Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Sekitar jam 7.30 pagi tadi, kami tiba di hospital dan kemudian isteri saya menjalani ujian calitan dan kurang sejam, proses kelahiran selesai.

” Alhamdulillah juga, kami dikurniakan cahaya mata pertama, bayi lelaki dengan berat 3.3 kilogram,” katanya kepada HarianMetro.

Azmi sebelum itu juga memenuhi hasrat isterinya untuk turut berada dalam dewan pembdahan.

” Memang menjadi hasrat isteri saya untuk menemaninya ketika dia bersalin, tak kiralah sama ada bersalin secara normal ataupun menerusi pembdahan.

” Jadi, doktor dan pihak hospital juga memberi keizinan untuk saya berada di dewan pembdahan. Sepanjang proses itu, doktor menjelaskan kepada saya setiap proses yang dilakukan, begitu juga dengan isteri saya.

” Jadi, saya dapat berasakan satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata, lebih-lebih lagi apabila pertama kali mendengar tangisan bayi kami,” katanya dipetik sebagai berkata.

Azmi turut berkongsi fotonya bersama bayi di Instagramnya dan meluahkan saya syukur atas rezeki Allah itu. Azmi yang juga vokalis kumpulan Caliph Buskers dan Nazira sebelum ini berumah tangga pada 2011.

Semoga Azmi tabah menghadapi ujian hebat ini. Alfatihah buat bayi mereka, Afnan.. syurga buatmu..

Sumber:IG Azmi Saat dan hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*