‘Jumpa Awie Dalam Lif Pun Tak Tegur’ – Eddie Merajuk Selama 8 Tahun Sebab Awie Keluar Wings

” Finger tone dia sangat best dan besar macam badan dia jugak … ini bukan kutuukan tapi inilah pujian ikhlas dari lu punya brother…”

Itu kata-kata mendalam vokalis tersohor kumpulan Wings, Awie dalam satu posting di Instagram yang merujuk kepada sahabat baik yang juga pemain bass Wings, Eddie.

Bercakap tentang Wings, tidak boleh tidak kita akan menyentuh tentang salah seorang ahli kumpulan ini yang amat penting di samping Awie, Black, Edrie dan Sham iaitu Eddie.

Eddie atau nama sebenarnya Samsaidi Ulong Idris, 53, merupakan satu-satunya ahli/pemuzik yang tidak pernah meninggalkan Wings sejak menganggotai kumpulan rock ini pada tahun 1986 sehinggalah hari ini.

” Walaupun tindakan beberapa ahli Wings keluar ditukar orang baru, namun ia sedikit pun tidak mampu menukar pendirian saya untuk kekal dengan Wings kerana minat dan sayang saya pada Wings.

” Tetapi apabila Awie meninggalkan Wings pada tahun 1993 disebabkan ‘orang luar’ saya ambil masa beberapa bulan untuk menghilangkan kesedihan di hati saya.

” Bayangkan selama 17 tahun bersama Wings kami bagaikan adik beradik tiba-tiba disebabkan ‘orang luar’ ia menjejaskan semangat setia kawan kami.

” Berbulan-bulan saya menangis memikirkan apa yang terjadi dan kesedihan itu hanya hilang apabila anak pertama saya lahir,” luah Eddie.

Gambar: Dari kiri, Joe, Eddie, Black dan Awie

Eddie mendedahkan perkara itu ketika ditemui bersama isterinya, Norlela dan anak keduanya Billa di Kuala Lumpur pada Januari 2019.

Jumpa dalam lif tapi tak bertegur sapa

Menurut Eddie lagi, sejak saat itu beliau membawa rajuknya yang berpanjangan ‘mem4tikan’ diri setiap kali terserempak Awie di mana-mana.

Malah ketika bertembung dengan Awie di dalam lif, Eddie tidak menyapa Awie apalagi untuk bercakap.

” Saya tak marah Awie, tetapi saya sedih dan merajuk apabila Awie pergi dan tinggalkan Wings kerana sesuatu sebab,” cerita Eddie.

Sepanjang Awie meninggalkan Wings dan muncul dengan album solonya, Wings juga muncul dengan beberapa album bersama Superfriends antaranya ‘Orang Asing’ (Mel), ‘Biru Mata Hitamku, Mencari Asal Usul’ (Mus), ‘Opera Dalam Kenangan (1)’ dan “Opera Dalam Kenangan (2)’ dan beberapa album lagi bersama Datuk Ramli Sarip, Datuk Hattan dan Datuk M. Nasir.

Bagaimanapun setelah lapan tahun meninggalkan Wings, akhirnya Awie kembali bersama kumpulan rock itu.

Apabila menyertai semula Wings, Awie datang berjumpa Eddie di rumahnya dan meluahkan rahsia hatinya kenapa meninggalkan Wings.

” Saya terkejut apabila mendengar penjelasan Awie kenapa dia tinggalkan Wings sekian lama. Rupanya Awie juga merajuk macam saya.

” Awie yang saya kenali adalah seorang yang suka memendam perasaan dan tidak suka bercerita apa yang melukakan hatinya.

” Tetapi dalam perjumpaan itu, saya dapat rasakan apa yang melukakan hati Awie,”cerita Eddie yang berharap tiada sesiapa lagi yang akan mengganggu gugat hubungan silaturrahim Wings.

Bagi Eddie, Wings dapat kekal sehingga hari ini kerana ia adalah ‘satu jenama’ yang kuat dan melekat di hati para peminat setia mereka.

Bukan itu sahaja, malah apa yang paling penting kerana Awie adalah penyanyi versatile kerana dia bukan sahaja mampu menyanyikan lagu rock dengan baik malah berilah apa genre lagi Awie tidak akan mengecewakan.

” Itulah istimewanya Awie dan sebab itulah Wings tetap teguh meskipun ahlinya keluar masuk,” kata Eddie, ayah kepada tiga orang anak Nor Najmi Nadira, 28; Nor Najmi Nabila aka Billa, 25; dan Muhammad Aidil Hidayat, 23.

Sekilas info Eddie Wings

Pemilik nama sebenar Samsaidi b. Ulong Idris ini lahir pada 23 March 1968 di Gopeng, Perak.

Eddie anak Ketiga daripada enam adik-beradik. Beliau anak kepada pasangan Haji Ulong Idris b. Mohd Yussof dan Hajjah Rahmah.

Eddie telah berkahwin dengan Norlela Mohd. Yusof dan rumh tngga yang dibina 1991 itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Namun anak bongsu Eddie dan Norlela telah meninggI dnia ketika berusia 28 hari. Selain itu anak pasangan itu adalah Nur Najmi Nadhira, yang kedua, Nur Najmi Nabila, dan Mohd. Aidil Hidayat.

Pada tahun 2015, anak Eddie iaitu Nur Najmi Nabila atau dikenali sebagai Billa telah terpilih menjadi salah seorang pelajar Akademi Fantasia 2015.

Billa berjaya melangkah ke pentas akhir AF 2015 dan telah berjaya meraih tempat ketiga.

Di dalam anggota Wings, Eddie merupakan pemain gitar bass untuk kumpulan Wings sejak dari awal kumpulan rock lagenda itu ditubuhkan di Kuala Lumpur.

Eddie juga adalah anggota Wings yang paling setia dan kekal hingga kini.

Selain itu beliau belum pernah keluar dan bubar dari Wings dan tidak pernah menganggotai untuk mana-mana kumpulan muzik yang lain.

Awie anggap Eddie pemain bass terhebat

Malah Awie menerusi satu posting di Instagram tanpa berlapik memuji Eddie yang disifatkan beliau sebagai seorang pemain bass yang sangat berbakat.

” Gua tak pernah cerita kehebatan atau memuji secara terang terangan di media social pasal kawan-kawan gua.

” Tapi hari ni gua nak bagitau korang yang orang dalam gambar ini ialah sahabat gua, adik-beradik gua yang hebat kemanusiaannya dan sangat best permainannya juga sangat dashat sound nya , apa lagi disiplinnya …

” Dialah seorang pemain bass yang menggunakan jari jemarinya saja dari dulu sampai sekarang … (ada yg pakai pemetik guitar) tp tidak pada hamba Allah ini…

” Finger tone dia sangat best dan besar mcm badan dia jugak … ini bukan kutukan tapi inilah pujian ikhlas dr lu punya brother… gua nak bagi nama gelaran pada lu bro… Lu lah the greatest…” tulis Awie

Sumber:bebasnews.my dan Instagram AwieOfficial.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*