Asyik Kena Usik LeIaki Main Gitar Tepi JaIan, Doktor Wanita SeIamba Tanya ‘Awak Nak Kahwin Dgn Saya Tak?’

Perkongsian Dr Ahmad Zakimi Abdullah di Facebooknya ini benar-benar mengajar kita supaya tidak sesekali memandang rendah orang lain. Sesungguhnya rezeki, jodoh, ajaI, kejayaan, kebahagiaan itu hanya dari Allah. Yakinlah.

Ini kisahnya;

Aku ada seorang kakak angkat. Dia seorang doktor pakar. Aku mengenali dia sejak aku di universiti lagi. Ketika itu dia tengah buat kepakaran.

Dia baru berkahwin dengan seorang ustaz. Suami kerja dan tinggal berjauhan. Perkahwinan jarak jauh ini diatur oleh keluarga tanpa kerelaan. Kira kahwin paksa.

Nasib tak menyebelahi mereka kerana jodoh mereka tak panjang. Akhirnya bercrai. Tak perlu aku ceritakan sebabnya.

Ada juga beberapa peristiwa pergduhan antara dia dengan ibu bapanya unjuran dari msalah rumahtangganya.

” Itulah ayah, mak! Dulu paksa Fizah (bukan nama sebenar) kahwin dengan si Khairul (bukan nama sebenar) tu. Konon ustaz ni baik dan anak orang kaya. Tengok apa dah jadi. Lepas ni biarkan Fizah dari calon suami sendiri.”

Itu yang selalu dia diluahkan kepada ibu bapanya, maksu dan paksu.

” Mie, nanti tengok kak Fizah tu ye. Takut pulak dia jumpa calon suami yang tak tentu. Risau maksu dan paksu ni,” ujar maksu.

Kak Fizah ni selalu balik kerja agak lambat. Setiap kali dia balik dari kerja mesti kena kacau dengan budak-budak kutu jalanan melepak. Budak-budak ni tak kira petang malam. Selalu melepak sambil berbusking. Masing-masing rokok di tangan.

Ada sekali aku bersama Kak Fizah. Mereka kacau, “Kaklong manis, baru balik kerja ka?”

Alah, biasalah. Kak Fizah ni jnda. Jnda berhias ni bukan biasa-biasa, dia seorang bakal doktor pakar.

Hari-hari Kak Fizah kena kacau dengan budak-budak muda tu.

Ada satu peristiwa. Semasa aku bersama-sama Kak Fizah dan seorang lagi kawan aku ikut balik ke rumah maksu dan paksu, sekali lagi Kak Fizah di usik.

” Hai Kaklong manis, lambat balik harini? Saya sakit ni kaklong. Bedahlah dada saya,” ujar salah seorang dari mereka. Budak ni namanya Ilham (bukan nama sebenar).

Budak Ilham ni sebaya aku saja. Berambut panjang. Pandai main gitar. Suara dia boleh tahan. Dia ni memang nombor satu suka usik Kak Fizah.

Sekali Kak Fizah berhenti dan panggil dia, “Dik ke sini jap.” Lalu Ilham menghampiri Kak Fizah. Tentu kena budak Ilham ni, aku mula fikir benda tak elok akan berlaku.

” Apa Kaklong?” Ilham kelihatan ketakutan.

Sekali tanpa diduga Kak Fizah bersuara, “siapa nama awak?”

” Saya Ilham Kak.”

” Kalau saya tanya sesuatu awak boleh jawab tak?” Tanya Kak Fizah sambil mukanya tenang dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi, sedang Ilham pula sudah berubah air mukanya.

” Boleh Kaklong. Apa dia.”

” Awak nak kawin dengan saya tak?”

Terkejut aku mendengar apa yang Kak Fizah lafazkan. Aku dan rakanku di sebelah Kak Fizah berasa sangat pelik. Biar betul kak Fizah ni, getus hatiku.

” Awak dengar tak ni? Boleh awak kawin dengan saya?” Sekali lagi kak Fizah tanya si budak Ilham tu.

Aku lihat Ilham macam blurr. Mulut terkumat kamit seperti orang nak berkhatan. Ketakutan dan kehairanan.

Aku pasti dia terkejut dengan apa yang kak Fizah katakan. Apa taknya, Kak Fizah seorang doktor. Dia hanya kutu jalanan. Dah la jauh lagi muda dari kak Fizah.

” Ok kaklong,” balas Ilham. Muka kehairanan.

” Ok. Baik. Nanti bulan depan kita kawin. Esok saya kita jumpa sini. Kita bincang balik.”

Selepas seminggu, maksu dan paksu tahu tentang hal ini. Mereka bertanya kepadaku untuk kepastian. Maksu dan paksu agak marah.

” Macam mana si Fizah ni suka kat budak kutu tepi jalan tu. Pelik. Ni mesti budak Ilham tu pakai ayat guna-guna.” Itu yang paksu beritahu aku.

Beberapa siri pertengkaran antara kak Fizah dengan paksu. Kak Fizah ada pernah ceritakan.

Akhirnya, mereka melangsungkan perkahwinan. Paksu dan maksu tak mampu menahan kemahuan kak Fizah. Itu pilihan dia setelah perkahwinan pertama dia gagal atas dasar pilihan keluarga. Bukan cinta. Paksu dan maksu akur.

Aku sendiri tak yakin Kak Fizah dan suami barunya mampu bertahan lama. Ia seolah-olah perkahwinan untuk balas dndam kepada ibu bapanya. Atau dia sengaja nak sakitkan hati orang tuanya.

Aku sendiri pun tak faham. Biarlah.

Setelah beberapa tahun lamanya. Aku pun dah jadi doktor. Kak Fizah pun dah jadi doktor pakar. Mereka pun dah berpindah. Kami lama tak jumpa. Hubungan terputus.

” Adik Mie, kak Fizah ni. Nanti datang rumah akak ye. Akak ada buat makan sikit.” Aneh. Sudah sekian lama kak Fizah menghilang, dia hubungi aku.

Aku pergi ke rumah kak Fizah dan ada seorang lelaki yang aku tak kenali mengangkat tangan untuk bersalaman dan menjemput aku masuk. Lelaki itu segak. Kemas.

” Eh! Sapa ni? Takkan si Ilham kutu tu?” Bermain-main dalam fikiranku.

” Salam Mie. Masuk Mie. Jemput Mie.” Eh siapalah ni agaknya. Suami baru Kak Fizah pula ke?

Ada seorang lagi tetamu masuk sambil berkata, “Salam prof. Ilham.”

Terkejut aku. Adakah Prof Ilham yang aku kenali budak kutu dulu?

Akhirnya aku bertanya kepada kak Fizah sendiri siapakah Prof Ilham. Prof Ilham itu sebenarnya budak kutu jalanan yang sering mengacau Kak Fizah. Kak Fizah bercerita panjang kepada aku.

Setelah mereka kahwin, Ilham menyambung pengajiannya di luar negara. Dia beroleh degree dan kemudian PhD. Kini Ilham bertugas sebagai pensyarah di sebuah Universiti terkemuka di Malaysia.

MasyaAllah. Itulah kawan-kawan. Jangan memandang rendah kepada sesiapapun.

NOTA: Gambar atas adalah sekadar hiasan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*