Tiap-Tiap Minggu Tanpa GagaI, Masjid Ini Baca AI-Fatihah Buat P. Ramlee Setiap Kali Sebelum SoIat Jumaat

Pernahkah antara kita terfikir kenapa lagu-lagu ciptaan dan nyanyian Seniman Agung Allahyrham Tan Sri P. Ramlee popular serta digemari ramai hingga ke hari ini?

Bukan sekadar lagu, malahan filem-filem lakonan dan arahan Allahyrham juga malar segar dan sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dari pelbagai generasi.

Jika diperhatikan, rentak dan lagu yang dihasilkan seniman agung itu mempunyai identiti serta getarannya tersendiri.

Disebabkn Ramli Puteh atau nama sebenar Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh lahir dan membesar di Pulau Pinang kemungkinan dia lebih terpengaruh dengan budaya kehidupan dibawa oleh masyarakat pedagang bangsa Arab, Parsi dan India yang berdagang di pulau mutiara berkenaan ketika itu.

Mungkin jugakah disebabkan faktor ini menjadikan lagu-lagu ciptaan dan nyanyian Allahyrham lebih mempunyai unsur-unsur Timur Tengah.

Rupanya ini sebab Allahyrham Tan Sri P. Ramlee baca ikut tajwid

Dalam video dimuatnaik pengurusan Masjid Bandar Seri Putra, Bangi sempena Ceramah Nuzul Quran pada 21 Mei 2019, penceramah jemputan, Ustaz Dato’ Badlishah Alaudin telah mengupas rahsia di sebalik keindahan irama dan bait lagu dihasilkan seniman P. Ramlee.

” Kenapa lagu Allahyrham Tan Sri P. Ramlee sedap sampai sekarang?

” Orang buat kajian. Rupanya sebab dia baca ikut tajwid.” kata Ustaz Badlishah.

Katanya, selain sedap didengar lagu-lagu Allahyrham P, Ramlee mempunyai unsur sebutan ‘tajwid’ seperti mana tajwid dan taranum bacaan al-Quran.

Sebutan huruf-hurufnya cukup dengan ciri-ciri tebal, nipis, panjang, pendek serta dengungnya sekali.

Menurutnya, cara penyampaian nyanyian seperti ini mampu menjadi kesukaan ramai khusus kalangan orang Melayu kerana ia mempunyai unsur-unsur Arab dan Hindi yang menjadi tred kesukaan masyarakat di negara ini pada waktu itu.

Seperti kita ketahui, masyarakat Tanah Melayu suatu ketika dahulu menggunakan tulisan jawi sebelum tulisan rumi diperkenalkan bagi menggantikan huruf hijaiyah tersebut.

Pada zaman P. Ramlee, tulisan jawi masih digunakan walaupun semakin berkurangan.

Ustaz Badlishah kemudiannya menyanyikan beberapa bait lagu terkenal sambil menjelaskan secara ringkas hukum tajwid yang terkandung di dalam lirik tersebut.

– Sudah ku tenung dalam kitabb, (tu qalqalah)

– Makin ku renung berdetup detapp (ini qolqolah kubro)

Selain itu, beliau turut memberi contoh lagu P. Ramlee yang diambil dari lagu al-Quran, syair-syair dan qasidah antaranya;

1) Lagu Aci-aci buka pintu (1963) yang mengikut rentak qasidah Maulid Tiba’i.

2) Lagu Alangkah Indah Di Waktu Pagi dinyanyikan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok oleh Normadiah ini berilhamkan lagu Qasidah Empayar Turki Uthmaniyah pada 1574, hampir 400 tahun sebelum filem tersebut dihasilkan.

Selain itu, lagu raya terkenal nyanyian Ahmad Jais yang dihasilkan P. Ramlee juga berilhamkan qasidah burdah Al-Bushiri, ulama di Morocco.

Tiap-tiap minggu Masjid Sultan, Singapura sedekah Al-Fatihah untuk P.Ramlee.

Sementara itu, Ustaz Badlishah turut berkongsi satu info yang sangat menarik yang mungkin ramai di kalangan kita rakyat Malaysia tidak tahu.

Menurut Ustaz Badlishah, di Masjid Sultan, Singapura , jemaah akan menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada ulama’-ulama’ di Singapura serta Allahyrham P. Ramlee sehingga ke hari ini setiap kali sebelum solat Jumaat.

” Jangan main-main ya, arwh P. Ramlee sampai sekarang, tiap-tiap minggu hari Jumaat tanpa gagal..di Masjid Sultan Singapura, tiap-tiap minggu (dibacakan) Al-Fatihah untuknya.

” Kalau tuan-tuan solat di Masjid Sultan, dekat dengan Murtabak Singapura tu, sebelum solat Jumaat mereka baca Al-Fatihah buat ulama-ulama Singapura.. selain itu salah satu nama disebut adalah Ramli Bin Puteh (P. Ramlee).

” Sampai sekarang, tiap-tiap kali Jumaat masih dibacakan..” kata Ustaz Badlishah.

Sumber:siakapkeli dan kitareporters.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*