Achey Tak Sanggup Tapi Terpaksa Juga Tunaikan Hasrat Abam Walaupun Tahu Abam Hanya Bergurau Saja

Peminat dan penggiat seni hiburan tanahair masih lagi bersedih mengenang pelawak Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang mninggaI dnia awal pagi semalam.

Rakan karib arwh Abam iaitu Achey yang juga angggota kumpulan Bocey merupakan individu terawal berkongsi berita tentang pmergian Abam di Instagram.

” Kenapa awaI sangat bam. mana janji kau. ya Allah. guyss abam dah takda guyss.” demikian tulis Achey yang mngejutkan rakan-rakan lain yang masih tertanya-tanya apa yang berlaku ketika itu.

Baru sehari hari Abam pergi, beratus sudah kisah tentang Abam dikongsikan. Beribu sudah cerita pasal Abam didedikasikan. Semuanya tentang cerita peribadi terpuji seorang anak seni bernama Abam.

Achey turut menyingkap kembali gurauan yang pernah berlaku sesama mereka.

Gurauan pelawak Abam meminta sahabat baik, Achey menguruskan jnzahnya jika sudah tiada akhirnya menjadi kenyataan. Kata Achey, arwah bergurau mengenai perkara itu ketika dia meninggalkan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

” Telah aku tunaikan Abam… walaupun ianya gurauan yang menjadi kenyataan,” tulis Achey di laman Instagram pada Selasa.

Bersama kapsyen tersebut, Achey turut memuat naik paparan skrin komen yang ditinggalkan Abam.

” Hahaha thank you sahabat, love you so much, semoga kita kekal sampai m4ti, Fad dan Achey kalau aku m4ti tolong kebvmikan aku tau,” komen Abam.

Rata-rata rakan artis turut mmemberi respon dengan emoticon mnangis kerana tidak menyangka Abam pernah bergurau begitu dengan Achey.

Para peminat dan pengikut setia kumpulan Bocey turut meluahkan perasaan mereka di ruangan komen.

” Masih tak percaya pelawak yang paling aku minat dah takdak..semoga arwah tenang di sanaa .amin. Ya allah awal awal dia dah cakap macam dah tahu dia akan pergi dulu. Al fatihah buatmu abam”, tulis Linda

Perkongsian Achey itu menerima hampir 100,000 tanda suka dan lebih 400 komen.

Pada Isnin, pemergian Abam yang dianggap seperti darah daging sendiri memberi impak besar dalam hidup ahli kumpulan Bocey iaitu Achey dan Fad.

Achey berkata dia bersedia mengambil alih kerja atau tawaran berlakon yang diterima Abam secara percuma untuk membantu keluarga arwah. Menurut Achey beliau akan teruskan kerja-kerja tertunggak Abam.

Sebelum itu Abam, 32, telah meninggal dunia di kediamannya di Gombak selepas dua hari mengalami demam panas.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*