Benda Dah Jadi, Intan Saleh Dedah Punca Sbenar Dia Nmpak Canggung Betul Masa Izreen Tiba2 Minta Maaf

Bkas madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh mengakui belum bersedia memafkan pelakon itu walaupun mereka sudah dipertemukan pada rakaman program Melodi Raya yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini.

Menurut Intan yang sebelum ini membisu selama beberapa minggu, dia sudah menjelaskan perkara itu kepada pihak Melodi yang menjemputnya untuk muncul bersama Izreen menerusi segmen Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih.

Malah, Intan yang sebelum ini membisu selama beberapa minggu mengakui tahu mengenai segmen itu serta kehadiran Izreen pada sesi rakaman berkenaan termasuk tempat duduk mereka diletakkan pada meja yang sama tetapi bukan bersebelahan.

” Ingin dijelaskan sebelum bersetuju saya juga ada bertanya kepada pihak Melodi adakah akan berlaku sesi bermaafan, kerana seandainya ada saya belum bersedia untuk itu.

” Dan, saya diberitahu tidak akan ada sesi terbabit (bermaafan) dan sekadar datang sebagai jemputan.

” Sebagai orang biasa yang bukan berada dalam dunia hiburan, pemahaman saya adalah sekadar jemputan sahaja dan bukan untuk ditemubual.

” Tapi, apabila ia berlaku, saya jadi canggung di atas pentas serta di hadapan kamera kerana tidak bersedia,” katanya.

Menurut Intan baru kali ini dia membuka mulut dengan memberi penjelasan berikutan reaksi ‘canggung’ yang ketara di wajahnya dalam program Melodi Raya itu selepas menjadi bahan warganet.

” Sebenarnya, keadaan berubah di lokasi rakaman. Saya dimaklumkan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, maka set berubah dan saya diminta untuk ditemubual bersama-sama Izreen bagi segmen itu.

” Apapun, perkara ini pada saya sepatutnya tidak perlu disensasikan mahupun dijadikan ruangan hiburan media kerana ia melibatkan hati dan perasaan.

” Saya pun bukanlah selebriti untuk dijadikan bahan topik, dan biarlah masa yang memulihkan segalanya.

” Buat masa sekarang, biarlah keadaan berjalan seperti sediakala yang mana masing-masing dengan kehidupan masing-masing.

” Itu lebih baik untuk kedua-dua belah pihak,” katanya.

Dalam masa sama, Intan berkata penjelasan itu diharap dapat merungkai segala persoalan berkaitan isu berkenaan yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

” Tak perlulah lagi mengaitkan atau mencalarkan nama sesiapapun dengan merujuk hal ini pada masa hadapan,” katanya.

Intan adalah bekas isteri kepada pemuzik bebas, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid yang kini suami, Izreen.

Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013, sebelum bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.

Menerusi Harian Metro pada 15 Mei lalu, melaporkan Izreen mengaku dia sudah meminta maaf kepada Intan sebanyak tiga kali ketika pertemuan mereka pada rakaman program Melodi Raya berkenaan.

Izreen turut beranggapan doanya untuk bertemu dan memohon maaf secara bersemuka dengan Intan akhirnya dimakbulkan oleh Allah berikutan dia juga sudah lama menyimpan hasrat itu.

Dalam pada itu, Izreen kini hamil lima bulan untuk kali ketiga dan anak keduanya bersama Ude. Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim, berusia dua tahun, selain Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar daripada perkahwinan lalunya.

Sumber:hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*