Baru Jer Kena S0und, Ini Respon Balas Iqbal Kepada Ibu Wafariena,’ Seolah Saya Ni Terhegeh Sangat!’

” Kalau betul dia (Iqbal) nak kenal Wafa lebih dekat, kenapa tak beritahu dan tanya pada saya yang ada sama di lokasi berkenaan.

” Ini terus buat luahan di Instagram dan apa motif sebenarnya?”

Itu luahan ibu pelakon Wafariena Roslan iaitu Suzana Hamad, 59, yang terkilan dengan sikap usahawan, Iqbal Zulkefli yang cuba mengaitkan anaknya dengan ‘gosip cinta’ berbaur publisiti murahan di media sosial.

Menurut Suzana, cerita sebenarnya Iqbal yang mengajak Wafa (panggilan kepada Wafariena) bergambar dulu dengannya ketika mereka menjayakan penggambaran telefilem di Kelantan, baru-baru ini.

” Saya ada di lokasi penggambaran itu dan Iqbal yang minta izin untuk bergambar dengan Wafa.

” Saya pun benarkan kerana mengambil gambar adalah perkara biasa bagi seseorang artis.

” Tapi, tak tahu pula ia cuba dijadikan modal oleh Iqbal untuk mengaitkan Wafa dengan gosip cinta yang tidak wujud, namun terpalit dengan publisiti murahan sebegitu.” luah Suzana.

Ini respon Iqbal

Sementara itu, menerusi satu komentar, Iqbal telah membalas kenyataan ibu Wafariena tersebut.

Jelas Iqbal, dia hanya mengambil peluang bergambar dengan Wafariena dan memuat naik di Instagram hanya kerana mahu mepromosikan telefilem tersebut.

” Ibu, netizen dulu yang usik mengusik itu biasalah bila mereka tengok gambar saya dengan Wafa berdua. Walaupun jelas saya bagitahu kawan sahaja.

” Kita ada tujua untuk promosikan filem ni. Kalau ada kekasih itu saya tidak ambil tahu kerana saya hanya menjalankan tugas untuk promosikan filem ni.

” Kalau tak selesa cakap awal-awal bukannya saya tak tanya dulu sebelum post.

” Ni bergambar mata bertentang mata, bila keluar gosip, baru nak melenting post video sindir saya.

” Seolah saya ni terhegeh sangat. Kan kita berlakon bersama elok-elok saja kita baik. Harap jaga nama baik saya juga walaupun saya sentiasa dipandang tak baik oleh orang ramai.

” Artis yang lebih popular pun ramai saja datang rumah saya tak ada pun saya nak post kat media sosial.

” Sepatutnya bila media dan netizen usik mengusik tu kita fikir entah-entah ada peluang stesen TV panggil berlakon bersama lagi. Lagipun dah jelas saya cakap kawan saja.

” Apalah Wafarina sayang ni. Jangan marah sangat lama-lama kan jadi sayang..” tulis Iqbal.

Dalam perkembangan lain, Wafariena kini dalam proses mengambil tndakan undng-undng terhadap pengarah sebuah supetelefilem yang menyebabkan dia mengalami kecderaan dalaman akibat membuat aksi lagak ngeri sendiri.

Mengulas mengenai tndakan undng-undng ingin diambil, Suzana berkata, laporan polis terhadap pengarah itu sudah dibuat di Balai Polis Kundang, Selangor pada 26 Oktober lalu.

Katanya, tindakan undang-undang itu nekad dibuat kerana melihatkan sikap tidak berperikemanusiaan dan lepas tangan pengarah terbabit terhadap Wafa.

Katanya, pengarah itu juga tidak pernah melawat, bertanya khabar atau mengajak berbincang untuk selesaikan apa yang berlaku.

” Sebagai ibu, saya sedih melihat anak saya diperlakukan sebegitu. Malah, sesama manusia sepatutnya ada sifat hormat dan perikemanusiaan itu.

” Kalau tak datang melawat pun, tanyalah khabar kerana kejadian berlaku di lokasi penggambaran karya yang anda arahkan.

” Ini seolah-olah terlalu sombong dan tiada rasa bersalah sedikit pun,” katanya turut memaklumkan perbincangan bersama pihak penerbit, Gear Studio akan dibuat selepas Piilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selesai.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Suzana memberi tempoh seminggu kepada pihak produksi terbabit dengan insiden kecderaan anaknya untuk berbincang bagi menyelesaikan segala permasalahan berlaku, sebelum membuat laporan polis dan tindakan undang-undang.

Terdahulu, Wafa mengalami kecderaan dalaman iaitu tisu bahagian punggung cdera, perut koy4k dan berlaku pend4rahan ak1bat melakukan aksi lagak ngeri pada 8 Oktober di dalam hutan gelap di Lenggong, Perak dalam sebuah penggambaran sebuah supertelefilem.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*