Jawapan Fizo Omar Dah Boleh Diagak Bila Ditanya Tentang Berita Membabitkan Mawar Dan Menteri Itu

Sejak Rabu lalu, tular maklumat dalam aplikasi WhatsApp berhubung Mohd Khairuddin ditaha.n dalam satu sekatan jalan raya (SJR) Perasing, di Kemaman, Terengganu pada 16 Mei lalu.

Dalam mesej tular tersebut, ketika ditaha.n, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu didkwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim.

Gosip mengenai pemimpin Pas yang dikatakan sudah berkhwin dengan seorang wanita berstatus jnda itu hangat diperkatakan sejak semalam.

Bagaimanapun, sehingga ini tiada sebarang penafian dibuat daripada kedua-dua pihak.

Sehingga kini, usaha Kosmo! Online bagi mendapatkan sebarang komen daripada pemilik jenama tudung Fareeda itu masih belum berhasil selepas dia tidak membalas mesej.

Reaksi Mawar

Bagaimanapun hasil tinjauan Kosmo Online!, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim, 32, juga dilihat menafikan gosip tersebut kepada salah seorang pengikutnya dalam ruangan komen Instagram.

” Letih hendak baca, lebih baik cari nasi kandar.

” Macam-macam cerita keluar. Saya di Kuala Lumpur sahaja. Lepas ini dengan siapa pula nak muncul (digosipkan),” balasnya kepada seorang pengguna Instagram yang mempersoalkan kesahihan gosip tersebut dalam ruangan komen.

Terdahulu Mawar dan Fizo telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun pasangan itu telah bercerai pada Julai 2019.

Khairuddin nafi kahwini Mawar Karim, dkwa dif1tnah

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Seri Mohd Khairuddin Aman Razali sebelum itu menafikan beliau adalah individu yang ditah.an semasa Sekatan Jalan Raya (SJR) di kawasan Perasing, Terengganu bersama bekas isteri seorang artis, Mawar Abdul Karim, hari ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu, berkata beliau juga menafikan laporan sebuah portal yang mendkwa sudah berkahwin dengan Mawar dan menyifatkan semua dkwaan itu sebagai satu fitnah terbaharu daripada mereka dengki kepada beliau.

” Semoga Allah membalas segala fitnah mereka dengan sehina-hinanya!,” katanya seperti dilaporkan portal AgendaDaily

Sehubungan itu, beliau difahamkan sudah membuat laporan poIis pada di Ibu Pejabat PoIis Daerah Kuala Terengganu berhubung dkwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang untuk menegakkan kebenaran.

” Saya akan keluarkan kenyataan penuh sejurus selesai membuat laporan PoIis,” tegasnya.

Semalam, tular dalam mesej WhatsApp melibatkan Khairudin bersama wanita yang dikatakan Mawar itu semasa ditaha.n dalam SJR di Perasing.

Mawar yang pernah menjadi isteri kepada pelakon, Fizo Omar didkwa dilihat berada di dalam kereta yang sama dalam kereta Khairudin.

PoIis sahkan Khairuddin diperiksa di SJR, siasatan sedang dilakukan

Dalam pada itu, poIis mengesahkan laporan bahawa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali ada diperiksa di sekatan jalan raya (SJR) Perasing pada 16 Mei lalu.

Ketua PoIis Terengganu Roslee Chik ketika mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini berkata poIis kini masih menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, Roslee tidak mengulas dkwaan tular mengenai ahli parlimen Kuala Nerus itu diperiksa ketika menaiki kenderaan bersama seorang wanita.

Katanya, persoalan lain mengenai siasatan itu perlu dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman memandangkan unit itu sudah mengambil alih siasatan.

” Masih dalam siasatan. Tanya (USJT) Bukit Aman sebab Bukit Aman ambil alih (siasatan),” katanya.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Dev Kumar, ketika dihubungi pula, mengesahkan bahawa siasatan sedang dilakukan.

Namun, katanya, poIis membuka kertas inkuiri terlebih dahulu bagi memastikan apakah ada kesalahan yang dilakukan dalam kejadian berkenaan.

” Kita buka kertas inkuiri poIis dahulu. Kita akan panggil semua yang berkaitan dengan isu ini untuk pertanyaan.

” Untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di SJR dan jika ada berlaku apa-apa kesalahan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pemeriksaan Khairuddin di SJR Perasing mula diperkatakan apabila satu mesej tular beberapa hari lalu mendkwa dia ditaha.n bersama usahawan tudung yang juga bekas isteri seorang pelakon terkenal.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Khairuddin bagi mendapatkan maklum balas.

Respon Fizo Omar

Dalam pada itu, bekas suami kepada Mawar iaitu pelakon dan usahawan, Fizo Omar turut ditanya mengenai isu terbabit.

Bagaimanapun, jawapan Fizo seakan sudah boleh diagak.

” Saya tak tahu apa-apa pun tentang kes Mawar dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.”

Itu respons ringkas Fizo Omar berhubung khabar angin memdkwa bekas isterinya, Mawar Karim kini sedang menjalin hubungan dengan seorang menteri.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, dia hanya mengetahui mengenai gosip tersebut semalam.

” Saya tak tahu apa-apa pun tentang mereka dan baru dengar mengenai kes itu semalam,” katanya kepada K0smo! Online hari ini.

Sumber:twoe.kisah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*