Respon BaIas Lufya Lepas DiperIi Konon Tgh Susah Takde Job Sebab Baru Crai Mungkin Buat Kak KM Terdiam

Sejak beberapa hari ini cerita pasal promosi produk secara keterlaIvan di media sosial tanpa kawalan cukup membimbangkan lebih-lebih lagi apabila ia boleh mer0sakkan pemikiran golongan bawah umur.

Malah sebenarnya benda ni dah terlalu banyak dibincangkan dan individu yang terbabit membuat promosi sebegitu telah banyak kali ditegur.

Tapi biasalah, bagi sesetengah invididu.. demi ‘sesuap’ nasi, halal ke har4m belakang cerita.

Mana tidaknya, teguran alim ulama serta pendakwah seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Bahkan, orang yang menegur pula dikatanya menumpang populariti.

Terbaru, usahawan dan anak dramatis popular Normah Damanhuri, Liana Rosli tampil memb1das semula teguran penyanyi dan pelakon Lufya terhadapnya di laman Instagram.

Kata Liana atau lebih popular dengan panggilan Kak KM, dia memahami situasi Lufya menegurnya sebelum ini, dengan harapan untuk menumpang kisahnya yang kini sedang viral.

” Dia lagi kesian sebab dia tengah susah, aku faham… aku pernah jumpa dia. Sekarang pula dia baru pakai tudung, baru lepas bercrai, kita faham tak ada job.

” Tapi tak payahlah dengan cara bercakap pasal aku untuk menaikkan rating kau. Bukan pakai nama aku untuk dapatkan job ye.

” Aku tak kisah, tapi umpamanya aku ni jah4t sangat…,” katanya ketika siaran langsung Instagram pada Jumaat.

Respon balas Lufya

Sementara itu, menjawab tuduhan Kak KM, kata Lufya, sikap keras hati usahawan itu diharapkan mendapat teguran daripada Allah kelak.

” Bila orang alim, pendakwah tegur cakap mereka ni nak glamor tumpang populariti. Bila selebriti beri pandangan dikatakan baru bercrai mungkin takde duit nak bela anak.

” Subhanallah kerasnya hati manusia. Walaupun diberi kasih sayang keluarga, kekayaan, kesihatan tapi jangan lupa semua itu datangnya dengan izin Allah. Patuhlah perintah Allah!

” Yakinlah rezeki halal tanpa memperdagangkan tubvh dan marvah adalah lebih baraqah. Jangan keterlaluan demi mengejar kekayaan yang terlalu sedikit di dunia ini.

” Moga Allah ‘TEGUR’ dan menjadi pelajaran buat kita semua umat ISLAM untuk melihat hikmahnya,” katanya bersama tanda pagar #nomoreiklanIvcah #kitabenciapayangAllahbenci #pengikutrasulullah.

Terdahulu, Lufya tampil menegur tndakan keterlaluan Kak KM yang kerap memuat naik iklan berunsvr Ivcah di media sosialnya.

Kata Lufya tndakan sedemikian boleh mempengaruhi pemikiran golongan muda.

Selain Lufya, dua pendakwah terkenal PU Syed dan Ustazah Asma’ Harun turut tampil menegur tndakan Kak KM secara terbuka.

Kata Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 36, adalah lebih baik jika para peniaga menggunakan kaedah yang lebih kreatif berbanding lvcah dan memalukan.

” Saya rasa tak perlu la buat macam tu (cara lvcah) berniaga untuk tarik perhatian orang ramai. Lebih baik berniaga ikut cara Islam.” katanya.

Lufya sebelum ini menerusi ruangan komen di Instagram pendakwah bebas Asma Harun menyatakan kebimbangannya tentang budaya promosi produk secara keterlaIvan di media sosial.

Komen berkenaan dibuat pada posting teguran Asma kepada usahawan sensasi Liana Rosli atau dikenali sebagai Kak KM yang sebelum ini kecoh selepas ‘bert1kam Iidah’ dengan pendakwah PU Syed.

” Saya tak kenal dia tapi pernah terserempak dalam satu event. Dia friendly… kita suka dia dan kadang-kadang dia kelakar.

” Lagipun dia tengah mengndung sebab tu la tak elok buat iklan macam tu. Mungkin kekayaan ni boleh buat orang lupa.

” Dia sepatutnya bersyukur sebab ramai orang tegur dia, orang sayang kat dia,” katanya.

Sumber:gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*