Rupanya Sempat Jadi Kru Filem P. RamIee. ‘Detektif Lingam’ BakaI Bersara, Kini Buka Gerai Dan JuaI Lemang

” Masa ni saya crew saja..baru join industri..”

Demikian jawapan pelakon, Deen Maidin apabila beliau berkongsi gambar kenangan di Jalan Ampas pada tahun 1983 sewaktu menjalani penggambaran filem P.Ramlee arahan arwah Yusaini Amir.

Deen, 55, menjelaskan beliau cuma bertugas sebagai kru sahaja selepas ditanya warganet adakah beliau memegang apa-apa watak dalam filem seniman agung Allahyrham Tan Sri P. Ramlee itu.

Umum mengenali Deen atau nama sebenarnya Shamsuddin Maidin sinonim dengan watak Detektif Lingam dalam drama bersiri Gerak Khas.

Menurutnya, usia bukan halangan buat pelakon berbadan tegap ini untuk terus aktif melakukan pelbagai aktiviti termasuk berniaga.

Jika sebelumnya sebagai mengisi masa bagi mencari pendapatan tambahan, Deen kini serius menceburi bidang perniagaan.

Menurut Deen. beliau membuka gerai makan dinamakan Dapur Gerak Khas yang beroperasi di Medan Selera Taman Kosas, Ampang, sejak 19 September lalu.

” Dapur Gerak Khas menyediakan yong tau foo dan pelbagai menu lain.

” Saya akan pencen tak lama lagi dan perniagaan adalah persediaan awal bagi mencari rezeki. Dah tujuh tahun lalu saya jual lemang Gerak Khas yang disukai ramai.

” Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya jual lemang dan kambing bakar.”

” Alhamdulillah, sambutan memang hangat daripada peminat dan rakan artis. Boleh dikatakan gerai ini adalah kesinambungan daripada perniagaan saya ketika PKP,” katanya.

Deen yang bekerja sebagai penyelenggara bangunan di syarikat milik sepupunya berkata, perniagaan bukanlah asing buatnya.

” Sebelum bekerja dalam industri filem, saya berniaga yong tau foo dengan bapa di pasar malam sekitar Ampang, Lembah Jaya, Cheras, Setapak dan Kajang.

” Di Dapur Gerak Khas, saya dibantu oleh tiga anak iaitu Umar Farouq, 30, Umeir Fazeel, 25, dan Umairah Fairuz, 20.

” Umar kerja di pejabat Zakat, tapi suka memasak. Umeir belajar Pentadbiran Perniagaan tapi dia berniaga shawarma, roti john dan air minuman gelas besar secara dalam talian.

” Manakala Umairah Fairuz, belajar kulinari dan dia masak kuih dan sebagainya,” katanya.

Mengulas penggunaan nama Gerak Khas untuk gerainya, Deen yang berkahwin dengan Haslina Laili dan kini mempunyai seorang cucu, Luthfia Nur Medina berkata, dia sudah mendapat keizinan daripada Datuk Yusof Haslam.

” Saya selalu berinteraksi dengan Yusof dan dia cuma pesan agar saya jaga kualiti kerana Gerak Khas besar namanya.

” Saya buat lemang pun saya bagi dia rasa terlebih dahulu. Bila dia kata sedap, barulah saya jual. Saya kena sentiasa jaga kualiti kerana sekarang orang boleh tularkan nama kita pada bila-bila masa,” katanya.

Walaupun sibuk berniaga, Deen tetap akan menerima tawaran berlakon sekiranya ada kerana lakonan sudah sebati dengan jiwanya.

Kenali Deen Maidin

Deen terkenal dengan watak lakonannya sebagai Detektif Lingam dalam drama kepolisan Gerak Khas yang disiarkan di TV2, di mana beliau juga merupakan salah seorang daripada tujuh pelakon asal drama itu sejak diperkenalkan pada 1999.

Deen Maidin dilahirkan di Kuala Lumpur. Bapanya berasal dari KeraIa, lndia. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Ulu Kelang.

Pada awalnya Deen bermulasebagai kru penataan cahaya dengan Perfima Filem.

Dia kemudiannya membintangi filem Matinya Seorang Patriot dan menjadi pelakon tambahan filem Mekanik yang turut dibintangi oleh Yusof.

” Dari situ beliau membayangkan untuk terbitkan drama kepolisan dan tawarkan saya berlakon watak orang India dalam drama Remang-Remang Kotaraya.

” Kemudian saya berlakon watak jahat pula dan muncul dalam filem Maria Mariana 2 bersama Roy Azman. Ketika itu kami menggunakan motosikal berkuasa besar.

Gambar: (kiri) Bersama Datuk Yusuf Haslam, (kanan) bersama isteri

” Datuk Yusof kebetulan nak buat drama Roda-Roda Kuala Lumpur sebagai anggota polis. Dia tanya saya sama ada mempunyai lesen B penuh dan saya memang ada lesen yang dimaksudkan,” katanya.

Deen bagaimanapun memberitahu Yusof yang dia tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya kerana mempunyai kerjaya lain dan pengarah terkenal itu bersetuju memberikan pelepasan kepadanya mengikut kelapangan.

” Selepas itu saya ditawarkan pula berlakon Gerak Khas sebagai anggota polis. Apabila jadi polis memang sukar nak dapat tawaran watak jahat.

” Tapi saya minta juga pada Datuk Yusof untuk watak jahat dalam filem KL Gangster.

” Sebelum ini saya berlakon filem Abang Long Fadil 3.

” Saya susah nak berlakon dengan produksi lain kerana bekerja sebagai penyelenggara bangunan di syarikat milik sepupu di hospital dan pelbagai lokasi lain.” katanya.

Sumber:hmetr0 dan IG Dinmaidin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*