Rupanya Ini Punca Sebenar Kassim Selamat Dan Sabariah Jatuh Miskin Lepas DihaIau Nyonya Mansor

Seniman Agung, Allahyrham Tan Sri P. Ramlee terus dikenang kerana sumbangan besar pada industri seni nusantara meskipun sudah 48 tahun sejak pemrgian beliau.

Samaada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi.

Bagi peminat filem Melayu, sudah tentu tahu kisah Kassim Selamat dalam filem popularnya, Ibu Mertuaku antara paling kerap diperkatakan kerana berjaya mengusik emosi penonton.

Menerusi filem Ibu Mertuaku kita semua telah disajikan dengan sebuah naskah berat karya dari Allahyrham Tan Sri P.Ramlee.

Cerita asal dari Allahyrham Ahmad Nisfu ini telah berjaya menjentik emosi peminat filem Melayu dari dahulu sehingga kini.

Kerana filem Ibu Mertuaku juga P.Ramlee telah diiktiraf sebagai Bakat Serba Boleh (Most Versatile Telent) di Festival Filem Asia Pasifik ke-10 yang berlangsung di Tokyo pada tahun 1963.

Anugerah Bakat Serba Boleh ini hanya dimiliki oleh P.Ramlee sahaja di dalam dunia.

Ketegori ini tidak pernah lagi dipertandingkan di mana-mana anugerah filem dalam dunia selepas P.Ramlee menerimanya sehingga sekarang.

‘Kassim Selamat dan Sabariah jatuh miskin’

Selain itu, menerusi filem Ibu Mertuaky juga, ada banyak babak yang sampai sekarang melekat di benak kita, tambahan pula yang membesar dengan menonton filem klasik ni.

Korang ingat tak, ada satu babak di mana Kassim dan isterinya dihalau ibu mertua, Nyonya Mansoor kerana perkahwinan mereka tak direstui.

Nyonya Mansoor siap bagi duit RM 5,000 kepada anak dan menantunya sebelum dihaIau keluar. Pada zaman tu, dikatakan nilai RM 5,000 tu dikira banyak sampai boleh beli kebun getah.

Tapi apa yang membuatkan Kassim dan Sabariah jatuh miskin hingga terpaksa menyewa di bawah kolong rumah orang? Sebab ‘long stay‘ di hotel mewah atau berjoIi sakan dengan duit RM 5,000 pemberian Nyonya Mansoor?

Kalau korang nak tahu, sebenarnya babak yang menerangkan persoalan ni dah dipotong untuk siaran televisyen, dipercayai kerana melibatkan perjvdian.

Nak tahu babak apa yang dipotong tu, tonton klip yang dikongsikan di bawah.

“Patut la tiba-tiba miskin..”

Di ruangan komen, warga net rata-rata baru mengetahui ‘kewujudan’ babak lumba kuda yang dah dipotong untuk siaran televisyen.

Namun ada juga yang sempat menonton babak tersebut pada era 90-an. Maksudnya siapa yang pernah tengok babak ni sebelum ia dipotong kira legend lah..

 

Mengapa P.Ramlee “butakan” watak Kassim Selamat

Selain dari cerita pasal kenapa Kassim Selamat dan Sabariah jatuh miskin, terdapat satu lagi kisah yang menarik untuk dikongsikan iaitu kenapa watak Kassim Selamat dibutakan.

Tahukah anda semua tahu mengapa P.Ramlee “membutakan” watak Kassim Selamat di dalam filem ini?

Untuk pengetahun semua, watak Kassim Selamat yang buta matanya disebabkan mnangis setiap hari kerana meratapi pemergian isterinya Sabariah (lakonan Sarimah) dalam filem ini adalah merujuk kepada kisah benar yang berlaku kepada ayahanda P.Ramlee sendiri iaitu Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim.

Selepas P.Ramlee meninggalkan Pulau Pinang dan pergi ke Singapura pada tahun 1948, Teuku Nyak Puteh dikatakan sering kali berduka dan mnangis kerana merindukan anak tunggalnya itu.

Walaupun pada peringkat awal beliau merestui kepergian P.Ramlee dalam mengejar cita-citanya, tetapi jiwanya merintih sepi dipeluk rindu yang mendalam.

Oleh kerana beliau seringkali mnangis dan berdu.ka, perkara ini telah mengak1batkan mata beliau menjadi buta.

Dalam satu kjdian lain, Teuku Nyak Puteh pernah meminta rakan-rakannya membawa beliau ke panggung wayang untuk menonton filem lakonan P.Ramlee.

Walaupun beliau tidak dapat menonton filem berkenaan kerana matanya buta, dapat mendengar suara anaknya itu sudah cukup bagi melepaskan rindunya terhadap P.Ramlee.

Sejak P.Ramlee menjejakkan kaki ke Singapura beliau tidak berpeluang untuk pulang ke Pulau Pinang atas sebab kekangan jadual kerja yang padat.

Pada masa yang sama P.Ramlee sedang berada di puncak kemasyhuran bermula dari tahun 1950. P.Ramlee hanya sempat mengirim wang dan surat kepada kedua ibu bapanya melalui abang tirinya Syeikh Ali.

Selepas 5 tahun mengejar cita-cita di rantau orang, P.Ramlee akhirnya pulang ke Pulau Pinang menemui keluarganya pada tahun 1953.

P.Ramlee tidak menyangka dan turut berduka dengan nasib yang men1mpa ayahandanya itu.

Tetapi Teuku Nyak Puteh tetap memberi semangat kepada anaknya itu supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-citanya dalam industri seni.

Sumber:siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*