‘Orang Tua Pun PerIu Makan Dan Minum Jugak’ – JaIiI Hamid Sound Padu Selepas Ditawarkn RM15O Saja

” Kenapa gaji pelakon tua lagi rendah daripada gaji pelakon muda? Agaknya, kerana dia (pelakon muda) popular atau banyak pengikut?”.

Itu luahan pelakon veteran, Jalil Hamid dalam sesi sidang media virtual sempena kehadiran drama bersiri Ayahanda, yang berlangsung hari ini.

Menurut Jalil atau nama sebenarnya Abdul Jalil Abdul Hamid, isu bayaran rendah kepada pelakon senior adalah perkara yang paling tidak adil dan berlaku di dalam industri seni lakon tanah air.

” Perkara ini adalah satu perkara paling tak adil, yang menyebabkan pelakon-pelakon tua rasa terpinggir. Apa d0sa mereka?

” Dia (pelakon senior) dah tua, diberikan bakat oleh Allah juga. Orang tua pun perlu makan dan minum juga.

” Bidang lakonan ini tak ada ‘pencen’. Tak ada had umur,” katanya.

Tambah Jalil, dia juga pernah berkecil hati dengan beberapa produksi yang meletakkan harga terlalu rendah ketika menawarkannya untuk berlakon.

” Banyak kali saya keluarkan kenyataan begini, namun komen daripada masyarakat adalah mereka fikir saya nak cari populariti, supaya orang ingat.

” Saya pernah ditawarkan kerja dengan bayaran RM150 untuk satu episod. Ia masih terngiang-ngiang dalam telinga saya sampai sekarang.

” Saya ke set penggambaran pada hari pertama, namun saya tak dapat teruskan kerja kerana saya rasa ini adalah satu pengh1naan kepada saya,” katanya.

Drama bersiri Ayahanda diarahkan pengarah, Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Ia dibintangi Jalil, Ogy Ahmad Daud, Fikry Ibrahim dan ramai lagi ditayangkan di slot Lestary TV bermula semalam.

Gambar: Jalil Hamid pada tahun 1995

Dalam pada itu Jalil berkata dia tidak berasa kecil hati dilabel sebagai ‘hero tua’ apabila masih diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam sebuah drama pada usia 64 tahun.

Jalil berkata, pada usia 30an lagi dia sudah terbiasa memegang watak sebagai orang tua dan tidak kisah dengan gelaran tersebut.

” Saya tak ada nak komen apa-apa la sebab semua pelakon kalau boleh nak jadi hero, nak jadi pelakon utama, tapi adakah keutamaan itu betul utama?

” Saya tak kisah sejak muda lagi saya dah berlakon jadi tua dan kebanyakan watak-watak yang saya lakonkan ingin saya memegang watak orang tua.

” Waktu saya umur 30an pun orang panggil saya lakonkan watak 80 tahun even dalam teater sekalipun. Saya tak hairan dalam persoalan tu,” ujarnya kepada mStar.

Jalil ditemui pada sidang media drama Ayahanda yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Drama bersiri Ayahanda diarahkan pengarah, Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Ia dibintangi Jalil, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim dan ramai lagi ditayangkan di slot Lestary TV3.

Dalam perkembangan lain, Jalil meluahkan rasa kecewa tentang isu bayaran rendah kepada pelakon senior yang disifatkannya sebagai tidak adil.

Ujarnya lagi dia pernah berkecil hati dengan beberapa produksi yang meletakkan harga terlalu rendah untuk pelakon berpengalaman sepertinya.

” Kenapa gaji pelakon tua lagi rendah daripada gaji pelakon muda? Adakah disebabkan mereka popular atau banyak pengikut?.

” Ini adalah satu perkara paling tak adil, yang menyebabkan pelakon-pelakon tua rasa terpinggir.

” Apa d0sa mereka pelakon senior? Saya pernah ditawarkan kerja dengan bayaran RM150 untuk satu episod. Ia masih terngiang-ngiang dalam telinga saya sampai sekarang,” katanya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama penyanyi lagu Ayam ini bersuara mengenai isu bayaran untuk pelakon vetaren, dia pernah meluahkan rasa kesal itu pada tahun 2018.

Akibat kelantangannya bersuara tentang bayaran rendah, dia mendkwa tidak menerima tawaran berlakon dan menganggur selama tujuh bulan.

Selama lebih empat dekad bergiat aktif sebagai pelakon, Jalil sudah menerima lapan anugerah antaranya Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 1995 dan Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 1992.

Sumber:hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*