‘Kid Dan Din Cakap Nak Bayar Tapi Sampai Sekarang Takde. Dah 5 Tahun Bagi Masa’

” Saya bukanlah kej4m sangat hendak menuntut bayaran secara penuh..”

Itu kata-kata syarikat penganjur konsert iaitu Afjets Sdn Bhd yang tampil menuntut kumpulan rock lagenda, Search menjelaskan sam4n sejumlah RM500 ribu.

Pihak Afjets memaklumkan perkara itu sudahpun berlarutan selama 5 tahun dan ia masih belum diselesaikan.

Justeru, pihak Afjets bakal mengambil tndakan untuk mengarahkan peguam mereka bagi melaksanakan perintah yang telah dikeluarkan oleh Mhkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada Ogos 2017 agar tuntutan tersbeut dilaksanakan.

Mmandangkan kejayaan dua konsert Search baru-baru ini iaitu Search Endemik dan Rocking on the Rooftop, Afjets beranggapan pihak pengurusan kumpulan legenda rock ini sepatutnya sudah mampu untuk membayar tunggakan sam4n mereka.

Kid dan Din cakap nak bayar

Ketua pegawai eksekutif Afjets iaitu Amrul Nizar Anuar berkata, dalam tempoh lima tahun selepas mhkamah membuat keputusan itu, Search hanya berjanji mahu membuat pembayaran.

Namun sehingga kini kumpulan itu tidak pernah dilihat berusaha melakukan sebarang inisiatif bertindak sedemikian.

” Sebelum ini tak mungkin saya nak tuntut bayar jika mereka tidak mampu. Bagaimanapun saya lihat sekarang ini mereka sudah mampu.

” Kid dan Din ada katakan untuk bayar sebelum ini namun sehingga kini seakan-akan tiada inisiatif yang diambil.

” Saya sudah bagi tempoh masa lima tahun untuk membuat pembayaran,” katanya ketika dihubungi mStar.

Amrul memberitahu dia sedia berbincang dengan Search tentang perancangan bayaran tuntutan tersebut dan sedia juga sedia menganjurkan konsert sekali lagi jika ia boleh menyelesaikan kemeIut yang melanda.

Dalam masa sama, Amrul juga berharap agar Search yang berpecah sejak Mac 2020 dapat bersatu kembali dan memudahkan urusan pembayaran tuntutan berkenaan.

” Saya bukanlah kej4m sangat hendak menuntut bayaran secara penuh.

” Search juga adalah salah satu kumpulan yang saya minat cuma apabila proses audit dilakukan oleh syarikat saya, tuntutan sam4n tersebut masih belum diselesaikan.

” Saya sedia berjumpa dengan mereka semua dan berbincang tentang perancangan untuk membayar. Saya juga masih sanggup kalau mahu mengadakan konsert bersama.

” Dalam masa sama, saya harap mereka kembali bersatu supaya jadi ‘satu kepala’ dan urusan ini lebih mudah.

” Kami beranggapan penganjuran dua konsert berasingan baru-baru ini dan pengumuman siri konsert yang berikutnya membayangkan Search kini sudah kembali ke landasannya dan boleh melunaskan segala komitmen kewangannya yang tertunggak,” katanya.

Dalam masa sama, Afjets juga terkjut dengan pengumuman Search bersama vokalis baharu yang bakal menganjurkan siri konsert jelajah di Malaysia, Singapura dan Indonesia bermula Ogos ini hingga Mac 2023 sedangkan kes sam4n masih belum selesai.

Pada 18 Ogos 2017, Mhkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan tiga anggota kumpulan Search iaitu Nasir Daud, Noordin Mohd Taib dan Hamzah Mohd Taib (Kid) membayar hampir RM5OO,OOO sebagai ganti rugi khas kepada Afjets.

Ia susulan Search diaktakan melanggar perjanjian berhubung pembatalan konsert mereka.

Afjets juga diputuskan berhak untuk menerima ganti rugi am yang belum ditaksirkan yang dijangka tidak kurang daripada RM1 juta.

Tiada sam4n ke atas Amy kerana dia berdepan mufIis

Sam4n sebelum ini dikeluarkan kepada tiga anggota Search iaitu Nasir, Din dan Kid berikutan pembatalan Konsert Search 35 Tahun yang sepatutnya diadakan pada 2016.

Bagaimanapun tiada sebarang tndakan sam4n dikenakan terhadap vokalis Search ketika itu iaitu Amy kerana dia berdepan dengan situasi mufIis.

Selepas mengumumkan keluar dari kumpulan asal, Amy menubuhkan Search baharu yang dibarisi oleh Hillary Ang (gitaris), Man Kidal (gitaris) dan Nasir Daud (bes).

Sementara itu, Din bersama seorang lagi gitaris iaitu Kid meneruskan legasi Search dibarisi oleh Yan (bes) dan Minn (dram) serta vokalis baharu dari Indonesia iaitu Denden Gonjalez.

Gambar: Amrul Nizar (kiri), Nasir Search (kanan)

Nasir serah pada peguam

Dalam pada itu, pemain bass kumpulan Search, Nasir Daud menyerahkan kepada peguam mereka berhubung tuntutan syarikat Afjets Sdn Bhd (Afjets) tersebut.

Menurut Nasir, dia tidak boleh mengulas apa-apa mengenai perkara itu memandangkan isu yang dibangkitkan itu membabitkan banyak pihak.

” Apa pun, kami menyerahkan semuanya kepada peguam Search iaitu Yusmadi,” katanya kepada Harian Metro.

Afjets adalah syarikat yang sepatutnya menaja dan menganjur Konsert Search 35 Tahun yang dirancang untuk diadakan pada 2016 tetapi kemudian dibatalkan oleh anggota kumpulan rock itu.

Susulan pembatalan siri konsert terbabit, Afjets mengambil tndakan mhkamah terhadap kumpulan Search.

Terdahulu, peguam Afjets, Datuk Adnan Seman dari Tetuan Adnan Sharida & Associates dalam satu kenyataan berkata, penganjuran dua konsert berasingan iaitu Konsert Search Endemik dan Search Rockin’ On Rooftop, baru-baru ini yang dijayakan anggota Search yang kini bergerak berasingan membayangkan Search kini sudah kembali ke landasannya dan boleh melunaskan segala komitmen kewangannya yang tertunggak.

Katanya, Afjets juga mengambil perhatian dengan pengumuman pihak pengurusan Search yang dianggotai Noordin dan Kid mengenai siri konsert jelajah di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang dijangka berlangsung antara Ogos ini hingga Mac tahun depan.

” Pihak Afjets terkejut dan memandang serius pengumuman itu kerana selepas hampir lima tahun, Afjets masih lagi menunggu maklum balas daripada Search mengenai keputusan Mhkamah Tinggi Shah Alam itu.

” Afjets akan mengambil langkah wajar dalam masa terdekat ini untuk melaksanakan keputusan mhkamah bagi mendapatkan pampasan sebanyak hampir setengah juta Ringgit dan ganti rugi am yang belum ditaksir,” katanya.

Sumber:mstar dan hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*