Rupanya Kakak Kepada Anita Sarawak, Ini Kisah ‘Cikgu Murni’ Dan Pengakhiran Hidupnya Yg Ramai Tak Sangka

Bakhil sungguh Haji Bakhil kerana sanggup memberi seringgit sahaja kepada dua orang guru yang datang ke rumahnya untuk memungut derma bagi Persatuan Anak-Anak Yatim.

Tetapi apabila Cikgu Murni yang datang menemuinya, Haji Bakhil tiba-tiba menjadi dermawan apabila sanggup berhabisan hingga 1000 ringgit.

Malah serban sudah tak dipakai lagi Haji Bakhil setelah bertemu dengan Cikgu Murni. Haji Bakhil bertukar gaya sama sekali. Dia memakai seluar pendek, bercermin mata hitam semata-mata mahu memenangi hati Cikgu Murni.

Itu antara babak paling diingati dalam Filem Nasib Si Labu Labi, sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1963.

Mungkin ramai masih ingat dengan watak lemah lembut Cikgu Murni, malah kecantikannya juga sering diperkatakan ramai terutama bagi penggemar filem Melayu klasik.

Justeru, artikel ini bukan untuk bercerita mengenai Haji Bakhil mahupun P. Ramlee, tetapi untuk mengimbau sedikit kisah dan profil sebenar Cikgu Murni yang terkenal dalam filem tersebut.

Gambar: Murni Sarawak bersama P. Ramlee dalam filem Nasib Labu dan Labi. (Gambar kecil, suami Murni, Dollah Dagang)

Menurut artikel Berita Harian pada tahun 1962, Siti Murni binti Ismail atau lebih dikenali dengan Murni Sarawak ditawarkan untuk mengikat kontrak bersama Malay Film Production ketika berusia 16 tahun.

Murni Sarawak dilahirkan di Singapura pada tahun 1946 adalah anak sulung kepada Siput Sarawak bersama Biduan Ismail Kassim.

Ibu bapa Murni, Siput Sarawak dan Biduan Ismail Kassim berkahwin pada 1945. Jodoh mereka bagaimanapun tidak berkekalan apabila berpisah pada 1947.

Sementara itu, filem pertama Murni selepas mengikat kontrak adalah Norlela (1962) bersama hero Aziz Jaafar dibawah arahan Dhiresh Ghosh.

Pada usia 16 tahun ini, Murni sudahpun berumahtangga dengan seorang krew studio Cathay bernama Abdullah Bin Mohamed yang kemudian menjadi pelakon dan menggunakan nama Dollah Dagang.

Hasil perkahwinan dengan Dollah Dagang, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ratina. (ada yang kata nama anak beliau adalah Maria)

Murni Sarawak sebenarnya sudah mula berlakon seawal usia 10 tahun bersama ibunya Siput didalam filem Penchuri (1956) terbitan Cathay-Keris.

Beliau juga sering menjadi pelakon tambahan menjadi penari dan dayang istana.

Antara filem filem yang turut menampilkan beliau seperti Dandan Setia, Si Tanggang, Lubalang Daik, Siti Muslihat, Batu Durhaka, Sultan Mahmood Mangkat Dijulang, Hang Jebat, Yatim Mustapha, Jalak Lenteng, Dang Anom, Mata Shaitan dan Lanchang Kuning.

Sinonim dengan nama panggilan Sarawak seperti ibunya Siput Sarawak dan datuknya Dollah Sarawak, Murni kekal nama sebagai Murni Sarawak bersama adiknya Anita Sarawak.

Sekadar info, ibu beliau Siput Sarawak merupakan seorang seniwati filem Melayu yang dilahirkan di Kuching, Sarawak.

Sepanjang kerjayanya, Siput Sarawak telah berlakon lebih kurang 50 filem seperti Hujan Panas, Muda Mudi dan Naga Tasik Chini. Beliau juga pernah berlakon bersama P.Ramlee dalam Filem Keluarga 69 .

Filem terakhir lakonan Siput Sarawak ialah Layar Lara bersama Azean Irdawaty dan juga seniman dan seniwati seangkatannya seperti Aziz Sattar, Mahmud Jun, Salmah Ibrahim dan Aziz Jaafar arahan pengarah berkaliber, Shuhaimi Baba pada tahun 1997.

Murni dan Anita adik beradik kandung seibu

Berdasarkan carian, Murni dan Anita merupakan adik beradik kandung seibu dan berlainan bapa.

Gambar: Siput Sarawak dengan suami kedua S. Roomainoor

Siput berkahwin buat kali kedua dengan pelakon S. Roomainoor pada 1948- 1956. Hasil perkongsian hidup, lahirlah Anita Sarawak pada tahun 1952.

Di Studio Shaw (Malay Film Production), selepas filem Norlelal (1962) Murni Sarawak membintangi filem Neracha (1962) bersama hero Jins Shamsudin arahan Diresh Ghosh.

Akhirnya P.Ramlee telah mengangkat beliau apabila muncul sebagai watak paling diingati sehingga kini iaitu Cikgu Murni dalam filem Nasib Labu Labi (1963).

Nama Cikgu Murni menjadi sangat terkenal ketika itu, namun Murni dikatakan telah menghilangkan diri dunia seni apabila bercrai dengan Dollah Dagang.

Beliau dikatakan berkahwin dengan seorang pemuda Indonesia dan mengambil keputusan untuk mengikut pulang ke kampung halaman suaminya.

Dikhabarkan Murni Sarawak telah menghmbuskan nfas terakhir di Jakarta pada 7 April tahun 2016 ketika berusia 70 tahun akibat pnyakit bar4h.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehah.  Alfatihah buat Siti Murni Ismail @ Murni Sarawak (1946-2016).

Fakta menarik Murni Sarawak dalam filem  Nasib Labu Labi

Sungguhpun “Labu Dan Labi” memperlihatkan kemerosotan P.Ramlee dalam pengarahan filem tetapi filem yang menggunakan watak Labu dan Labi ini dan merupakan sambungan dar filem pertamanya itu, lebih baik dan lebih sempurna.

Ceritanya sudah pijak ke bumi nyata tidak seperti “Labu Dan Labi” yang berada di alam khayalan. Ceritanya agak menarik dan para pelakonnya telah membawa peranan masing-masing dengan baik dan memuaskan.

Murni Sarawak (anak Siput Sarawak) yang diambil berlakon dalam filem ini buat pertama kalinya oleh P.Ramlee telah membawa peranannya sebagai Cikgu Murni tidak mengecewakan.

Pada keseluruhannya filem ini tidaklah seburuk “Labu Dan Labi” dan tetap menghibur dan menyeronokkan

Filem Nasib Lalu Labi merupakan filem  pertama dan terakhir Murni Sarawak berlakon dalam filem arahan P.Ramlee.

Sebelum ini Murni Sarawak membintangi filem “Norlela” bersama Aziz Jaafar dan Sarimah yang diarahkan Dhiresh Ghosh.

Murni Sarawak (anak Siput Sarawak) boleh dikatakan heroine filem ini tetapi P.Ramlee tidak boleh dikatakan hero. Oleh yang demikian ia tidak boleh disamakan dengan Neng Yatimah dan Rose Yatimah di mana P.Ramlee menjadi hero kepada dua anak beranak.

Sumber: FB RepairGambarLama
Sumber: Kisah Sedih Youtube (Murni Sarawak- Dalam Kenangan)
Sumber: Raimilempar.blogspot

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*