‘M.Nasir Kluar Studio Dan Ckp Ko Buatlah Sndiri’ – Smpai Berd4rah Jari Kid Sbb M.Nasir Nk Perfect Solo Lagu Isabella

” Nasir (M. Nasir) keluar dari studio rakaman bagi saya kaset suruh saya buat lirik. Saya tanya pada Nasir, nak tulis lirik apa, dia jawab Isabella..”

Itu pendedahan dibuat oleh penulis lagu tersohor, Bob Lokman ketika menceritakan sejarah penciptaan lagu Isabella yang dipopularkan oleh kumpulan rock unggul, Search.

Populariti Isabella menjangkau pemikiran rakyat Malaysia kerana naskhah berkenaan diterima secara meluas oleh segenap lapisan masyarakat tanpa batasan kaum, usia dan latar belakang.

Bukan hanya di Malaysia, bahkan Isabella juga mencetus fenomena luar biasa di negara jiran, Indonesia.

Dalam keghairahan majoriti kita meminati Isabella, barangkali, tidak ramai yang mengetahui bagaimana bait-bait lirik lagu berkenaan.

Bagaimana Isabella dijelmakan sehingga lagu berkenaan mencetus fenomena? Dan berapa lama pula masa diambil Bob untuk menulis lirik itu?

Pada Mac 2019, AstroAWANI mendekati Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman yang berkongsi cerita sebenar Isabella ‘dilahirkan’.

Masih terbayang di fikiran Bob yang ketika itu hanya berusia 25 tahun ketika komposer terkenal, Datuk M. Nasir menyerahkan kaset yang mengandungi demo lagu berkenan kepadanya untuk ditulis lirik.

Ketika itu, King Studio saling tidak ubah seperti ‘rumah’ Bob kerana di situlah dia berumah tangga dan menghabiskan masa dek kerana kerjaya sebagai penulis lirik, khidmatnya sentiasa diperlukan oleh komposer pada bila-bila masa.

” Termenung saya dan bercakap sendiri, apa benda Isabella ini? Tiba-tiba saya teringat saya pernah kenal seorang gadis berd4rah campuran Melayu – Inggeris.

” Dari situ saya kembangkan jalan cerita Isabella,” kata Bob, 57.

Bob yang sudah menulis 350 lirik sepanjang bergelar penggiat seni berkongsi pandangan mengenai lagu Isabella yang disifatkan ramai sebagai sebuah naskhah muzik yang menakjubkan pernah dihasilkan oleh karyawan muzik tempatan.

Tahun 2019, Isabella ciptaan komposer ternama, Datuk M. Nasir dan dinyanyikan oleh kumpulan Search meraikan ulang tahun ke-30 penghasilannya.

Namun begitu, tidak semudah itu, pengalaman Bob bercerita mengenai Isabella diterima oleh M. Nasir.

Kata Bob, tiga kali liriknya ditolak kerana plot penceritaan Isabella tidak memenuhi hasrat seniman itu.

” Selepas kali keempat baru okey. Itupun reaksi Nasir pada saya ialah… bolehlah,” kata Bob sambil tergelak kecil mengenangkan pengalaman manis itu.

Namun begitu, ketika sebilangan besar peminat muzik rock Melayu mengagumi naskhah Isabella lain pula dengan Bob.

” Saya tak pernah terfikir (Isabella akan bertahan 30 tahun), tapi saya sentiasa memberikan kredit pada melodi.

” Lagu itu ketika zaman M. Nasir. Itu (Isabella) masterpiece dia. Isabella ialah benchmark sebenarnya (pada industri muzik),” ujar Bob dipetik sebagai berkata.

Sampai berd4rah jari Kid Search

Sementara itu dalam satu temubual stesen radio Koolfm bersama kumpulan Search, pemain gitar mereka, Kid telah menceritakan bagaimana susahnya untuk mencipta solo untuk lagu Isabella.

Menurut Kid, tidak mudah untuk memuaskan hati M. Nasir yang mahukan solo terbaik bagi menjadikan lagu Isabella sempurna dalam setiap aspek.

Malah sewaktu temubual, penyanyi, Amy sendiri mendedahkan jari Kid sampai berd4rah sewaktu mencipta solo gitar bagi lagu berkenaan.

” Solo pun paling penting. Gitar solo ni penyambung untuk bawak lagu bernyawa..so dia bukan hanya lagu ini yang orang akan ingat, tapi solo pun orang akan ingat.

” Berd4rah jugak jari Kid haa.. (masa cipta solo)” ujar Amy.

Perkara itu turut diakui oleh Kid yang menceritakan lebih lanjut ‘kejadian’ pada hari mereka berada di studio bersama M. Nasir ketika merakamkan lagu Isabella.

” Saya nak cerita sikit masa recording gitar tu, sebelum solo tu M. Nasir cakap okay aku nak kau solo lagu ni luar daripada lagu ni..macam kau main lagu lain.

” M. Nasir nak solo lagu ni luar dari kebiasaan. Jadi saya bertungkus-lumus sampai dapat dua tape, kemudian dia dengar ambil ini half dan ini half so gabungkan.

” Sebelum tu dia sampai naik fedup, dia keluar dari studio dan cakap kau buatlah sendiri.

” Bila dah siap tu saya panggil dia, bang dah siap..bila dia masuk balik dia dengar, dia cakap okay..” ujar Kid lagi.

M. Nasir kata dia tak yakin lagu Isabella boleh pergi

Untuk info lagu Isabella juga mendapat sentuhan magis komposer dan penerbit album Search, Datuk M. Nasir.

Seniman ini jugalah yang bertanggungjawab membawa Search ke syarikat rakaman Polygram untuk diambil sebagai artis mereka.

Isabella, kata M.Nasir, lahir selepas beliau dan anggota Search berada dalam tekanan untuk mendapatkan sebuah lagu yang mampu meneruskan kejayaan selepas Fantasia Bulan Madu.

M.Nasir menjelaskan, beliau beruntung kerana dapat merasakan keajaiban ciptaan Ilahi apabila lagu-lagu ciptaannya termasuk Isabella menjadi malar segar.

” Ketika proses mencipta lagu dan merakamkan album, kita mencari dia punya magis, kalau kita tak rasa dia punya magis, kita tak yakin lagu tu boleh pergi.

” Macam lagu Isabella ni kita yakin lagu tu boleh pergi, dalam pengalaman menerbit ni kita mesti nak tahu, kita boleh nak nantikan atau cuba nak hasilkan tetapi jadi ke tidak itu satu benda yang lain.

” Selepas album ketiga, diantara album ketiga dan album Fenomena Search ada mengalami masalah tidak boleh jual album kerana ada kes di mahkamah.

” Tetapi kita tidak berhenti mencari lagu dan buat rakaman cuma kita tak release dan bila kes di mhkamah selesai kita buat album Fenomena,” kata beliau menyambung cerita.

Untuk menghasilkan album Fenomena, beliau dan Search ke Jakarta untuk merakamkan album di sana kerana mahu mencari lagu yang terbaik untuk album itu.

” Sebenarnya di Jakarta kita tak dapat banyak rakam lagu, rasa macam satu perjuangan juga lah nak dapatkan lagu, tak ada lagu pun dapat, kalau ada pun ada kat kepala saja, dapat la rakam sikit tapi belum ada lagu yang kita rasa ini boleh pergi.

” Jadi bila di Jakarta kita tak dapat nak hasilkan lagu yang baik, kita balik dan berehat sekejap dan selepas itu kita masuk balik di King Studio dan teruskan rakaman,” katanya.

Mengimbau saat merakamkan album Fenomena dan lagu Isabella, M.Nasir berkata, nama Isabella memang bermain dalam benaknya ketika proses lagu tersebut dicipta.

Katanya, setiap kali mencipta lagu ada perkataan atau kata-kata yang akan beliau nyanyikan biarpun belum mempunyai lirik penuh.

” Saya tak tau macam mana melodi itu terkeluar, dalam tekanan tu mungkin dia akan keluar tapi lirik belum ada dan Bob selalu dengan kita di Kings Stuio, jadi dia mintak nak buat lirik.

” Jadi saya mintak Bob tulis lirik dan saya teringat bila balada tu mesti ada senikata yang bercerita, saya teringat nama Isabella kerana nama itu bermain dalam benak saya,” katanya.

Menyambung perbualan, kata M. Nasir, ketika dalam proses mencipta lagu tersebut beliau memang ada membaca kisah tentang Isabella dan suaminya Ferdinand V di Andalusia.

” Tapi lirik Isabella itu bukan cerita tentang itu, lirik Bob itu tentang orang biasa cuma inspirasi dari cerita dan penulisan dia ada pengaruh 70-an,” cerita M.Nasir yang menganggap lagu Isabella dihasilkan ketika semuanya berada di kemuncaknya.

Menurut beliau, Search ketika proses rakaman album Fenomena itu berada di kemuncaknya dan kualiti rakaman di Studio King juga berada di kemuncaknya.

” Saya juga berada di kemuncak penciptaan lagu waktu itu,” jelas M. Nasir mengakhiri perbualan.

Sumber:bharian, astr0awani dan youtube koolfm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*