Orang Tolong Kita Sekali Dua Kali Okay. Sampai Tiga Empat Kali, Kau Tak Reti Nak Usaha Ke – AmeIina

” Dulu pakai baju lip lap, bau wangi minyak wangi Dior… sekarang bau bawang putih, ayam..”

Demikian pengakuan jujur penyanyi AmeIina beberapa hari lalu di mana kisah beliau bergelut mencari rezeki dengan berniaga nasi ayam meraih perhatian ramai.

AmeIina turut memuat naik beberapa lagunya yang dinyanyikan semula dengan lirik bertemakan COVlD-I9 dalam lagu dangdut yang menghiburkan dan dalam masa sama sarat dengan mesej.

Siapa sangka di sebalik wajah cerianya di dalam video itu, AmeIina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 46, berkata dia turut terkesan kerana hilang punca pendapatan dalam bidang nyanyian.

” Sebenarnya Kak Long (panggilan dirinya) rasa amat terkesan dalam masa hampir dua tahun kita PKP ini, saya terpaksa gunakan duit simpanan untuk menampung kos perbelanjaan bulanan.

” Mungkin bulan ini saya boleh bayar, tapi bulan depan macam mana? Ia membuatkan saya hilang arah, kadang-kadang duduk depan TV pun air mata mengalir,” ujarnya kepada mStar.

Orang yang menolong kita, sekali dua kali okay…

” Kak Long sentiasa memikirkan, Allah bulan depan apa, perbelanjaan ada lagi.. tapi masuk (income) takde..Kak Long tahu apa orang lain rasa..macam mana terkesannya mereka di luar sana, begitu juga saya.

” Kak Long banyak muhasabah diri, ada jer rezeki Allah bagi.. tak guna kita menunggu kalau tidak berusaha. Tak guna kita nak cakap kita susah tanpa kita buat apa-apa.

” Dan orang yang menolong kita, sekali dua kali okay..sampai tiga empat kali, kau tak reti nak berusaha ke..faham tak..jadi kat situ daripada Kak Long meny4Iak sana meny4Iak sini lebih baik Kak Long buat sesuatu..

Tambah AmeIina lagi, dia enggan terus bersedih sebaliknya dia mengambil keputusan untuk menjual makanan atas dorongan peminatnya.

” Peminat saya sangat supportive, mereka cadangkan untuk saya jual makanan memandang mereka pernah rasa saya masak nasi ayam dan nasi minyak.

” Pada mulanya saya rasa rendah diri kerana yang memuji masakan saya tu adalah peminat saya sendiri, tetapi lama kelamaan jumlah pesanan itu semakin meningkat,” katanya.

Terdahulu, sejak menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan menjual nasi minyak dan nasi ayam, penyanyi dangdut AmeIina menyifatkan keadaan dan penampilan dirinya kini sangat berbeza berbanding dahulu kerana banyak menghabiskan masa di dapur.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, AmeIina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 47, berkongsi sebuah video ketika menyediakan tempahan makanan dengan kapsyen berbaur seloroh apabila memberitahu badannya kini tidak seharum dahulu kerana berbau bawang putih.

” Macam inilah keadaan saya setiap malam. Sediakan tempahan. Dulu wangi bau minyak wangi Dior, Gucci, pakai lip lap (baju cantik), rambut kepuk-kepuk.

” Sekarang kak long (panggilan dirinya) dah bau bawang putih, ayam dan minyak sapi,” tulisnya.

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam Instagramnya, pelantun lagu Asyik itu berkongsi kegiatan hariannya mencuci ayam untuk menyediakan tempahan ‘nasi minyak asyik’ atau ‘nasi ayam rindu’ untuk pelanggannya.

Walaupun begitu, AmeIina tetap melahirkan rasa syukur kerana masih diberi peluang dan kesempatan mencari rezeki dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan hari ini dan berdoa semoga semuanya kembali seperti biasa suatu hari nanti.

” Kuatkan semangat semua. Kita sama-sama mendoakan satu sama lain. Insya-Allah seandainya kita mendoakan kebaikan untuk seseorang, para malaikat akan mendoakan kita kembali.

” Mari kita doa sama-sama okey. Teruskan tabah, cekal dan muhasabah,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, ramai pengikut dan peminat penyanyi yang pernah digelar Ratu Dangdut itu mendoakannya supaya terus dilimpahkan rezeki dan kuat untuk meneruskan kehidupan.

Terdahulu, ibu tunggal kepada enam orang cahaya mata itu mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan makanan nasi minyak dan nasi ayam secara kecil-kecilan demi meneruskan kelangsungan hidup yang semakin getir akibat COVlD-I9.

Ujar AmeIina, dia tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari nanti dia akan berniaga makanan hasil air tangannya sendiri.

Buat mereka yang ingin merasa air tangan AmeIina, boleh membuat tempahan menerusi talian 0198915509.

Sumber:mstar dan k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*