Allah Ambil Dia, Allah Hadiahkan Dia. Shuib Akhirnya Bawa Pulang Ayash, ‘Jari Sebijik Macam Ibu’

” Syukur Ya Allah,Besok Birthday Ibu(15/9) Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini..”

Demikian perkongsian pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu di Instagram beliau hari ini yang meraih perhatian ramai.

Setelah hampir sebulan berada dalam wad, anak bongsu Shuib bersama Allahyrham Siti Sarah, Ayash Affan akhirnya dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Lebih manis, berita tersebut diterimanya sehari sebelum hari ulang tahun arwh Siti Sarah yang ke-37 esok.

” InsyaAllah sekejap lagi dah boleh balik dah,,, Allahuakbar,,, Tangan, jari sebijik tangan Ibu… Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini,,, Terima kasih semua,,, syukur ya Allah di atas rahmatMu.

” Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hadiah hari jadi ibu (Siti Sarah) esok (15 September).

” Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini, syukur Ya Allah. Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan Ayash.

” Terasa janggal, dulu balik hsopital bertiga, hari ini balik berdua. InsyaAllah Allah maha mengetahui segala. Uwais, Talita dan Matin, daddy dah otw..” tulis Shuid dalam Instagram dan InstaStory sebentar tadi.

Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkongsi berita gembira apabila dibenarkan berjumpa Ayash selaam tiga jam selepas sebulan bayi itu dilahirkan di Hspital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Ikut wajah Shuib

Sementara itu semalam Shuib meluahkan rasa syukur tidak terhingga dapat meluangkan masa 3 jam bersama anaknya itu.

Menurut Shuib anaknya itu berada dalam keadaan sihat dan berat sudah mencecah 2.6kg serta kuat menyusu. Katanya lagi, anak itu sama seperti wajahnya.

” Syukur Ayash sihat, berat dah 2.6kg, menyusu kuat dan comel sangat-sangat. Muka macam daddy la ibu. Memang special sangat hadiah dari ibu,” katanya.

Lebih sebak, Shuib mengatakan ianya hadiah sangat istimewa daripada arwh isterinya dan berharap Siti Sarah ada bersamanya dan anak mereka.

Sebelum ini Shuib memberitahu beliau akhirnya memilih sepupunya sendiri untuk menjadi ibu susuan kepada anak bongsunya, Ayash Affan..

Menurut Shuib keputusan menjadikan sepupunya sebagai ibu susuan kepada Ayash selepas berbincang bersama ahli keluarganya.

” Alhamdulillah ada dalam kalangan keluarga saya iaitu sepupu baru sahaja melahirkan anak dalam enam bulan lalu,” ujarnya.

Kata bapa kepada empat orang cahaya mata itu lagi, dia sebenarnya bimbang terhadap masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri).

” Takut juga masa depan nanti kita tidak tahu apa akan jadi. Takut terkahwin pula, jadi masalah nanti. Jadi saya ambil dalam kalangan keluarga (ibu susuan),” jelasnya.

Kosmo! pada 25 Ogos lalu melaporkan Shuib memberitahu Ayash yang lahir pram4tang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan daripada inkubator di HCTM UKM dan dijangka dibenarkan dibawa pulang pada bulan ini.

Ayash dilahirkan secara pembdahan tiga hari sebelum Siti Sarah menghmbuskan afas terakhirnya pada 9 Ogos lalu ak1bat COVlD-I9.

Dalam pada itu, Shuib turut menyifatkan ulang tahun ke-37 tahun ini sebagai tarikh yang luar biasa biarpun sambutannya tidak seperti tahun-tahun sebelumnya memandangkan tarikh kelahiran mereka hanya berselang tiga hari.

Tarikh ulang tahun kelahiran Shuib pada 12 September manakala Sarah pula pada 15 September.

Shuib dan Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Pasangan itu dikuniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber:k0smo dan IG Shuib

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*