‘Abang Man Pesan Kalau Dia Tiada Nanti, Gitar Itu Jangan Beri Pada Orang Lain’ – Isteri Man Kidal

” IniSemua Allah yang atur. Dia nak bagi rezeki macam ini,”

Itu luahan isteri Man Kidal, Norlaila Yusof berkenaan kehadiran pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) ke rumah mereka di Damansara, Petaling Jaya, Jumaat lalu untuk menghulurkan bntuan barangan keperluan asas.

NorIaila ketika dihubungi berkata, di saat mereka mengalami kesmpitan hidup akibat suaminya hilang mata pencarian sejak penularan COVlD-I9, bantuan ini amat berharga.

” Alhamdulillah, ada orang nak bagi. Kita dah dua tahun tak kerja. Ada orang bersimpati, kita nak tolak pun tak boleh. Saya tak minta apa-apa tapi terkejut melihat mereka datang.

” Saya juga diminta isi borang bagi mendapatkan bantuan pada masa depan. Namun nama abang Man diletakkan asnaf dalam kurungan dan saya mulanya terkjut.

” Namun saya fikir balik, apa nak malu. Orang nak cakap apa-apa terpulanglah. Kalau tak tolong tak apa, tapi janganlah kec4m. Sebaliknya doakan yang baik-baik,” katanya kepada HarianMetro.

Menerusi bantuan ini, Man Kidal, 57, yang turut positif COVlD-I9 baru-baru ini, diletakkan dalam kategori asnaf sementara sehingga dapat bangkit semula.

Bantuan terbabit berupa wang bulanan, tunggakan bil utiliti dan sewa rumah.

Norlaila berkata, dia tidak mahu sesetengah pihak tersalah anggap yang mereka meminta-minta.

” Memang ada kes begini sehingga sanggup hubungi anak saya kata macam-macam antaranya kamu tidak malu, kamu adik-beradik tak boleh tolong ibu bapa.

” Kami juga dikata meminta sana sini seperti peminta sedekah. Mestilah dia sedih sehingga menangis. Dia pun susah dan ada keluarga.

” Saya cakap terus terang kami bukan keturunan orang kaya yang banyak duit dan harta. Bila orang hulurkan bantuan apa salahnya saya terima.

” Orang tanya apa lagi yang perlu. Saya luahkan benda yang jujur,” katanya.

Menurutnya, tanpa disangka luahannya menerusi media mendapat respon yang baik termasuklah dari Lembaga Zakat Selangor.

” Wakil LZS puji saya kerana jujur cerita semua masalah tanpa perlu berselindung. Tiada sebab untuk saya malu.

” Saya sedar ramai yang pertikai kenapa tak jual gitar? Ia samalah dengan kereta. Kalau perlu sangat nak cari rezeki ke sana dan ke sini, takkan nak dijual?

” Gitar itu abang Man guna 40 tahun untuk bagi keluarga makan. Saya sangat menghargainya. Dia pun pesan kalau dia tiada nanti jangan bagi orang lain,” katanya.

Norlaila berkata, ketika segelintir pihak mempersoalkan mengenai kesusahannya, terdapat ramai lagi pihak yang membantu.

” Saya tak pamerkan nombor, bukan kerana berlagak tapi tak nak meminta-minta. Namun kawan-kawan lain yang bantu sebarkan. Yang nyata, Allah berikan dugaan ini pada kami dan kemudian ada rezekinya untuk kami,” katanya.

Man Kidal tak pernah menangis, akhirnya..

Terdahulu, Norlaila mendedahkan mereka kini berdepan kesmpitan hidup akibat tidak bekerja hampir dua tahun selain kedua-duanya kini pos1tif COVlD-l9.

Menurut Norlaila, dia dan suaminya hilang punca pendapatan sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu.

” Abang Man yang selama ini tak pernah mnangis, akhirnya mengaIirkan air mata,”

Justeru, sejak itu mereka cuba menjalankan perniagaan kecil-kecilan, namun usaha itu tidak mampu menampung komitmen setiap bulan.

Enggan meminta-minta walau hidup dalam kesmpitan sejak pndemik COVlD-l9, maestro gitar terkenal, Man KidaI tewas apabila terpaksa mengambil keputusan menjual barangan peribadi termasuk kereta demi keIngsungan hidup.

Isteri merangkap pengurusnya, Norlaila Yusof berkata, keadaan kewangan mereka cukup meruncing selepas suaminya itu tidak menerima tawaran persembahan hampir dua tahun selain beberapa projek dan bisnes dirancang terhenti begitu saja.

Macam-macam usaha dah buat, terpaksa jual kereta

” Bukan tidak berusaha, apabila pndemik menyer4ng, projek lagu Abang Man (Man KidaI) bersama Hillary Ang turut tergndala tetapi kami usaha pula berniaga, jual kuih serta buka perniagaan percetakan. Terpaksa juga ditutup sebab impak semasa.

” Kami hilang punca pendapatan sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu dan hanya menggunakan wang simpanan yang ada untuk melunaskan bil serta keperluan lain.

” Bayangkan dua tahun begitu biarpun macam-macam usaha sudah kami lakukan.

” Setakat makan, anak-anak dan keluarga terdekat memang membantu, takkan nak bebankan mereka untuk lunaskan bil dan duit rumah, mereka pun ada tanggungan.

” Bukit ditarah pun lama-lama rata. Jadi kami usaha cara lain. Jalannya adalah jual kereta kami.

” Saya tahu dia sedih dan hilang punca sebab walaupun anak-anak sudah besar, dia risaukan dua cucu yang kami jaga dari kecil selepas ibu bapa mereka berpisah” katanya kepada Kosmo! Online.

Gambar: pihak Lembaga Zakat Selangor datang hulur sumbangan buat Man Kidal

Dalam keadaan sekarang, ibu kepada empat cahaya mata dan 11 cucu itu tidak malu mendedahkan keadaan yang dilalui kini sehingga sudah sampai ke tahap terpaksa mengangkat bendera putih.

Apatah lagi dalam situasi sekarang yang semakin membingungkan apabila disahkan pos1tif COVlD-l9 sejak beberapa hari lalu, malah suaminya juga kurang bermaya dan lemah selepas mengalami demam panas.

” Duit simpanan yang ada banyak yang dilaburkan untuk modal berniaga dan projek muzik. Saya tak malu mengaku ada juga bil yang tertunggak sebab wang yang ada cukup makan saja.

” Selepas berita kami pos1tif COVlD-l9 ada juga kenalan yang risau kami tiada makanan.

” Alhamdulillah dari segi itu ada saja rezeki cucu-cucu kami berdua itu sebab anak-anak saya dan saudara terdekat hantar ke rumah.

” Cuma saya buntu memikirkan di mana hendak cari pendapatan untuk hari seterusnya dan pada masa sama tak mahu kesihatan Abang Man semakin terganggu kerana memikirkan masalah kewangan kami,” katanya lagi.

Tidak pernah minta bantuan

Norlaila yang beberapa kali mengalirkan air mata ketika menceritakan kesusahan yang dilalui berkata, sepanjang pembabitan Man KidaI dalam bidang seni, mereka tidak pernah meminta bantuan daripada mana-mana pihak.

” Kalau ada pun, tak pernah dapat kerana dikatakan tidak layak.

” Mungkin orang ingat kami hidup senang, padahal kami juga sedang berjuang untuk terus hidup. Saya bukannya nak harapkan bantuan orang sebab selama ini kita usaha keras untuk teruskan hidup,” katanya.

Sumber:k0smo dan hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*