‘Ikutkan Saya Malas Nak Layan’ – Janna Nick Bersuara Dan Jelaskan Mana Datang Undi 85 Juta

” Perkataan pertama keluar dari mulut saya ialah Astaghfirullahalazim..”

Demikian pngakuan pelakon terkenal Janna Nick di atas kejayaan merangkul gelaran Bintang Paling Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) Ahad lalu.

Bagaimanapun, ibarat peribahasa rumah siap tapi pahat berbunyi, Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner, 26, trending di Twitter gara-gara netizen melahirkan rasa kurang senang dengan angka 86,374,777 undi yang diterimanya.

Namun hakikatnya bukan sahaja orang ramai, Janna sendiri melahirkan rasa terkjut dengan keputusan luar biasa itu.

Bagaimanapun kata Janna angka berkenaan juga mungkin disebabkan para peminatnya dari negara jiran yang turut serta melalukan undian secara dalam talian.

” Saya memang sangat terkejut apabila dapat tahu keputusan ni, perkataan pertama keluar dari mulut saya ialah Astaghfirullahalazim.

Janna Nick Jawab Dari Mana Datang Undian

” Terlalu banyak sangat, saya pun tak percaya dengan jumlah undian tersebut. Tapi mungkin dari negara jiran kot,” katanya menerusi sidang media secara maya pada tengah malam Ahad.

Tambah Janna yang turut merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Popular, kejayaan dia itu sudah tentu hasil daripada kerja keras kelab peminatnya dikenali sebagai Janna Nicker.

” Saya yakin fan club merasakan kesdihan dan rasa kecewa seperti yang saya rasakan.

” Saya rasa mereka balas dndam dan luahan rasa mereka kepada saya supaya jangan putus asa. Saya sangat terkjut dengan apa yang mereka buat ni,” katanya lagi.

Peminat boleh buat 35 ribu undian, sekali tekan

Menurut Janna lagi, dia melahirkan rasa kagum dengan fan club sehingga mampu meletakkan beliau selaku juara

” Kalau ikutkan saya malas nak layan ngatif komen ini, tapi orang yang berkata-kata ini mungkin sebenarnya tak pernah masuk website Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH).

” Sebab kalau betul-betul pengundi yang menggunakan website ABPBH ini mereka tahu undian itu bukan menggunakan satu IC untuk seorang macam pilihan raya, tidakk..

” Untuk siapa-siapa yang membeli telefon mudah alih Xiomi, mereka boleh mengundi sebanyak 35 ribu undi sekali tekan.

” Saya tak ingat berapa spesifik jumlah undian itu, tapi lebih kurang jumlah itu..” jelas Janna ketika di wawancara oleh Hot FM

Janna turut merangkul anugerah Pencara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Tinjauan portal terkenal, Kecoh Ape, di Twitter mendapati rata-rata ntizen hairan bagaimana Janna mampu meraih undi sebanyak itu walaupun dia terpalit dengan beberapa siri kontroversi sepanjang tahun ini.

” Dia miliki peminat yang macam mana? Bagaimana anda undi dia sebanyak 86 juta kali? Sejujurnya saya sangat terkejut.

” Janna Nick buat ABPBH jadi bosan, maafkan saya. Permainan populariti begini sudah tiada prestij.

” Tahun ini dia sumbangkan lebih banyak kntroversi berbanding kerja seni. Pada era ini orang memilih bukan berdasarkan kebijakan sebaliknya perang sesama peminat,” kata beberapa netizen di Twitter.

Dalam pada itu Janna berkata kejayaannya itu akan dijadikan pembakar semangat untuk dia terus terlibat dalam bidang seni.

” Rasanya ini juga memberi semangat untuk saya. Saya akan gunakan platform saya untuk menginspirasikan orang ramai dan menyebarkan perkara positif.

” Saya nak buang Janna Nick yang dulu… yang selalu terpaIit dengan kntroversi. Saya rasa ini adalah peluang untuk saya mulakan balik kerjaya,” katanya.

Janna turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan kekasih tersayang, Dini Schatzmann.

” Buat keluarga dan Dini, kalian lebih mengenali diri ini. Terima kasih atas kesabaran kalian dalam mendukung kejayaan ini bersama.

” Tanpa mereka mungkin saya tak akan mampu berdiri kuat sehingga hari ini,” katanya.

Sumber:trending sangat, bharian dan IG Janna

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*