Joe Flizzow Tanya ‘Ferrari Tu Ke?’ Sekali Zizan Terus Mngaku Dia Mnyesal Beli Ferrari Masa Muda Dulu

” Apa penyesaIan terbesar dalam hidup anda?”

Itu soalan warganet yang ditanyakan kepada pelawak Zizan ketika berbual dengan Joe Flizzow, Fakkah Fuzz, dan Pak Din dalam satu Instagram Live pada malam 19 Jun lalu.

Pemilik nama sebenar Muhammad Razizan Abdul Razak, itu kemudian mendedahkan berliau menyesaI kerana membeli ‘sport car’ sewaktu beliau di puncak kerjaya suatu masa dulu.

” Beli kereta mewah awal-awal dulu,” kata Zizan.

Sewaktu Zizan menyebut ayat itu, Joe Flizzow mencelah, “Ferrari tu ke?”

Ayat itu menyebabkan Fakkah Fuzz dan Pak Din tergelak dan kemudian Zizan menjawab sambil tersenyum, “Emmm ya, agak laa.. agak laaa”.

Jawapan Zizan itu seakan menceritakan penyesaIan terbesar sepanjang kehidupannya adalah kerana membeli kereta mewah, Ferrari pada usia muda.

Ibarat kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, Zizan memaklumkan, apa yang lebih penting sebenarnya adalah memiliki aset hartanah.

” Ada sesetengah orang datang kepada saya (minta pendapat) sama ada nak beli GT-R atau Mustang, saya jawab ‘no’.

” Nasihat saya tak payah beli namun pada masa sama, kalau ikut (kemampuan) dia, tak adil kalau dia tak beli sebab itu mungkin target atau impian.

” Mungkin bagus mungkin tidak. Bagi saya, tak bagus untuk masa depan seseorang.

” Beli rumah, that’s like the best thing ever (Itu benda paling bagus),” katanya.

Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkongsi perihal rawak itu dalam satu siaran langsung (live) Instagram bersama Joe Flizzow, Fakkah Fuzz dan usahawan, Pak Din malam tadi.

Ujar Zizan, memiliki kediaman sendiri adalah satu pelaburan yang bijak berbanding tergesa-gesa membeli kereta mewah sewaktu berada di zaman puncak populariti.

” Rumah untuk hujung hari sementara kereta sekejap lagi GTR, selepas itu GTO dan mungkin GTB. Macam-macam jenis yang akan keluar (ketawa)

” Melabur kerana apabila kita tutup mata, duit tetap berjalan. Duit bekerja untuk kita,” katanya.

Terdahulu, sekitar tahun 2015, Zizan dilaporkan memiliki sebuah kereta mewah Ferrari model F430 berwarna kuning dianggarkan berharga RM1.5 juta selepas sahabatnya, kawannya, Tauke yang juga merupakan seorang pelawak berkongsi sekeping foto dalam Instagram.

Bagaimanapun, Zizan secara peribadi tidak pernah berkongsi cerita atau gambar berhubung kemampuannya untuk membeli kereta berharga jutaan ringgit itu.

Malah kedegiIan Zizan membeli kereta itu dikatakan menjadi punca kepada berakhirnya hbngan beliau dengan Emma Maembong pada tahun 2015.

Ketika itu hangat juga diperkatakan berkenaan isu itu sehingga Tauke Jambu mengaku terpaksa memadam gambar kereta Ferrari yang dikongsi di laman sosial demi menjaga hati Zizan.

Jelas Tauke, dia rasa bersalah terhadap tindakannya itu kerana masa yang dipilih memuat naik gambar berkenaan adalah kurang sesuai malah memburukkan keadaan.

” Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk atau sengaja menghangatkan lagi keadaan tetapi saya berbuat demikian kerana bangga dengan kejayaan Zizan sebagai kawan saya.

” Zizan tidak meminta saya memadam gambar tersebut tetapi dia hanya menyatakan rasa resah terhadap reaksi peminat dan saya memahami situasinya dan terus padam gambar itu,” kata Tauke ketika itu.

Tersenarai antara pelawak yang memiliki kereta mewah.

Terdahulu, Zizan tersenarai antara lima artis dan selebriti popular di Malaysia dan kereta mewah.

Bukan sekadar pernah memiliki Ferrari F430 berwarna kuning it, Zizan dikatakan turut memiliki kereta mewah Mitsubishi Lancer EVO X, Nissan Skyline GTR dan Toyota Velfire.

Selain dari Zizan, antara selebriti lain yang memiliki kereta mewal paling mahal termasuklah rakan pelawak Zizan iaitu Shuib Sepahtu.

Shuib yang kini bergelar ahli perniagaan berjaya dikatakan memiliki kereta idaman jejaka iaitu Chevrolet Camaro 3.6 dan juga Ford Ranger yang diubahsuai seakan ‘monster truck’.

Seorang lagi pelawak yang boleh dikatakan berjaya adalah Nabil Ahmad dan memiliki kereta mewah.

Nabil dikatakan memiliki beberapa koleksi kereta mewah berjenama antaranya Mercedes-Benz G 350. Model Mercedes-Benz G 350 baharu dijual di pasaran pada harga sekitar RM999,888 tidak termasuk insurans dan sekitar RM500,000 untuk model Mercedes-Benz G 350 terpakai.

Sementara seorang lagi pelawak yang tersenarai adalah Ebby Yus yang di katakan memiliki kereta sport mewah iaitu Mercedes SLK Brabus yang bewarna putih.

Jadi apa kata anda? Mungkin tidak salah untuk memiliki kereta mewah, cuma perlu ukur di badan sendiri saja!

Sumber:k0smo dan carsome

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*