‘Memang Sharnaaz Ada Ceritakan Kepada Saya’ – Luahan Noor Nabila, Dia Tahu Apa Yang Terjadi

” Apa yang ditulis dalam media sosial banyak yang ditokok tambah…”

Itu luahan bekas isteri kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila yang teguh menyatakan sokongan terhadap aktor berkenaan.

Kata-kata kakak kepada pengacara sensasi, Neelofa itu menyusul selepas Sharnaaz terpalit dengan isu dkwaan memukvI pengawal keselamatan di sebuah kndominium di Segambut pada minggu lalu.

Menurut Noor Nabila, dia mengetahui perkara sebenar yang terjadi, namun tidak dapat membuka muIut berhubung isu berkenaan berikutan membabitkan pihak poIis dan peguam.

” Apapun terjadi, Sharnaaz tetap bapa kepada Jebat Jayden.

” Ketika mendengar berita ini, saya memang terperanjat. Sudah pasti saya bertanya kepada Sharnaaz mengenai apa yang terjadi.

” Saya tahu apa yang jadi, tetapi saya tidak boleh komen. Ini kerana kes masih dalam s1asatan poIis dan membabitkan peguam.

” Memang Sharnaaz ada bercerita dengan saya. Apa yang ditulis dalam media sosial banyak yang ditokok tambah. Namun, sebagai bapa kepada Jebat, saya tetap sokong Sharnaaz dan berada di belakangnya.

” Saya beritahu Sharnaaz terus pandang ke hadapan dan menyatakan sentiasa menyokongnya,” katanya kepada BH0nline.

Sharnaaz bukan seperti yang disangka.

Noor Nabila ditemui pada majlis pelancaran koleksi Naelofar X Disney, di sini, hari ini.

Selain itu, Noor Nabila berkata, Sharnaaz seorang ayah yang bertanggungjawab dan sentiasa menjaga Jebat dengan baik dan penuh kasih sayang.

” Sharnaaz bukan seperti yang disangka. Dia bertanggungjawab dan sayangkan anak.

” Saya berada di Phuket, Thailand sedang bercuti ketika Sharnaaz dibebaskan.

” Sharnaaz berjumpa dan menghantar videonya bersama Jebat kepada saya. Sharnaaz beritahu menitikkan air mata selepas tiga hari tidak bertemu Jebat,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz ditahan reman selepas didak.wa menvmbuk dan mene.ndang pengawal keselamatan di sebuah kndominium di Segambut, minggu lalu.

Bagaimanapun, pelakon filem Jebat itu dibebaskan dengan jaminan poIis, Isnin lalu.

Sharnaaz dan Shukri Yahya pegang minyak masak

Dalam pada itu, Sharnaaz telah mencuit perhatian ramai netizen apabila memuat naik gambarnya memegang minyak masak sambil berjabat tangan dengan sahabatnya yang juga pelakon, Shukri Yahaya.

Tidak hanya gambar, keterangan untuk gambar itu juga mencuri tumpuan ramai netizen.

” Saya kembali! Dugaan jadi pembakar semangat. Ini semua minyak masak punya hal lah. Terima kasih sahabat datang melawak abang baru ‘hoIishit ourstation’,” tulisnya.

Ruangan komen hantaran itu juga dihujani dengan pelbagai komen lucu daripada sahabat serta pengikutnya di platform media sosial itu.

Sharnaaz buat apa yang sepatutnya

Terdahulu, Sharnaaz berkata beliau cuma melakukan apa yang beliau rasakan perlu dan meminta semua pihak agar tidak terus menjatuhkan hukum kepadanya.

” Saya tidak bod#h untuk melakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekuIasi mengatakan saya panas baran, tunggu cerita sebenarnya.

” Apa yang saya boleh katakan di sini, tiada unsur panas baran yang berlaku. Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu. Kenyataan yang keluar hanya dari sebelah sana. Belum lagi dari pihak saya.

” Jangan hakimi terlalu awal. Tak tahu lagi bila pendkwaan, tetapi saya sudah beri keterangan sebaik mungkin kepada pihak poIis.

” Saya juga akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar dalam waktu terdekat,” katanya.

Sharnaaz berkata, dia juga akan membuktikan kepada mhkamah bahawa dirinya tidak bersaIah dalam kes yang berlaku.

” Selama tiga hari ini lebih kepada membantu s1asatan. Tiada yang ter.uk, malah banyak pengajaran yang saya belajar.

” Jangan risau saya okay dan pihak poIis juga memberikan layanan yang baik.

” Saya yakin saya tidak bersaIah. Insya-Allah saya akan buktikan kepada semua ada kebaikan yang saya buat dalam kes ini yang orang tak tahu dan tidak diceritakan.

” Saya akan ceritakan nanti di mhkamah. Saya harap tiada pihak cuba buat spekulasi dan terus menud.uh mengatakan saya ini pnjenayah,” katanya.

Bergelar bapa tunggal, Jebat satu-satunya harta saya

Momen aktor sensasi, Sharnaaz Ahmad peluk dan cium anak kesayangan, Jebat Jayden sejurus dibebaskan semalam menarik perhatian ramai, malah, ditonton 1 juta pengikutnya menerusi video reels dalam Instagram (IG).

Menerusi hantaran video bertulis kapsyen, ‘Saya okay, insya-Allah. Baba sayang kamu (Jebat).’

Selain pengikut IG, ramai teman artis menulis komen memberikan semangat kepada aktor berimej berjambang itu.

Antaranya, Fauziah Nawi, PU Haris, Jasmin Hamid, Datuk Shah Rezza, Shiha Zikir, Fizo Omar, Siti Elizad, Beto Kusyairy, Dayah Bakar, Jep Sepahtu dan Niezam Zaidi.

” Jebat adalah segala-galanya bagi saya. Tambah pula bergelar bapa tunggal, dialah satu-satunya harta saya dunia akhirat.

” Walaupun masih kecil untuk mengetahui apa yang terjadi, saya harus mengutamakan dan melindungi Jebat.

” Saya tak boleh membayangkan hidup tanpa Jebat. Semoga Allah melindungi silaturahim antara kami,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Bagaimanapun, aktor yang diangkat Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-30 itu menolak dengan baik untuk mengulas isu yang mengheretnya sehingga ditahan reman selama tiga hari, Sabtu lalu.

Sumber:bharian dan hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*