‘Saya Bernasib Baik Ada..’ – Siti Nordiana Terpaksa Batal Banyak Persembahan, Pendapatan Terjejas 60%

” Boleh dikatakan 60 peratus pendapatan saya terganggu sejak PKP tetapi saya pelbagai cara lain supaya orang tak ingat yang kita senyap saja sepanjang tempoh lockdown.”

Itu pengakuan penyanyi Siti Nordiana yang menjelaskan pendapatannya terjejas sebanyak 60 peratus gara-gara persembahan pentas terpaksa dibatalkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak setahun lalu.

Menurut Siti Nordiana atau nama sebenarnya, Siti Nordiana Alias, 37, dia bagaimanapun tidak pernah mengeluh sebaliknya cuba mencari inisiatif lain agar dapat menampung perbelanjaan serta komitmen bulanannya.

” Saya kena berfikir lebih kreatif bila dah tiada show di luar… saya cuba buat show menerusi media sosial pula.

” Selain itu, saya buat song cover dan letak di saluran YouTube saya… benda-benda macam ini banyak membantu saya, Alhamdulillah lepas untuk saya bayar komitmen bulanan,” katanya kepada mStar.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkongsikan perkara tersebut di sidang media single terbaharunya, Cukup Derita Itu yang diadakan secara maya pada Khamis.

Selain daripada aktiviti nyanyian, Nana juga berkata dia turut melakukan pelbagai pendapatan sampingan lain seperti menjual CD di laman jualan atas talian selain tudung jenamanya sendiri.

Bernasib baik ada banyak tawaran buat kempen

Malah dia juga rajin membuat cover lagu di YouTube untuk tambah pendapatan.

” Dalam keadaan sekarang tak boleh nak tunggu orang panggil kita buat show… simpanan juga sangat membantu pada waktu-waktu begini.

” Saya bernasib baik ada banyak juga tawaran buat kempen dan daripada situ dapat payment, bolehlah walaupun tidak semewah bayaran show,” ujarnya lagi.

Siti Nordiana turut buat IG review untuk duit tambahan.

Mengenai single terbaharu yang berjudul Cukup Derita Itu, Nana berkata dia mencurahkan segala perasaannya pada lagu ciptaan Tam Spider dan nukilan lirik oleh penulis novel, Siti Rosmizah itu.

” Saya memang dah dikenali dengan signature lagu-lagu berentak balada, ia tidaklah menjadi kesukaran untuk dapatkan feel itu.

” Ini merupakan kali pertama saya dapat nyanyi lagu ciptaan Tam Spider… sebenarnya dah lama saya nantikan peluang macam ini, kiranya wishlist saya dah tercapailah,” katanya.

Lagu Cukup Derita Itu kini boleh didapati di semua pelantar penstriman muzik digital.

Nana bersama anak lelaki tunggal

Siti Nordiana turut menjelaskan pendapatan terjejas apabila acara persembahan nyanyian untuk majlis-majlis sudah tidak dibenarkan lagi sebagai langkah memastikan orang ramai tidak berkumpul.

” Jumlah ini sekadar anggaran saya kerana kita pun sudah dua kali menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekarang Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) pula.

” Apapun, saya tetap bersyukur kerana ada tabungan yang boleh digunakan dan ia sedikit-sebanyak cukup membantu saya untuk meneruskan kelangsungan hidup pada ketika pandemik ini.

” Selain itu, saya juga mengambil inisiatif untuk lebih kreatif mempelbagaikan kemahiran termasuk aktif menceburi perniagaan dalam talian selain meneruskan tumpuan pada kerjaya seni dalam penerbitan lagu dan juga lakonan,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Angkara ini, dia juga bersyukur kerana masih mampu melunaskan segala bayaran untuk komitmen bulanan seperti biasa.

Katanya, dalam situasi sekarang dia kena bekerja keras mencari rezeki.

Ditanya mengenai pengambilan vaksin COVlD-19, Nana berkata, setakat ini pendaftaran permohonannya masih tidak berjaya lagi dan dia akan terus berusaha hingga mendapat rezeki untuk divaksinasi.

” Kepada anda semua yang permohonan vaksin sudah berjaya, ambillah peluang itu. Anda sudah ada rezeki, manakala orang lain masih ramai yang terpaksa menunggu giliran. Janganlah tidak hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditetapkan.

” Untuk saya sendiri, memang nak divaksin segera. Tapi, sayang permohonan pendaftaran tidak berjaya.

” Kalau saya dapat peluang itu (divaksin) pasti takkan dilepaskan kerana untuk perlindungan kesihatan dan keselamatan diri. Lagipun ia diberi secara percuma oleh kerajaan,” katanya.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*