‘Tak Mungkinlah Saya Akan Bercinta Dengan Vida. Lagipun Kami Berdua Tak Sepadan’ – Shuib

” Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang..”

Demikian pengakuan pelawak dan usahawan popular Shuib yang mendedahkan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida bukan individu yang sedang dikenali buat masa ini.

Menurut Shuib, dia bagaimanapun selesa berkawan dengan Vida atas urusan bisnes makanan yang diusahakan bersama ketika ini.

” Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.

” Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwh Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi.

” Jadi tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya.

” Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin,”katanya.

Menurut Shuib, siapapun jodoh yang bakal hadir dalam hidupnya, wanita itu perlu mendapat persetujuan daripada ibu serta anak-anaknya.

” Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlalu sensitif. Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya.

” Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” kata Shuib.

Terdahulu Harian Metro melaporkan Vida tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan popular Shuib.

Katanya, Shuib memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini.

Shuib ada kenal orang baru

Terdahulu, sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan di media sosial berhubung luahan pelawak terkenal, Shuib yang menyatakan pintu hatinya terbuka untuk mencari pengganti selepas pemrgian arwh isterinya, Siti Sarah.

Malah kenyataan Shuib itu turut didorong oleh ibunya yang memberi lampu hijau kepada Shuib supaya mencari ‘ibu’ kepada empat orang anaknya.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, juga ada membuat pengakuan sedang berkawan dengan ‘seseorang’, bagaimanapun menurutnya, hubungan itu masih terlalu baharu dan diperingkat berkawan.

” Ada kenal orang baharu, hanya berkawan dahulu buat masa sekarang”

” Saya tak berani nak cakap. Harap semuanya baik-baik sahaja. Saya serahkan kepada Allah.

” Nak bercerita soal apa yang berlaku ke depan saya sendiri tidak tahu,” katanya.

Nama Siti Nordiana kena ‘petik’

Menariknya, entah mengapa tiba-tiba sahaja nama penyanyi Siti Nordiana atau Nana pula yang menjadi sebutan, siap dipadankan sesuai untuk dijadikan istri Shuib.

Smuanya gara-gara sebuah vdeo seorang pereka fesyen yang memaparkan Nana hadir untuk menempah busana dengannya dan sempat berseIoroh, adakah baju itu baju untuk kahwin.

Nampak sahaja vdeo tersebut dalam TikTok, ntizen pun teruslah buat spekuIasi sendiri.

” Siti Nordiana…calon yg baik untuk Shuib….Insyaallah..” – tulis Matnip

” Dengan Shuib ke?” soal seorang ntizen.

” Macam sesuai dengan Shuib,” komen seorang pengguna TikTok yang memberi bayangan seperti bersetuju dengan padanan Shuib bersama Nana.

Vdeo di bawah yang menjadi usikan ntizen kepada Nana dan Shuib

Sementara itu Shuib menjelaskan beliau tidak perlu mengambil kira pandangan orang lain selain ibu dan keluarganya sahaja.

” Contoh saya katakan sudah lima bulan ini mahu cari jodoh, nanti orang kata dulu beria-ria sedih sangat sekarang seperti cepat sangat hendak mencari jodoh.

” Ada pihak lain pula kata betullah, kalau seorang diri hendak buat apa. Jika depr3si siapa yang hendak tanggung? Jadi, saya tidak perlu dengar kerana terlalu banyak pendapat orang.

” Saya hanya perlu dengar kata ibu, ibu bapa mertua dan keluarga saya. Sebabnya yang ada dengan saya bukan ntizen, tetapi keluarga saya.

” Jika saya mnangis dan tert0nggeng di rumah tidak ada ntizen datang bertanya khabar, saya okey atau tidak.

” Oleh sebab itu, saya hanya mahu fokus pada kehidupan saya sahaja,” kata Shuib.

Ramai wanita hantar mesej

Dalam pada itu, Shuib turut berkongsi ramai wanita yang menghantar mesej untuk berkenalan menerusi laman sosial, dia bagaimanapun mengambil langkah untuk tidak mengambil serius perkara tersebut.

” Ibu setiap hari tanya, ada ke kawan yang boleh saya bawa berjumpa dengannya. Ramailah wanita yang menghantar mesej menerusi laman sosial bertanya khabar, tetapi saya takut.

” Jika mahu mencari jodoh perlu persetujuan daripada ibu dan anak-anak.

” Kalau saya saja yang suka tetapi anak-anak tidak okey memang tidak akan jadi. Buat masa ini saya serahkan kepada Allah sahaja,” akhiri Shuib.

Shuib kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas isterinya penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggI dnia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dij4ngkiti virvs COVlD-l9.

Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Sumber:hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*